Followers

28 December 2009

2010 yang bakal menjelma

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, December 28, 2009 0 comments
3 hari lagi menuju 2010..tahun islam juga dah pun mencecah 1431 pada 1 Muharam yang lepas. Bagi yang masih bersekolah,masing2 sibuk mencari kelengkapan sekolah,student u pn dah mulakan sem baru..Result PMR pun dah diumumkan. Tahniah kepada adik2 yang berjaya skor.
Tahun 2009 sure terisi dengan pelbagai peristiwa.Ada yang kehilangan orang yang tersayang,maklum la sekarang ni di mana2 pn x selamat.Dalam shopping mall pn x selamat,apatah lagi di jalan raya kan..Ada juga yang mengalami keretakan rumah tangga,last2 bercerai.Maybe ada yang muflis, atau gagal dalam mencapai azam2 tahun lalu.

Namun, bersedia atau tidak, sayang meninggalkan kejayaan atau masih menghitung kegagalan semalam,manis atau perit, kita tetap akan meninggalkan 2009 untuk meneruskan percaturan hidup pada 2010. Namun,berapa ramai antara kita yang melakukan persiapan untuk 2010?
Semalam,sebelum g kelas,sempat la aku kerling surat khabar kesihatan(yg selalu disisipkan sekali dengan berita harian..kot) kat bilik tv tu..tp x ambil baca la..Tajuk muka depannya,Azam penyumbang stress???(lebih kurang mcm ni la tjuknyer..tjuk yg tepat x ingat)hmm..pada pendapat aku,azam2 ni bergantung kepada individu..maybe ada yang buat list azam berjela2 sampai tak tercapai even separuh pun,maybe ada yang buat azam yang x realistik,atau diri sendiri pn x berusaha nak capai azam tu..paling kurang pun,hangat2 tahi ayam jer(macam aku contohnye).Tapi yang pastinya,semua berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik..

Bagi aku sendri pun,byk azam yg x tercapai.. ;

  • diet seimbang, amalkan gaya hidup sihat, kurangkan berat @ inci sampai target.
-yang ni azam dari 2004..tak pernah tercapai.Susah bagi aku nak makan setakat perlu je, memandangkan aku makan based on selera,bukannya berdasarkan tahap kelaparan. Even kenyang,klau nak makan,still makan smpai perut nak pecah.Plus,family aku jenis "pemakan".

  • mendekatkan diri kepada Allah secara ikhlas.
-yang ni bukannya bermaksud nak bertaubat nasuha,tp nak berubah jadik better.Taubat nasuha tu susah bg aku,klau x btul2 bersedia mental..Ak x sure boleh ke x aku x ulang perkara2 jahat yang aku buat..sebab tu ak ambik langkah ni dulu sbelum bertaubat .

  • Nak jadi lebih rajin dan study secara constant.
-yang ni pun azam setiap sem.Selalu awal2 jer konon semangat,lepas tu terkontang-kanting x tau ape2..aku nak learn by heart,bak kata dr aref. Study dengan niat nak menuntut ilmu..dan guna balik ilmu tu.X tau la dpt laksanakan ke x,tp try dulu...insyaallah..


Untuk tahun 2010 ni,ak x buat banyak azam..cuma nak laksanakan azam2 lepas yang tak tercapai dan tambah 2 azam baru..

  • nak tambah skill bekerja dengan orang lain(komunikasi,kecekapan buat kerja dll)
  • nak kurangkan bergosip
  • kurangkan muzik@ movie2(kurang jer,tp still tengok) bagi memberi laluan untuk masa bermuhasabah diri(cewah)
hmm..byk jugak sbenarnya,,tp x mustahil untuk dilaksanakan, semuanya bergantung pada kezaman masing2..

Untuk 2-3 hari sisa2 2009 ni,aku masih tak bersemangat nak mulakan sem..maybe x puas bercuti kot.Tapi,harapnyer 1/1/10 nnt, aku dah pulih dari homesick aku yang ntah ape2 ni..
Oh yer..x sabar rasanya nak tunggu 101010...menarik kan tarikh ni??kalau umo aku dah 25, dah lame ak kawen pada tarikh ni..hehe...hantaran pun 101010..boleh ker?ahaha....

dah2..da stat mrepek dah...

22 December 2009

feelingless

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, December 22, 2009 2 comments
mlas sbenarnye ak nk tlis sal rsult exam,tp since ak kat cc,ade lg stengah jam,x tau nk buat ape jgak..

no comment,rsult cam bese,ok2 jer...dngan belas kasihan lectrer,survive jgak..*sigh*

not that aku x bersyukur,tp i feel empty,nothing,kosong..x happy pn,x sedey jgak..kompius ade la..confuse sbb jpun tu msuk pointer ke x..Yg penting ak n alang sama2 x cpai target,yay!!sesaper pn x yah blanja sesaper..huhu..jgan mare ~~weh,sem dpan dah2 la wat kontrak x guna tu,kekeke...

for the 1st time gak,ko-k dpt b+..hasil susah payah aku n alang memonteng..kakaka...da agk dah...sape suh aku kene marah ari 1st ko-k,kan aku da mlas nk g..

ape2 pn,ak just nk abeskan sem n grad..sumer2 ni just kitaran hidup..time keje nnt,pointer2 ni x der mnde...cam skang,rsa exam2 dulu x der mnde pn...asal dpt grad dgan rsult sderhana sudah..ak kan moderate,haha...

nnt kang dpt bgus2,x der rzeki ttap x keje..haha,yg penting effort,wlaupun effort x sberapa,tp ak tgkatkan la sem2 dpan(ceh,tiap2 sem ckp camni)

satu jer..ak rasa bukak sem ni,lectrer mesti nk mngungkit n compare ngan snior2...dorang kan bgus2..hmm..ape2 jer la..

10 December 2009

penutup tirai sem 1utk sidang 09/10

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, December 10, 2009 0 comments
Hari ni,attachment kat HUSM is over.yay!!!mlm ni bertolak g kl dulu,mggu depan bru smpai rumah..=(.Mesti mak aku rindu aku kan.Lambat betul ktaorang bercuti,almaklum la,rajin2 sumer dak2 MR ni..huhu..Result provisional pun da kuar esok,tp malas la nak cek.Lectrer da gtau siap2 dorang bg markah kesian.Konpem la lulus kan wlaupun jawapan ak mcam taik.(sape la ajar aku ckap perkataan x snonoh ni??haha)
Da dkat kul 3..matahari pn sangat terik.Tp apasal aku mlas sgat nak mmbasuh ni?Konon takut x sempat kering.Apa kata aku bwak baju2 x bsuh ni ke rumah sedare aku jer??Bernas x idea aku??muhahaha...Bilik 1 hal pulak,bersepah2..kena buat sesi pembersihan secara express japg ni..

Oh ye,lupe..smalam sbenarnya nak tulis entry ni,tp penat sgat plak.Thanx sgat2 kat korang yg beli kek utk aku..terharu aku,tp sori la,muka aku x der expresi,x dpat nak wat muke terharu,huhu.Tp deep in my heart,ak sangat terharu and happy sbb ni 1st time sambut birthday selain kat rumah,dan taun ni plg rmai wish memandangkan ak on9 kat facebook 6 disember lalu.Dengan brang2 yang lebih masa kos kitaorang buat jualan gerai masa hari terbuka desa dulu,ktaorang wat kenduri kecik2,kira ganti jamuan raya hari tu la,tp ni utk krismas punyer..haha.aci x??Alang2 serentak ngan birthday aku skali..haha.Walaupun masih ade sedikit perselisihan dengan grup1 lg tu,tp masih terselit perdamaian dan keharmonian.Ayuh,kita bersatu!!!(Apehal aku patriotik lebih ni??)haha...Thanx skali lg korang,terutamanya yang rapat2 ngan aku,eca,hanim,eton,jenny,gee.Sayang korang sumer..muahxx!!..XOXO

Insyaallah nnt 25hb,aku kembali ke usm utk join machines calibration kat radiology.Azam baru utk sem depan?hmm..nnt hujung taun la buat,sekali dengan azam tahun baru...kui3.X sabar nak jumper family aku selasa depan ,n jumpe sepupu aku yg nakal esok..haha.

Selamat bercuti kengkawan..rehatkan minda,kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi..haha,sorry melodi,aku cilok ayat trademark sket.Jumpe lg sem depan dengan semangat baru...~~

08 December 2009

merepek

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
2 hari ni cuaca kembali cerah...mentari mula tersenyum menyinari hidup aku..Tapi,malangnya aku tetap tak dapat membasuh baju sebab air di blok aku dm1 merajuk,tak nak keluar dari paip.Hmm,kenape yer aku mesti mula entri aku dengan ayat pasal cuaca?Ini kerana cuaca la yang mempengaruhi mood aku(betul ker?)

Minggu ini dan minggu lepas,banyak perkara yang berlaku.Ada yang baik,dan tak kurang jugak ada yang memang mengganggu minda aku selama seminggu.Tapi,setiap perkara yang berlaku pasti ada pengajarannya.Teringat pulak pada nostalgia zaman sekolah menengah.Selama 5 tahun aku mengharungi suka duka bersama sahabat2 aku di SMK Bahiyah.Bertikam lidah adalah perkara biasa bagi kami.Kadang2 sampai seminggu tak tegur.Tapi,sekarang bila masing2 dah jauh,baru terasa betapa berharganya pengalaman2 di sekolah dulu.Jadi,aku sangat menghargai persahabatan yang aku bina sekarang.

10 hb ni,berakhirlah pra-praktikal dak2 medical radiation selama 3 minggu.Aku sangat bersyukur sebab praktikal ni banyak mengajar aku.Banyak juga ilmu yang aku peroleh,insyaallah aku akan sematkan di dada sampailah aku bersara nanti.Akan aku cuba gunakan sebaik-baiknya ilmu ni untuk research dan cuba untuk memanfaatkan pengetahuan yang aku dapat dalam subjek2 sem depan.Cuti selama 2 minggu,tak akan ada update dari aku,memandangkan rumah aku sangat kuno dan tak ada internet connection(dah penat pujuk ayah aku).

Sebenarnya,aku x der idea ni nak menulis,tapi boring punya pasal,aku menulis jer tanpa arah tujuan.Lets see entri aku merepek sampai tahap mana.Adakah sampai tahap dewa?tahap gaban?tahap cacing tanah?Tak apa lah merepek pun,asah skill menulis walaupun bahasa aku ni memang dah hancur sekarang.Tak mampu lagi nak menulis ayat2 best macam dulu..haha.

Semalam,lebih kurang pukul 7.30malam,laptop aku hang.Masa tu,aku mengadap gosip2 artis.Tak ada la selalu bukak,tapi sekali bukak,memang lama memandangkan setiap berita ada link berita lain kat bottom page.

"related article;boikot agnes monica,adik elyana minum arak?remy ishak kena belasah"

aku pun apa lagi,ringan aje tangan nak klik link2 tu semua.TAPI...Tapi..apa?Tapi,masa aku baca gosip2 tu semua,aku belum solat Maghrib.Maksudnya apa?Maksudnya,laptop aku hang sebab tuhan nak suruh aku gi solat..haha..lol..Paling malang,maghrib da nak habes,tapi air pula tak ada!!Hadoi..salah siapa?Salah diri sendiri jugak..Siapa suruh bertangguh?..Memang dah jadi habit aku sembahyang hujung waktu..insaf la aimi oi..
Nak tak nak,terpaksa aku berhijrah ke blok jiran,dm4.Sebab kalut2 kemas barang,laptop yang hang terus aku tutup.Pagi keesokan hari,tanaman aku di Farmville(di facebook),dah pun layu.Hmm,penatnye menanam tapi tak dapat hasil,haha(bajet aku cangkul sendiri jer tanah2 tu,padahal klik aje).Masa tu,baru la aku faham perasaan mak aku masa berkebun.Bila kita menggunakan usaha sendiri nak bercucuk tanam,tak kisah la pokok bunga ker,sayur ker,pokok dalam dusun ker..mesti kita nak pastikan tanaman2 tu subur, dan pastinya berpuas hati bila usaha kita menampakkan hasil.Memang lain kalau tanam untuk komersial,dan bercucuk tanam sebagai hobi.Kadang2,kalau peniaga,buah yang putik pun dah jual.Bukan semua ya,tapi aku pernah jumpa la.Kalau hobi pulak,biasanya sedekah jer kat jiran2.Even jiran tu nak bayar,diorang tolak.See?aku merepek dah ni...

Sebelum aku merepek ke tahap kritikal,ada baiknya aku berhenti menulis.Urat perut aku pun nak putus dah ni tengok Spontan...

So,skarang aku nak layan spontan..chow..

05 December 2009

Kiamat 2012???

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, December 05, 2009 0 comments
Baca skiranya anda mnganggap diri anda beragama islam.

Wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah? adakah kamu berani utk melawan DAJJAL ?iman kamu hendaklah kuat dan hendak lah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal akan keluar apabila Masjidil Aqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari.kemungkinan pada 21/12/2012 . ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.

kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.

sebarkan kepada orang lain t'utama nya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah....

02 December 2009

K.A.W.A.N

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, December 02, 2009 0 comments
orang a.k.a manusia @ lebih spesifik individu yg digelar kawan ni..
bila kita tegur baik2..dia terasa n x nak accept..
yer la,bak kata dia,aku jer yg pndang negatif kat dia..
aku ni jenis klau aku sorang jer komplen behaviour dia mcm tu,ak x kan tegur,sbb aku pn bukan bagus sgat or lg senang ckp ak pn teruk jugak..
ak tegur bila dah lebih dr 3 org bgtau bnda yg same..
x nak trime x ape..
ak x kisah,sbb dia bleh pk baik buruknya nasihat aku tu.
Aku tegur pn sbb dia kawan aku,untuk kebaikan dia jugak..
klau bukan kwan,dah lama aku biar,sbb benda ni x mlibatkan aku,tp mlibatkan dia n org2 lain.
Kalau macam ni,lagi senang ak biar jer dia and x payah susah2 nak approach bg nasihat..
Dia sendiri ckap.. "aku adalah aku,ko adalah ko", so ak x payah interfere dia punyer life and cara hidup dia tu..
Kang ckap blakang,jadik mengutuk plak...
Bila tau kita kutuk,ckap kita ni tikam blakang,
Cakap direct(tu pn da abes sopan),pun x nak trime..

Hmm...*sigh n thinking*








25 November 2009

To my special person~~~ 21st November

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
Mom..

You maybe not as beautiful as celebrity,but you are the most beautiful in my eyes,
You maybe not as smart as profesor,but you always be the smartest person in my mind,
You maybe not as kind as our prophet Muhammad,but you are always kind toward me,
You maybe not as rich as millionaire,but you are rich with your useful advises.

Mom,
You always smile when i am happy,
You feel bad when my mood swings,
You always be the best cooks when i was craving for a good dish,
You are my best companion when i'm lonely.

Mom,
You always thanked me for a single job i've done,
You always said delicious when i actually cook something terrible,
You always said its okay when actually i scored C in my test,
You always be patient when i showed my bad behaviour.

Mom,
Without you, i won't be here today..

Puisi ni maybe x sedap,grammar tunggang langgang,tp yang ni saya buat sendiri..
Khas untuk mak..(sedihnyer)

I Celebrate Your Life
Mom, your birthday means so much to me;
To have you in my life another year,
The time I spent enfolded in your love,
Each day, each moment with you is so dear.
I cherish the very special bond we have.
You lift my spirit in so many ways.
I celebrate your life; I honor you,
And send to you my love and care and praise.

Puisi dari Joanna Fuchs ni along tujukan khas untuk mak..
Sorry for the late wishes...Ni along nyanyi,

* Happy birthday to you*
*Happy birthday to you*
*Happy birthday to my pretty mom*
*Happy birthday to you*

Along x dapat sediakan hadiah,hanya doa along mampu kirimkan dari jauh..
Moga mak sihat2 selalu, dan along dapat tengok mak sampai mak tua..

Dikesempatan ini,along nak ucapkan juga Selamat Hari Raya Aidiladha..Ada duit nanti,insyaallah along hantar mak pegi haji dengan abah..

mak saya x vogue macam mak korang,tapi mak adalah yang terbaik untuk aku..
My mom and me..I love my mom soooo much!!!

I really hope my mom will read this...truly from my heart..

Again,i'm really sorry because i forgot your birthday, and i felt guilty.I really do..


Happy Belated Birthday,mom..










Rumah Idaman

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
Prolog
Korang penah terpikir x pocong tu wujud ke x??Pocong mengikut definasi ialah roh orang mati yang terperangkap dalam kain kapan.Mengikut kepercayaan orang tempatan,roh orang mati akan merayau2 di atas bumi selama 40 hari.Jadi,selepas 40 hari,tali yang ikat kain kapan tu akan tertanggal dan roh akan meninggalkan bumi menuju ke alam seterusnya(wallahualam).Roh yang talinya tidak tertanggal selepas 40 hari tu la dikatakan pocong.Pocong akan bangkit dari kubur untuk meminta sesiapa meleraikan talinya.Ada jugak yang kata , sepatutnya sebelum lubang kubur ditutup, ikatan di kepala mayat si mati perlu lah dileraikan terlebih dahulu.Jadi, mayat tu menjadi pocong sebagai tanda protes kerana ikatannya tidak dapat dileraikan.

Then,ade pulak cara2 nak elak dari pocong approach kita, andai kata kita terserempak ngan makhluk Allah yang satu ni.Menurut mitos,pocong sebenarnya melayang, dan bukannya melompat!!Benarkah??Di zaman serba canggih ni,most of Malaysian and Indonesian thought that Pocongs are hoping,atau dalam bhasa melayunya melompat,ala2 hantu cina .Salah satu sebabnya kerana pelakon2 dalam filem seram tu lebih senang melompat dari melayang.Jadi,minda2 orang zaman kini disogokkan dengan imej2 terbaru pocong, hasil ciptaan pengarah2 terdahulu.Pernah x korang2 semua terjumpa pocong??Ada yang aku terbaca,kalau terjumpa pocong,ade 2 cara untuk elak dari dikejar pocong.1st, meniarap, 2nd, lari tp jangan ikut jalan straight,lebih kurang mcam kalau dikejar babi la,lari bengkang-bengkok.hmm..macam2 la yea..Sejauh mana kebenarannya,wallahualam..(ps:sumber dari wiki and forum)

Bila pikir2 balik,pocong ni used to be the least type of ghost i'm afraid of.Tp pocong ni sort of popular jugak kan??sampai ader movie pocong 1,2,3...Kalau dulu2 aku lebih takut kepada hantu yang rambutnya panjang mengurau tu..huu,serem la ak menaip post ni..Nasib baik petang.Malam ni sah aku tido x tutup lampu..kalau x,baju yang tersangkut kat dinding pun aku ingat something else.Eh,kenape tiba2 aku citer pasal pocong yer??haha..mesti korang heran,tajuk entry rumah idaman,tapi post pasal pocong.Maybe some will think,

"rumah idaman dia kubur kot,nak yang luas n bercahaya"

Ini adalah gara2 blog budak2 u aku yang crite psal kejadian yang pernah berlaku melibatkan pocong.Aku pun terus la search pasal pocong,,sbb curious sangat..

************************
haha,lol...Sebenarnya, ni draft tajuk untuk previous entry aku,atau senang crite draft post smalam la.But not exactly draft,tp draft dalam otak jer.Semalam lepas balik dr department,aku pn mencari la post2 yang disediakan oleh kerajaan dalam website rasmi spa..then terscroll la kat part2 gaji ni..Lepas tu,mula la,fikiran aku melayang2 ke masa depan..Apalagi,tangan aku gatal jer taip kat google carik rumah2 untuk dijual.Tengah browsing, terjumpe satu banglo kat Kemensah Height,rumah 9 bilik,ader swimming pool...Memang mewah habes,and cantik jugak.Guess what??Harganya,RM4150,000..WAHHHs
Mati hidup balik pun belum tentu dapat beli..Lain la kalau aku kawen dengan jutawan.Lepas tu,aku search pulak pasal design2 untuk rumah yang aku berminat untuk guna in da future.I really think about da future,aren't I?Hahaha..

X payah la aku cerita detail pasal rumah idaman aku dalam post ni,kang jadik post rojak pulak..Dah la sebelum2 ni memang rojak pun..Entry untuk esok,adalah tajuk yang sama(ceh,bgtau siap2..tu pun klau aku x ubah fikiran la..)
next time will be the real one..hehe


p/s:Check out my next entry for today..Gilo r aku wat 2 entry sehari..
x nak baca pun x ape,sbb next entry is my special entry,aku tujukan kepada insan yang sangatttt aku sayang.

23 November 2009

2nd day

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, November 23, 2009 0 comments

Frustrated + Bengang +terrible.

3 words ni jer yang bley aku guna utk menggambarkan experience hari ni.Bak kata orang jepun. "saite da yo"

bukan aku jer yang rasa,member2 aku sumer rasa mende yang same..frust dengan sikap staff yang kerek ntah ape2.Tau la nak balas dendam pun,sbb dorang dulu kene mcam ni.Sebab orang2 mcm dorg ni la Malaysia x maju.Yer la,orang bagi la guide supaya kitorang dapat bagi perkhidmatan terbaik masa kerja nnti.Bila la agaknya budaya revenge ni nak dihapuskan..bukan ape,yang rugi negara kita jugak.Bila fresh graduate x reti buat kerja,mula la nak salahkan kitaorang.X salah kan bermanis muka,share experience or knowledge sikit..kalau x mau share pun,x kisah.tp at least senyum la sikit or berbasa-basi la sikit.Bukan ker budi bahasa budaya kita??Nak aku nyanyi lagu siti "kurik kundi" depan dorang ker??kang klau aku da stat,x dapat wat keje kot nanti..

*X perlu la kan nak kerek2 camni*

tengok..!kan aku da stat ceramah..isy..

Untuk hari ni,ak n partner aku,eca,










ktaorang kene observe bilik angio,fluoro and DCSA and interview la staff2 kat sane..

mula2 kitaorg msuk blik angio,pagi2 lg,blum ader case..ader la staff nurse yang wat preparation kat situ.x per lagi,sbb dia baik..n ktaorang pn blom ader msalah..then,msuk blik fluoro mmg penuh orang,doc 1 team,dlam 5-6 org jugak,pelatih KIST,radiographer..

Dengan penuh tatatertibnyer(eceh),ktaorang msuk bilik n cuba bertegur sapa dengan staf kat situ,tp sedihnyer ktaorang x dilayan..berdiri bodoh jer kat corner.Tp sbenarnya,ktaorang ni kira bernasib baik,sbb ader la jugak 1-2 orang yang layan sikit2(aku ni da cukup baik kan??layan sikit pun aku bagi kredit jugak tanda trime kasih =/ ) Staff bilik lain( x payah la aku ckap bilik mane kan),klau tanya busy ker x,dia jawab

"x nampak saya tengah buat ape ni?"

nak tau dia buat ape jer??minum air sambil layan facebook..amboi,busyyyyyynyer.Kalau handle patient tu x per la jugak.Pastu klau tanya pun angguk,geleng jer.Aper?dah x der suara sangat nak cakap?ker mulut ader mas?ker mulut busuk sangat,nnt malu pulak..grrrr

aku dengar orang crite pun da geram,kalau jadi kat aku..isy,x tau la nak kate ape..Ak td wlaupun staff2 tu kerek,tp nasib baik la x der yg ckap kuang ajar..ala2 nak kuang ajar tu ade..perli2,pandang2 slack..benci!! g la pandang bini ko kat rumah tu!!!

nasib baik la pgwai sains yg dr psk tu dtang..at least ader la jugak guide.Dia la yang explain mcam2 kat ktaorang.Thanx bangat ya..=) Ade la input walaupun sikit.Nak harapkan orang2 yang "sibuk" tu,jangan harap la..

Last2,ktaorang escape and "communicate" antara geng2 ktaorang jer..sampai ke sudah aku n eca x masuk2 bilik tu lagi,kul 4 trus g sign out jer,ahaha..lantak r,aku x rugi pa per,ktaorang bukan praktikal lagi ponn..

Dah la..kalau ikut rasa x puas hati,memang x abes la aku nak crite..

22 November 2009

My 1st day

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, November 22, 2009 0 comments
Hujan masih turun...brenti kejap,hujan balik,brenti kejap,hujan balik...
Muram jer kan ari2..ak mmg suke musim hujan sbb sejuk jer selalu(bile lg kan nak brangan duk negara2 sejuk..XD)..tp yg aku x suke sbb becak n banjir..tp biasa la..setiap benda or perkara yang wujud kat dunia ni mesti ade pro n cons nyer...=)

isy..melalut lak aku..sbenarnya nak citer psal 1st day kat jabatan radiology ari ni..
pg2 lagi ktaorg da smangat tunggu kat depan pejabat jabatan radiology...geng ktaorg mmg bising klau letak kat mane2 pun..haha..tp bukan yg tu aku nak citer.Nak dijadikan kisah..tunggu punya tunggu...en. nik x sampai2..usahkan tuan punyer badan,batang hidung pn x nmpak.Last2 gee,classmate aku jadik mgsa kena g tanya nurse kat kaunter filem.Rupenya en nik ade kursus hari ni..dan ktaorg x diinform langsung!!Sakit hati x??tapi,x per la..maybe dia pun bzy,x sempat nak inform..itu nasib baik tanya,kalau x sampai tengah hari la tercongok kat kerusi depan bilik MRI tu.Bak kata pepatah melayu,malu bertanya,sesat jalan...ewahh...berperibahasa lak aku..

Lepas tu,ade sorang staff lain suruh ktaorang g lab medical radiation(med rad),so,berjalan la ktaorg.Sbb ak singgah atm withdraw duit,ak sampai lambat sikit kat lab.So,ak x taw ape yg berlaku waktu ketiadaan aku.Sampai2 lab,sorg pegawai sains(*x yah la sebut nama yea) tu suruh ktaorg g carik en Hasni kat tingkat 3!!adoi...pagi2 ni memang bagus untuk exercise,kan?kan?..tangga dah la curam habes..naseb ktaorang baik,sbb en Hasni sudi tolong,walaupun dia pun x diinform pasal attachment ktaorg.Berjalan la lagi ktaorg g jabatan balik..letih woo ulang alik spital n school a.k.a tmpat lain panggil fakulti.(orang jarang2 exercise mcam aku ni mmg cepat letih..ahahaha)

Then,untuk hari first ni,grup ktaorg x split lg ,en Hasni just bawak ktaorang meronda satu jabatan..Banyak jugak la bilik,dekat 10 jugak la..ade bilik MRI,CT scan 2 blik,Angio,Fluoro 2 blik,DCSA,mammo,general radiography.Kesian la aku tengok baby or orang tua yang datang..mcam sakit jer wat rawatan2 ni..tp sakit ke x,wallahualam,sbab ak x penah wat.Tp kalau inject2 contrast media tu aku rasa sakit la kot..Untung aku bukan doc or nurse..ak mmg x brape la klau nak handle2 patient ni..Naseb baik ktaorg mengadap machines jer..

Memang letih la asyik berjalan jer..jadik,pantang nampak kerusi..aku mesti duduk punyer,haha..
classmate2 aku pun da stat pikir,ni baru ari 1st,camner lg 3 mggu?..haha..almaklumla,ktaorg x biasa lg masuk klinikal,x macam kos2 lain,so ktaorang nipeghak(dlm bahasa kedahnyer) or darak(dlm bhasa klatenya) or jakun(bhasa yg pling rmai org pham...kot) sikit..padahal macam ni la kalau keje nnt.Amboi,nak relax jer kejenyer yea??

Ktaorang punyer jalan2 makan angin(ker makan radiation??) berakhir pada waktu tengah hari,x perasan lak jam brape,tp masa ktaorg g cafe lepas tu,mmg ramai la berpusu2 kat cafe,so logiknyer pukul 1 la kot,waktu standard lunch kan..

Esoknyer,ktaorang kena berkumpul 8.15 am lagi..tp x tau la kena stay kat klinik smpai tgah hari ker petang..kita tunggu dan lihat jer la esok..

Bed time..oyasumi nasai!!!

19 November 2009

MALAS!!!

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, November 19, 2009 1 comments
malas

aku memang malas

banyak benda bleh wat..tapi aku nak relax jugak depan laptop wlaupun x der ape pun kat laptop ni untuk ditengok

To Do List

-basuh baju-->timbunan baju dah macam gunung everest
-kemas blik yang bersepah giler
-hantar buku pinjam


eh?sikit jer?? sikit2 pun aku malas jugak nak buat...awat la baloq liat sangat ni???

bosan tp x suke mengemas,plan nak g pantai pg ni x jadi..tp tetap x buat ape2 kat bilik...haisy...

semua orang da balik umah..sok pun aku balik umah nenek aku..so,xder update untuk esok..
nak tulis untuk ari ni pun malas...bese la...time exam nak customize tu la,tambah gadget ni la..lepas exam x rasa lak nak buat mnde tu sumer..

ok..da malas nak citer..chow~

18 November 2009

Its OveR!!!!

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, November 18, 2009 0 comments
whoa..best giler r da abes exam..!!!!yuhuuuuuuu

sem ni sumer paper ak berjaya mnjawab dengan teruknye...actually,td punyer soklan x der la susah...sbb soklan tutorial...korang(dak2 klas aku) yang study tu mesti da melompat2 boleh jawab soklan....huhu..tp aku pn hepi jugak..sebabbbb da abes exam..

abes gaya aku duk dalam dewan untuk menunjukan tahap keboringan aku mencari jwapan...damn!!idea2 bernas x mo kuar...Da Stupidest answers on earth!! BUT...i've answered worst okk???so,x yah kecoh2...i don't give a damn...like i care pasal result...haha(dpat result kang frust menonggeng)
muka toya pagi tadi...x ready nak g exam..tp!!tapiii mnyempat jer amek gamba..memang dasar........ la kan..haha..terserlah degree ignorance aku kat paper pagi ni..


i'm not the type yang frust2 x hengat ni...stress kejap jer...sebab terang2 yang tu salah aku, main2 sangat...lain la kalau aku study smpai tertonggeng,meniarap,merangkak,angkut note msuk jamban,tp dapat F jugak...yg tu baru la ak wat camni..

atau
atau pun yang ni


OKK????

mintak simpang...bodoh sgat la kot nak bnuh diri..tuhan bagi nyawa x sayang..

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Korang taw x ader universiti yang buat research semata-mata nak carik jokes yang paling gempak kat dunia ni..? University of Hertfordshire..(kat planet mana pun ak x tau u ni)..
x sangka ader jugak dis type of research...pecah rekod telinga aku,okk??

Best Joke in the world

A couple of New Jersey hunters are out in the woods when one of them falls to the ground. He doesn't seem to be breathing, his eyes are rolled back in his head. The other guy whips out his cell phone and calls the emergency services. He gasps to the operator: “My friend is dead! What can I do?

The operator, in a calm soothing voice says: “Just take it easy. I can help. First, let's make sure he's dead.” There is a silence, then a shot is heard.

The guy's voice comes back on the line. He says: “OK, now what?
Top joke in USA

A man and a friend are playing golf one day at their local golf course. One of the guys is about to chip onto the green when he sees a long funeral procession on the road next to the course. He stops in mid-swing, takes off his golf cap, closes his eyes, and bows down in prayer.

His friend says: “Wow, that is the most thoughtful and touching thing I have ever seen. You truly are a kind man.

The man then replies: “Yeah, well we were married 35 years.”

Top joke in UK

A woman gets on a bus with her baby. The bus driver says: “That's the ugliest baby that I've ever seen. Ugh!” The woman goes to the rear of the bus and sits down, fuming. She says to a man next to her: “The driver just insulted me!

The man says: “You go right up there and tell him off – go ahead, I'll hold your monkey for you.”

ader banyak lagi sbenarnya...maleh nak letak banyak2..

haisy...adoi la(*heavy sigh*)..bila aku nak wat blog aku ni berguna??x per2..next or next,next,next entry aku akan letak info2 cool and berguna untuk korang...agree???

NEXT ----------->

ViDeO Of The dAY...chOcOLaTe LoVe retro version(by SNSD) and electronic pop version (by f(x) )...zass..layannn

Retro version









electronic version













17 November 2009

TePu DengaN DoSe~~@_@

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
ahaha...jgan terpedaya ok???ak bkan tengah high isap heroin ker..hidu gam ker..tp otak aku lg tepu dgan dosimetry yg aku kena ngadap 2 jam dlm ekon esok...

tp,x per la..ak amek la masa sket update blog ni..ahaha...awal2 ni excited la..rajin..lame2 kang nak update sminggu skali pn susah.. adoi la...dr pg td aku ngadap note..baper page jer yg baca...tu blum yg ak digest...20% x sampai kot..nota x penah sentuh tiba2 sumer nak sumbat ari ni..ahaha...tgok ni,semak kan atas katil aku??? hohoho...korang tertipu!!!!!!ni bukan note dosi la wei...

bertuah la klau ak da stdy bnyak utk dosi...ni note exam smalam nyer..yang ak da lame wat untuk ca a.k.a continuous assesment...

mengantuk seyh waktu2 ni...ni waktu tido normal aku neh...tp x mo la tido kan ari ni.. paper last....aku sacrifice la sket waktu tido tu...

pg ni masa aku tgah makan srapan sbelum g study... ader sorg pakcik bju biru ni approach....

"
bnyak makan??mee,kuih,roti canai,nasik lemak....lengkap sumer"

ktaorg sengih2 jer la...giler bnyak kan ktaorg makan???hahahaha...biar la,ader aku heran??heheh

then,masa study....tiba2 rasa terkena flash@kilat...huh?saper ni yg nak snap2 gamba aku??kekekeke...rupenye ader pakcik tgah test kamera nak amek gambar org2 yg g seminar tu...ahahaha....sakit mata seyh asyik kena flash tu,kot yer pun nak test sket2 dah ler pakcik oii...kate professional..tau la nak amek gamba aku pun...HAHAHAHAHAHA...x concentrate aku..(pdahal mmg da x concentrate ponn)



ni aku letak gamba ni.. nnt ader la kan yang kate.."eleh,nak tunjuk la tuuu dia blaja aper"..

huhu..aku x heran la weii..buang karan jerr..tau la korang blaja yang hebat2 pun...stakat kos aku..klau gtau pun korang cebik mulut jer..


nih!! nmpak tak kat atas ni??ni yg aku nk tunjuk sbenarnya...bleh bca x tarikh tu??korang bilang la dari tarikh tu sampai ari ni...huhhh??kat sbulan jugak tu...ni sumer angkara kad matrix aku yg telah mendissappearkan diri beliau sehingga ker hari ni..perlu x buat laporan polis??kekeke...

sbab kehilangan kad matrix aku tu...tiba2 jer lemak seluruh badan ni tertumpu kat kaki aku..dan memberatkan kaki aku utk g lbrary..bila zaman aku nak anta ni???

haha..tringat lak...korang ader baca paper x hari ni??selasa,17 Nov 2009-->ader seseorang tu baru pulangkan buku tu kat library selepas 51 tahun,maksudnya dari taun 1958...siottt r,wujud lagi ke lbrary tuu??tp mnde ni bukan kat malaysia la.....klau aku, x anta dah..hahaha..x per la...bagush3,dia nak kurangkan dosa...

ok...dah la tu story pasal aku...aku nk share video2 ni...klaka giler...klau korang minat big bang mesti korang da tgok video ni...tp ak x sure la video ni leh berfungsi x,since ni 1st time aku upload video..klau x loading tu,gtau la aku..huuhuuhaahaa...jakuun nyerrr sayerrr...

zass!!layaannn~~







camner??huhu...cam sengal jerk...kikiki...daesung x sesuai pegang watak tsukushi tu..hehe,tp comey jer dorg blakon...

g-dragon lak asyik cover gelak..kakaka...Top jer macho..(p/s-ak bukan peminat top eh..)..

okey..thats all 4 today..dah,g main jauh2...aku nak study,wlaupun mata tngah stim giler~~otak ak melayang2 mcam otak orang minum air ketum..huhuhuhahahahhehehehkuikuikui (dah sah aku tengah high,baik korang jauhkan diri!!)

16 November 2009

My first entry --> Journey begins

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, November 16, 2009 1 comments
Yatta!! akhirnya tercapai jugak hasrat nak buat blog ni...
sbenarnya dah lama idea ni pop up dlm otak,tp nk stat punyer la liat...hehe,sket punyer ketinggalan la aku ni..haha
anyway..ak masih lg duk terpikir ape concept blog aku ni..info?story?gossip?haha..nak letak jugak gossip tu..
ak xder la mengharap org bca blog ni..eceh,ayat sedeh lak..tp lbih krg mcam nak lepas stress gak la...

huhu...aku rase macam campur jer la..senenggg..sumer mende yg come across otak aku ni,klau trasa nak taip..aku taip jer...

ok la...stop sesi luahan segala mak nenek neh...da namenye first entry..wajib la aku wat intro pasal tuan punyer blog ni...walaupun korang x nak taw...ak paksa jugak korg baca smpai abes since korang da stat baca(ceh,prasan ade org nak bace aku nyer blog)..haha...tp in case la kan,korg tercilap url ker,Terrrsampai jugak kat page ni.,meh la share mnde2 yg best...

sbelum ak stat pasal mende2 yg ak gila about...ambek la taw sket psal diri aku neh...just gtau mnde2 basic la eh..member2 aku panggil ak amy..panggilan family x payah la taw yer..tu family ak jer leh panggil..ak tggal kat kedah,wlaupun ak lahir kat kelantan..dsebabkan aku lahir kul 12.40tgh mlm..time tu pulak tv tgah tayang citer hantu(maklumla,lahir kat rumah jer...mak ak tgah sakit2 nk lahirkan aku,,,sedap2 sedare ak g tgok tv yer???)..so,aku sangatla suke tengok horror movie..sebut jer..omputih,thailand,korea,jepun,local sumer aku tgok...tggu citer hantu dr tnah arab lak lpas ni...muhahaha... x ley byang citer2 seram dr sana..member ak sgat takut bila aku stat wat muke psycho or mcam kena rasuk..hahaha..x dpat belakon dalam tv kan..depan member jadik la..kekeke..




korang x yah taw la eh umah aku kat mana..ak ni penduduk nomad..pindah2 selalu...nnt kang gtau,korang g carik kat umah org lain lak..

perkenalan part 2-aku blaja lagi kat usm..dlm health sc skool..agak boring la,sbab mnat blaja aku da smakin pudar akibat rajin sgat stdy masa skolah..(rajin kerr???)..hahahaha...rajin konon...spm baper a jer pn...bajet mcam dapat straight a...tp x kesah,since ak darah b..so,aku bukan la perfectionist..lebih kepada halai balai actually..(korg paham ker halai balai nii??)huhu...next entry aku citer lg la psal study and sifat2 keulatbukuan and ignorance ak kat final exam skang ni..skang kembali ke topik asal~~

isy..panjang lak ak rasa ak taip..perlu ker ak wat intro part 2 utk next entry???hahaha...sah2 korang x nak kan..kekeke..huhu..kot la aku nak bg info berguna kan..nk tulis byak lg..tp for sure la korang baca smpai tertido kan??rasa mcam bca buku sejarah form 3(kenape mesti form 3??sebab time aku dulu,buku teks sejarah form 3 bruk giler..kertas kuning,,ktaorg batch akhir pkai buku lama tu)..or buku teks pengetahuan am form 6..tp ak x tau la darjah keboringan buku form 6 tu,since ak msuk matrix,x masuk form 6...tp tgok buku teks adik aku..dapat agakla kan azab nak abeskan buku tu..huhu

x per la..stakat ni jer la aku nyer intro..untuk stuff2 yg aku suke,muzik,movie,hobi etc lain kali jer ek...kalau aku nak crite sumer..smpai esok x abes taip..baik la ak g bukak buku dosimetry ker..exam lusa..ape pn x baca..senget~~

kat bwah ni aku..abaikan kesememehan aku ok??x payah korang close up parut2 kat muke aku ni..

tengok kejap2 jer,bukannyer lawa pon...nnti kang ader yg comment suh aku g wat plastic surgery...haha
lainla yang ni...jngan suh ak transform jadik dia ni ok??

mimpila kan aku nk dapat mata celik luas cam dia ni...

okeh...4.03 ptg..dgan ni scara oficially nyer ak berjaya menyiapkan 1st entry ak and merasmikan hobi baru aku iaitu mngupdate blog..eceh..mcam wat majlis perasmian plak...standard la kan ucapan perasmian panjang berjela2..hehe..

chow dulu...adios amigos



 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei