Followers

28 February 2010

Mudahnya berfikiran positif!!

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, February 28, 2010 0 comments
Petang ni mcm biasa, x buat apa2 in term of kerja berfaedah. Yg x berfaedah tu bnyak jer, merayau2 kat alam maya,bermukabuku..rutin yg hari2 aku lakukan..isy,x de keje lain..Ini pun esok ada test,mujur sangat test tu ditunda ke esok.Sepatutnya malam ni.Kalau test malam ni,tak adenye aku nak berblogging ptg2 cenggini sambil hirup oligococo yang lazatt..=)

Banyak perkara yang berlaku disekitar aku kebelakangan ini. Kebanyakannya berpunca dari salah faham. Iye la,fikiran manusia ni tak sama kan..Aku tak ada la nak kupas isu2 tu disini, tapi cuma mahu berkongsi pendapat tentang apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku.Opps,jangan salah faham.Disini, ketegangan aku kira general la ye...dalam hidup sesiapa pun di luar sana..

Aku sendiri sebenarnya terasa susah untuk berfikiran positif dan tidak berprasangka buruk terhadap orang lain.Korang sendiri pun,kalau terbaca status2 di facebook yang agak mencurigakan,serta merta idea negatif ter 'pop up' dalam minda.Contohnya,

XXX is Aku rasa macam nak bakar jer rumah orang tu.


First skali,korang mesti...
                    eh,pehal dia ni?ade la tu ngamuk kat sape2.. ---> contoh fikiran negatif
                    
Mesti la ade yang tak ambik port, macam aku..Tapi sket2 pun mesti terdetik jugak sumthing dalam hati kan..

Ataupun dalam situasi macam ni,
 
Si A hari ni diam jer tak nak bercakap.First skali,mesti si A ni disalah tafsir badmood, walaupun kadangkala memang betul pun.Tak kisah la yang tu,aku cuma tekankan pemikiran disini.

Tak nak hurai panjang2 since aku pun tau tajuk ni boring, tp just aku rasa mnde ni berguna utk apply dalam kehidupan seharian.

Ok.Aku terbaca satu rencana yang ditulis oleh saudara Irfan Khairi (kalau korang tak tau dia ni sape,dia adalah salah sorang jutawan siber).Hari2 kita banyak dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif,sebab tu berfikir negatif adalah mudah,sedangkan berfikiran positif perlukan sedikit usaha.Oleh kerana kenyataan ini, beliau tak baca akhbar. Hmm,aku kurang setuju yang ni. Bagi aku ,kita perlu juga tahu isu2 semasa,tapi tapis la apa yang korang baca tu. Kurangkan baca bahan2 yang boleh mempengaruhi minda anda. Contonhya,pergaduhan dalam politik.Si *** tak lagi berada di landasan yang betul dan banyak la kontroversi2 lain. Automatiknya korang fikir,"dia ni memang tak layak jadi pemimpin rakyat" dan korang pun mula pandang serong.Bukankah kenegatifan itu sudah meresap ke dalam minda anda??Itu pendapat aku..orang lain tak tahu la macam mana.

Dan aku rasa kita kurangkan mendengar perkara2 negatif jugak, especially yang tak berkaitan dengan kita. Kalau tak dengar semua kang, nanti kita tak tahu ape yang berlaku disekeliling pulak.Hmm,yang ini aku pun rasa susah nak buat..hoho XD. Tapi,cuba aje la selagi upaya..cewahh..

Apa yang penting,tanamkan minda positif bahawa berfikiran positif itu adalah mudah!!!

27 February 2010

tersalah cucuk lubang!!!

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, February 27, 2010 0 comments
Perkara ni da pernah berlaku dulu.Sekali.Kat rumah..Memang aku cuak sangat2..Sebab masa ni terbayang duit dalam bank yang tinggal seciput jer..



Masa cuti CNY ari tu, aku bagi la adik aku tengok konsert NEWS yang baru tu, diamond concert..Sebab aku dah tengok,ak biar jer la adik aku tengok sorang2..

Dalam petang sikit, kitaorang rancang nak keluar jalan2...Dengan assignment tak siapnye,aku g outing dengan adik aku..

Malam,sebelum tidur. Tergerak hati aku nak on laptop sekejap, online 2-3 minit, check emails.. Tapi..........

Laptop tak boleh on.Huh!Automatik aku terbayang assignment diagnostik radiology aku yang still 0% in progress tu.Cuak + sedey..Waktu tu aku terbayang motherboard yang rosak...mahal dowh nak ganti baru, dengan dvd drive nyer rosak..

Aku : Ngah, petang tadi tutup tak laptop?
Angah : Mana angah tau,bukan petang tadi kaklong shut down ka?
Aku : Eh, tadi dia tengok last.Ingat ke shut down dah,tengok gelap jer skrin monitor petang tadi..

Serta merta mood hilang.Dalam kebingungan aku fikir pasal laptop + assigment tak siap ,aku terlelap. Esoknya, aku nekad bawak laptop g kedai.Kalau mahal pun nasib la..aku berharap je laptop aku tak parah. Sebelum keluar ,aku try on sekali lagi...

Terpampang perkataan ACER besar kat skrin!!Yesss...miracle betol...Semalam ,biar aku tekan punat on sampai relai pun laptop aku tak nak on.Tapi,aku tetap bawak laptop aku g update and install antivirus baru kat kedai.Kot2 la laptop buat perangai sebab banyak sangat virus membiak dalam hard disk aku,smpai siap boley buat pesta lagi trojan,worm tu sumer..Alhamdulillah..aku selamat anta assignment setelah sehari suntuk aku jadik workholic depan laptop.Cet..bukan senang tu aku yang malas ni nak jadik workholic.

**********************
And now...Tadi sekali lagi aku cuak sebab laptop tak leh on. Kebetulan tadi, bilik aku blackout..Automatik laptop aku terus off since tak pakai bateri..Lepas aku g tolak switch kat mende alah yang buat bilik aku blackout tu, aku try on laptop. 

Ohh...no!!! Laptop tak nak on..Aku dah start risau.Aku sekarang bukan setakat sengkek,muflis,papa kedana...ni dah sampai tahap merangkak tepi customer kat kedai makan,buat puppy eyes,  mintak makanan...

Aku : Akak manis,abang macho...mau sikit makanan bole??Saya sudah 10 hari juga tarak makan..
Couple tengah makan kat kedai western,
si lelaki : shuh,shuh....sini tak der makanan free,naah amek 50 sen,pegi beli roti...isy,potong stim btol la dia ni..nak dating pun susah.
si perempuan : Ala,yang...kesian eh dia..Dapat pahala tau tolong...
Aku : betol la akak manis..Saya ni merempat,baju pun kutip dekat mpkb juga....Tolong  saya, sikit rasa juga pun tara apa..Untuk ada tenaga pigi kutip tin ..Semalam tin saya ,itu orang lain suda curi la akak..sudah 10 hari punya kumpul..
Si lelaki : betol ni 10 tak makan ??Macam sihat jer aku tengok...
Aku : Hihi..saya sudah 10 hari juga tara makan stik..tapi hari2 saya makan nasi..itu pasat sihat...

Dan.......Stik itu pun terbaling ke muka aku...

Cet,melampau punye hiperbola kemiskinan aku. Tapi,,serius,sengkek!

Adeh,macam mana nak buat ni???Memang yellow light kat laptop charger tu tak nak nyala. Puas dah aku tutup,bukak,tutup,,bukak,tarik,cucuk,tarik,cucuk.Sekali,aku terpandang ,yang aku adjust plug dr tadi tu, plug periuk nasi..Ooh,shit!!Aku tersalah cucuk plug periuk nasik kat tempat yang biasa aku cucuk plug laptop.
Tapi ,pada masa yang sama ,bersyukur jugak ,sebab charger aku still ok...
Alhamdulillah....

Mood rajin nak study nuclear med

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, February 27, 2010 1 comments
11.00 pm - aku n ecah mengendong notes ke bilik jenny, dengan niat yang murni dan matlamat yang jitu..yeah...score A for nuclear med!!!

11.15 pm -introduction (bukan intro membaca) ,eating laksa utara makcik lori tepi kk + ovaltine +nescafe jenny .Giler banyak makan.Pukul 7 tadi aku dah melantak pasembur 1 bungkus.Pun beli kat lori tepi kk,tapi yang ni lori mamak punyer..Ingat nak jer lepak situ  "mamak,roti canai satu!!!" eh,ade ke roti canai??Tp da dekat kul 7..huhuu..Tapi,aku selalu jugak beli pasembur kat situ,nak kata sedap tu,biasa jer kot,tp tak tau kenape aku suka beli..Agaknya mamak tu taruk "perasa tambahan" kot...kui3..tak leh sebut,kang korang geli..

12.00 am - plan berubah ---> jadik karok lak..(p/s :karok = karaoke) start lagu greenday,eca n tika pun karaoke la walaupun sore tak brape ok kan..hohoh..tak lame lepas tu aku yang innocent ni pun join..Bukan ke tadi mula2 aku ajak diorang selawat??Haha..tengok jam..ok,da kul 12.da lepas maulidur rasul.Sengal...

1.00 am - Sesi jadik bidan terjun. Huhu...jadik mak andam lagi. Tak tahu kenape dak2 ni suruh aku jadik mak andam.Adakah aku ada gaya2 mak andam berkaliber???.aku mekap diri sendiri pun fail...maklum la mata unik sangattt..Hanim n eca pun fail aplly eye shadow kat aku...Eca yang konon2 maskulin tak nak mekap tu (hoho,buat jahat sikit!! eca suh aku tulis yg baik tentang dia untuk entri ni..Aku tulis baekkk punyer..).Dalam2 tak nak mekap,ini dah kali ke-3 aku adakan bengkel mekap bersama ecah.Bukan calang2 mekap,tebal kalah mekap rozita che wan tauu...tinggal ak tak tempek bulu mata palsu jer..

Fasa pertama - mekap gothic.. Aku tenyeh la eyeliner kat eyelid die..ok lagi. Still berani g toilet dengan mekap tu..

Fasa kedua - mekap rainbow. Aku tenyeh la kaler2 yang light giler..pink, biru n kelabu..Ini rainbow alaf baru oke.. lepas ni boleh la korang cipta formula baru lak..Mat Jenin Ke Hutan Bawa Ikan U(merah jingga kuning hijau biru indigo,ungu) ----> Kalau Pak Jenin Ke Hutan ,Bawaklah Isteri U , Minah (Kelabu pink jingga kuning hijau biru indigo ungu merah).Wow...9 kaler..

copp..da keluar topik.Nanti kang adik aku bebel lak sebab asyik terkeluar topik. Katanya,dia seksa nak baca blog aku sebab banyak merepek + suke membebel...haha..better la dr adik aku yang suke copy paste tu kan..(haha,jangan mara)

Sambung cerita. Setel eca mekap n puas bergaya depan cermin,tetiba..ekin datang!Taraaaa....eca cepat2 tutup muka ngan bantal..hahaha...kantoi..Sudah tak cool lagi eca..keekeeke

around 3.00 am - Yay!! da dpat download lagu adam lambert (Perlu ke bagitau??)--> perlu r..sebab mula2 tersalah download .Search kat 4shared keluar " For Your Entertainment-FULL".Dengan semangat ak klik,sekali keluar suara orang yang bajet suara dia macam adam lambert...cisyyy..Tipah tertipu banggg!!!!
Amused by Adam Lambert...alang,sila jangan menyampah ayat ni sebab aku da tukar belakang ayat..hehe

3.15 am - Mule drama aku, jenny n eca.Judul When the rainbows end.Watak eca - Rossie dunne + father + sureone _ divorced_1.  aku- ruby + wildflower + alex +stephen . Jenny - buttercup + lonelylady + sooverhim

4.00 am - Da naik pangkat. Bikin drama sendiri. Title : Jane's wedding   starring -jenny as jane, eca as alice, amy as wendy, abang aku as daniel, bunkface as sam, nobody as andy..

Ingat nak tulis skrip drama tu,tp malas lak ..pnjang giler + grammar tunggang langgang. Ape, bajet berlakon kat hollywood ke ape??Tak ape,tak payah skrip kat sini.Nanti beli jer dvd kitaorang yang akan kuar awal bulan Mac nanti..Dapatkan di pasaran!!!


Jane's Wedding Coming Soon...

23 February 2010

CA

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, February 23, 2010 1 comments
Amy,ko serius ke ni?
ye,aku serius..klu x ,xkan ak nak blogging waktu2 kritikal mcam ni...

1.45pm..
10% jer, tak banyak kan?
aku tak stress...langsung tak....tension aku blum smpai tahap stress..
tp,aku cuma hilang tumpuan..Hilang tumpuan??tak.Aku sebenarnya malas..
Aku da agak,balik bilik sure tido,bgun lak men fb jer...klu kat library pun sama jer..
Ni akibat study last minit @ memang nasib aku malang sebab tau ca last minit?

Watever la...
Bak kata ekin,aku lagi prefer baca kesultanan melayu melaka lagi dari diagnostik radiologi ni..
dulu ospe anatomy 20%..x der kalut2 study pun..dapat d relax slumber badak jer..
apatah lagi ni 10% jer kan..10%.So,tak berbaloi aku nak bertungkus lumus..(adakah aku sedang menghasut diri aku sendiri??)

plg2 truk ,x kan la aku tak ley hentam 2-3 ayat kan..janji kertas ade isi..lecturer nak marah???

sape sruh wat note yang boring,ayat pnjang x der koma,tak tersusun,kacau bilau content..????????

note: Aku tak marah sesape, aku sangat redha ....ca jer pun,bukan leh wat aku mati pown..

20 February 2010

Momok

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, February 20, 2010 0 comments
Pagi esok,aku dah kena balik usm. Satu perasaan yang tak menyenangkan ketika ini apabila memikirkan minggu2 sibuk yang bakal mendatang. Adeh, ari ni aku tak buat assignment pun. Tak apa lah, rehat puas2 sebelum bergelut untuk ca,cme,clinical,kejar duedate. (Nak jugak ada intro,kakaka)
Balik rumah kali ni, aku dapat cerita baru pulak dari mak aku. Blok aku dihuni puaka!!!Benarkah??

Macam-macam cerita aku dengar. Pertama, heboh orang cakap ade 'bende' terbang dari beranda betul2 depan rumah aku (tingkat 2) ke tingkat 9.Aku pernah naik tingkat 9, agak misteri memandangkan kawasannya agak tertutup dari pandangan luar dan hanya dua buah rumah yang ada di floor 9 tu. Anehnya, family aku tak pernah pulak rasa apa-apa.Keesokannya, ayah aku pulak bawak balik cerita baru.Masa ayah aku ke surau untuk berjemaah solat subuh, rakan ayah aku yang paling awal sampai ke surau ternampak ada seorang pak cik(pak cik ke?ntah,tak sure..) berkopiah, berbaju melayu coklat turut berjalan ke surau awal pagi itu.Tapi,bila hampir ke kawasan surau, pak cik tu belok ke arah lain dan terus lesap. Ayah aku cakap dia memang tak nampak sesiapa pun yang berbaju coklat dalam saf pagi tu.Jadi,siapakah gerangan berbaju coklat berkopiah putih itu??(Eh, apasal aku terasa macam cerita seram mastika jer)

Seorang jiran merangkap kawan mak aku ada cakap dia ternampak ada 'lembaga putih tanpa kepala' jatuh dari tingkat atas.Hmm..korang percaya ke semua cerita-cerita ni?? At first aku dengar, berdekah aku gelak.Haisy, nampaknya penduduk berek ni dah disogokkan dengan bermacam-macam cerita momok. Aku rasa la,bila mind dah set tempat tu berhantu, baju jatuh dari atas pun dkatakan lembaga,haha...di balai pun penuh ayat2 nak elak gangguan.Semua orang takut..Jiran aku (yang bukan 1 blok) cakap dia tak pernah bukak pintu dapur sejak2 berpindah ke sini. Malah, dia doakan anak dia agar terserempak dengan hantu, sebab anak dia tu suka bercakap besar + suka keluar malam.Masa turun ambil purse aku yang tertinggal dalam kereta kat bawah pukul 12 mlm, adik aku pun macam takut2..haha..Saja nak bagi aku feeling takut sekali..haha..Tapi memang aku tak berani naik lif malam, turun tangga je la. 

Aku percaya kewujudan makhluk2 ni, tapi boleh jadi faktor psychology yang 'mewujudkan' versi-versi cerita seram ni. Mungkin lah yang jumpa tu sekali. Tapi, satu perkara yang aku perasan..semua cerita dari mulut ke mulut.Jadi, aku tak tahu sama ada aku perlu percaya atau tidak. Normal la kalau takut pada waktu tengah malam, tapi jangan keterlaluan..Nanti kaki terpijak chewing gum pun,cakap hantu tarik kaki pulak..

Aku : hantu zaman sekarang cantik2,kalau terserempak boleh tanya dia buat rebonding kat mana kan??haha

15 February 2010

I'm home BUT.........

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, February 15, 2010 1 comments
Dah 3 hari aku berada di rumah. Homework satu pun tak jalan. Kalau boleh, macam nak cuti 2 minggu.Naik cuti ni memang banyak benda yang nak settle.Bayangkan kalau aku tak buat ape2 kat rumah.......Mau 2 hari tak tidor,kerja tak siap. Tapi.serius!Assignment kali ni aku rasa susah sangat nak dapat bahan plus aku tak berapa paham.Haisy..CA lagi........adoi,malas,malas,malas!!Aku kalau boleh, nak tidor makan,tidor makan..

Sekarang pun tak berapa sihat. Turun jer bas kat stesen jitra...WHOA!!!Panas membahang.Memang terasa lain darjah kepanasannya.Kebetulan aku turun bas sama dengan Kak Zira Sport Science, dia pun cakap benda yang sama. Aku ingat Kelantan dah  panas habis, tapi Kedah lagii panas.Logik kalau mencecah 40 darjah celcius.Kawasan aku la,kawasan lain aku tak tahu. Mungkin faktor geografi yang hampir dengan sempadan Siam??Jadi,iklim kat sini iklim monsun tropika,bukan iklim khatulistiwa macam di K.L tu. Dah 2 hari juga aku sakit tekak, sakit kepala, badan rasa panas.Nasib baik tak demam je. Risau jugak masa eca stay kat rumah aku nanti, takut tak tahan dengan cuaca panas kat sini, since dia tu senang sangat sakit.

Sebenarnya, banyak aku nak membebel ni, tapi malas lak nak taip.Well,babbling is my thing. Next entry ,aku membebel betol2..haha

08 February 2010

Haruskah aku jelezz??

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, February 08, 2010 0 comments
Sedang aku menunggu waktu Zohor,sempatlah aku meronda-ronda di blogspot ni, baca blog orang. Banyak jugak la blog budak2 Usm yang aku da sampai.Quite impressive.Tak sangka aku budak2 Usm ni,despite belajar sains, sangat berjiwa halus dan berseni.Huhuu..Sedikit sebanyak tu jeles jugak...(ape kes??)
Apa yang aku perasan pada diorang2 ni ialah kebolehan diorang menulis tu disertakan dengan bakat2 seni lain seperti melukis.Muzik?tak tau la..Aku mula terfikir,agaknya seni ni memang dah mengalir bersama2 darah dalam tubuh diorang kot.Then,i realized , memang logik la kan aku tak ada bakat menulis tu.Patut lah novel aku dari form 1 sampai lah form 5,hanya separuh jalan je.Waktu aku masih muda remaja dulu,14 tahun,(wohoho,sekarang dah tua!!22 taun beb),aku pernah bagitau mak aku, yang aku berminat nak jadi novelis.Mak aku senyap jer..mungkin dalam hatinya, Hmm,tukar lagi.Ni kes terpengaruh baca novel banyak sangat la ni. Mungkin la.Sebab sebelum tu cita2 aku nak jadik orang business(pun kes terpengaruh tengok cerita cina Hong Kong banyak sangat).Apa yang aku terfikir masa tu, hasilkan novel,then dapat duit.See? Sangat tidak ikhlas niat aku nak jadik novelis.Even masuk pertandingan sajak pun,sibuk la aku rujuk sana sini, berusaha nak faham term2 sastera.Kalau orang yang memang berbakat,tak perlu rujuk2 ni semua,kan?Maybe waktu sekolah dulu,aku just minat tapi aku bukan berdarah seni.Kesudahannya, tak menang.Gila,pertandingan untuk seluruh Malaysia,kalau aku menang,bangga gila beb.Tapi ikut rasional la kan,takkan la aku yang tak berbakat ni nak menang kan.Tak berbakat2 pun,abes satu buku jugak aku tulis sajak.Mana pergi eh sajak2 tu semua?Oh ya,dah tenggelam banjir.Kalau tak,aku still boleh carigali lagi sekarang.Sejak masuk Usm,atau lebih spesifik lagi,sejak aku mula addicted dengan drama2 jepun,aku tak lagi minat menulis.Baca novel pun.At least tak segila dulu.Minat aku terkubur macam tu je.But,now ,aku baru je beli novel 2 hari lepas.Entah kenapa, baca blog2 diorang ni buat aku rindu nak baca novel, buat aku teringat balik minat aku yang dah lama terbenam kat dasar otak ni. Tika cakap aku terpengaruh dengan rummet Hanim sebab Ain ada banyak sangat novel kat bilik dia.Tapi,novel Inggeris.Sebenarnya,tak la.Bila masa aku terpengaruh dengan rummet Hanim ni?Aku tak pernah pun tengok si Ain tu baca novel depan aku, selain timbunan novel yang melambak atas katil dia.Apa yang aku perhati hari2,dia tengok video Korea je.
  Ok,back to my "teenhood" story(sorry,aku cipta term sendiri,huhu).Sebaik saja aku mencecah form 4, cita2 aku bertukar lagi.Again.Haha,ni belum cerita lagi cita2 nak jadik polis la,jadik artis la,masa primary skool.Kali ni terpengaruh apa pulak?......Kali ni aku terpengaruh dengan cerita cikgu Biologi aku,cikgu Rabitah. Menurut ceritanya, teman kepada suaminya tu ada la kerja dalam bidang forensik.Gajinya,fuuh!Berapa ribu aku tak ingat,tapi cukup untuk buat aku kagum masa tu.(Eh,pasal duit lagi?)Masa tu pulak tengah belajar pasal kromosom2 tu semua,lagi bercambah-cambah la minat aku kat forensik ni.Lama jugak,sampai matriks,tambah disogok pulak dengan cerita CSI kat tv(tp tak ada la selalu tengok pun,sebab duk hostel)Then,sampailah masa sebelum masuk Usm.Sibuk la aku mengumpul artikel2 pasal forensik dari suratkhabar,cari silibus program forensik kat Usm ni,baca slide show ayah aku pasal forensik.Even baju pun nak forensik tau.Baju yang ayah aku kasi.Baju unit forensik balai polis ayah aku.Sekarang dah tak pakai.Tapi last2,TAK DAPAT.Salah aku jugak,sebab last2 minit,entah macam mana aku tukar forensik tu letak bawah2 sikit dalam borang application.Mak aku suka la kot ,sebab dia tak berapa berkenan aku join forensik ni.Tapi!Aku tetap terima keputusan dengan hati terbuka.In fact, aku dah bersyukur sangat sebab diterima masuk ke Usm.Currently,i'm blessed with this new field,Medical Radiation.Aku sangat bersyukur.Boleh belajar anatomi lagi..Hahaha..tapi bila dah belajar,lain pulak ceritanya. Syaitan biru,syaitan merah yang tak jemu2 nak rosakkan result aku,muhaha.Bila aku dengar ura-ura peluang kerjaya dalam bidang forensik ni dah tepu kat Malaysia,aku lagi la bersyukur.Nampak tersuluh sikit jalan,walaupun aku tetap belajar dalam kelam.Tak faham langsung aplikasi subjek2 yang diajar,sehingga lah kitaorang masuk klinikal semester ni.
Ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku.Bak kata orang putih,every cloud has a silver lining(btul ker mcm ni peribahasanya?Aku tak pandai BI).
Ok.Dah pukul 2.10ptg.Kejap lagi ade kelas nuclear medicine pukul 3.Aku tamatkan entri aku disini je lah ye.
Sekali aku jeling tajuk entri,eh?macam dah terkeluar tajuk je..huhuu

07 February 2010

Kisah Tudung

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, February 07, 2010 0 comments
Tengah hari tadi, waktu aku nak pegi basuh mug kat pantri, aku ternampak classmate chinese aku, Adeline baru turun tangga dari tingkat atas. Aku pun jerit la panggil nama dia, and dia pun menapak slow2 menuju ke arah aku. Kitaorang berbual kejap kat pantri sambil2 aku basuh mug aku tu..
"Kamu dah makan ke?"
"Sudah..kamu belum makan ke?"
"Saya baru nak makan.."
"Eihh?Nak makan lagi?"Sambil jari dia tunjuk kat mug yang aku tengah basuh tu.
"Hee~ni semalam punye,baru nak basuh.." aku sengih jer la..haha
"Ooo...nak makan baru basuh ya.."Adeline senyum sambil thumbs up kat aku..LOL

Then,aku ajak dia dtg bilik aku, makan bihun tak sedap yang aku masak sendiri tu.Tapi,dia kata ok jer..Seperti yang korang tahu, bilik aku panas sebab kedudukan katil and meja yang aku baru ubah tu.Tengah bersiap2 nak keluar pegi kelas,
"Bilik saya memang panas la,"Aku merungut.
"Huum...ya lorh.Nasib baik kamu tak perlu pakai tudung dalam bilik.."
Aku senyum je..
"Dalam bilik tak payah..Kitaorang pakai kat luar je,"
"Kamu pernah ke keluar tak pakai tudung?"Adeline bertanya dengan curiousnya.
"Kecik2 dulu jer.."Aku jawab..
"Dulu saya ada kawan Malay tak pakai tudung..memang dia ada la rebonding rambut..tapi kawan di Sarawak la..Saya tak ada kenal dia,tapi dia tegur saya,"
"Awak tak tanya ke kenapa dia tak pakai?"Aku tanya..saje nak test.
"Ada..tapi dia kata 'tak apa lor'..."Adeline jawab sambil ketawa.
"Sepatutnya tak boleh,"Aku bagitau..tapi tak sempat lak nak explain dosa2 tu sume,sebab da ubah topik pasal baju dalam catalog plak lepas tu.

                                                             ***********                **********
Minggu lepas,mase tengah bincang pasal presentation untuk CME, entah macam mane terkeluar topik pasal dinner.Masa tu,aku tengah belek Cleo kepunyaan Nisah, rummet yanti.Tengah2 khusyuk bincang pasal dress,Adeline menyuarakan idea yang "bernas" sekali. Nak tau ape?
Dia suruh pakai fesyen kemban tu.Haha,kitaorang ketawa jer.Then,kitaorang cakap la tak boleh sebab pakai tudung.Tak kan lah pakai tudung tapi dedah kulit badan pulak kan....nak pakai pun kena pakai inner sekali.Pastu,dia keluarkan idea lain pulak..
"Kamu orang tak payah la pakai tudung.."
We were like..huuh???Ktaorang kerutkan dahi untuk beberapa ketika,menunggu idea ape pulak Adeline nak kasi ni..
"Bukan la,kamu letak apa itu,yang orang selalu pakai..?"
"Ape?selendang?"Yanti tanya.
"Haa..yang itu lor..kamu letak saja atas kepala.."
"ooh...yang pakai nampak rambut macam datin2 tu ke?"
"haa...yang itu,yang itu...cantikkan?"
Hoho...ape lagi.Pecah berderai la kitaorang ketawa,sambil geleng2 kepala..Adeline,Adeline..
"Kalau camtu, baik tak payah pakai tudung."Yanti bersuara dengan lantangnya.

Sebenarnya,chinese ni tak faham kan kenapa kita kena bertudung.Jadi,kita la kena terangkan kat diorang.Tapi,Adeline ni memang kelakar orangnya.Selalu jer buat kitaorang ketawa.Lagi satu,dia memang expert bab2 cari history patient waktu klinikal.Kitaorang baru je decide pilih kes,then..zuuus...tak sampai seminit da hilang,pegi cari history patient.haha...

Aku?Aku tau wat bodoh jer masa klinikal...huhuuuu

3 things i've done last week~

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, February 07, 2010 0 comments
Sebenarnya aku nak pegi mandi ni,tapi tangguhkan hasrat kejap untuk beberapa minit sebab peha aku luka akibat tercucuk pen yang tak berapa tajam tu..hahaha.Sila jangan menyampah sebab aku memang mengada-ngada dari kecik,hee~Tapi aku mmg tengah panas gile,sebab kedudukan meja yang tak kena angin kipas ni..Da melekit satu badan,sebab g outing tadi.Tak apa..shower room,tggu kejap..kejap lagi saya datang...Ok,lets see ape yg berlaku pada aku minggu ni..(eh,ade ker org kesah?),Tapi,tak kira,nak bagitau jugak..klau tak ape gunanya ak berblogging..Nak menulis falsafah ke,info2 ke ,aku tak berapa reti.Aku tau membebel jer..

1.Minggu lepas,aku dan hanim buat sudden plan.Balik dari kelas,aku terus lepak bilik hanim..malas nak balik bilik..Minggu lepas,minggu aku merempat.Asyik tidur merata-rata..Kalah anak kucing.Kucing montel kaler kelabu tu pun tau stay kat 1 dm jer kalau nak tido..huhuu.Tengah aku berguling-guling atas katil Hanim macam orang tak ada arah,tiba-tiba jer Hanim berkata,
"Weh,jom buat kimchi.."
"Huh,mimpi ape ni nak wat kimchi?" ---------->Ok,aku tambah dialog ni..kekeke.Ini yang sebenarnya,
"Ikut hang la..aku ikut aje,"Aku jawab dengan muka tak berapa semangat.
"Kalau nak ,kita g kk,"  p/s-kk=kubang kerian square
On the spot,aku google cari resipi kimchi,So,jumpa la resepi yang agak ringkas dan agak mudah untuk kitaorang try.Kitaorang bingkas bangun n zuuusss!!!Kejap aje da ada dalam kk.Of course la sebelum tu bersiap dulu.Tak kan la aku keluar free hair kan..Ni proses pembuatan kimchi kitaorang yang tak tahu la jadi ke tidak..
                                                                                
Ni bahan2 utama yang digunakan.Kubis panjang(tak tau la betul ke tidak aku sebut nama sayur ni),bunga lily yang diawet,yang ni bahan aku tambah.Tak terdapat dalam resepi asal,ada paham??Ingredient lain,bawang putih,serbuk cili,suka hati korang la nak guna serbuk cili alagapas ke,babas ke,adabi ke.KItaorang guna jenama tak femess je...Then,halia,daun bawang,kucai(yang ni kitaorang tak letak sebab tak ade jual kat kk),garam,gula,perasa.Hmm,itu saja rasanya.Oh ye,resepi asal ada letak udang,tapi kitaorang decide tak nak letak.Kenapa?Entah la,tapi rasa macam tak sedap pulak letak udang.

                                                                                                   
First,rendam dalam air garam selama 4 jam.Tak sure la untuk ape,nak awet dan bagi masin kot.Bilas bersih2 dan toskan.Kalau boleh,kubis tu perah sikit.Lepas tu,bahan2 lain tadi tu,tumbuk je semua..Then,gaul2 dan sapu pada setiap helaian daun kubis ni.

                                                                                 Ini lah hasilnya selepas proses menyapu bahan campuran tadi pada daun kubis.Ok,lepas tu,masuk fridge aje..

                                                                                 Ni kimchi yang dah dipotong,keesokan harinya.Kimchi ni sepatutnya peram lama sikit,seminggu ke ..Rasa dia suppose to be masam dan pedas.

 Ni cara aku makan kimchi.Kimchi ni boleh makan dengan mee,sup,buat nasi goreng dan banyak lagi.Korang google sendiri la.Tapi ni masa kimchi separa siap,still belum masam lagi.Apa rasa kimchi yang kitaorang buat??First timer,of coz la ada cacat cela sikit.Rasa bawang putih yang agak over(18 ulas),halia tak hancur(sebab tumbuk dengan botol sos jer) dan tak cukup pedas n agak manis la bagi aku.Anggaran bahan2;

kubis-500g
garam-2sudu makan
gula-150g
serbuk cili-2 sudu makan
Tp serius,yang 2 sudu makan tu bagi aku tak cukup.Korang modify la ikut citarasa sendiri.Bahan2 lain tu just secukup rasa.

2.Hari ni aku berjaya membeli 2 novel dengan jayanya.Yay!!
Susah jugak la nak cari novel ni.Lama gila aku belek2 kat rak buku ni.Payah jugak aku ni,sebab aku tak percaya sangat penulis2 baru yang aku tak pernah baca karya diorang.Novel yang aku beli ni pun bukan latest,tp tak apa,aku da lama tak mengadap novel.Yang terbaru dari  Ramlee Awang Murshid ni 9 nyawa.Macam best,tapi tak sempat ternampak masa pilih2 tadi.Elok aje aku habis bayar kat kaunter,aku terpandang buku tu kat rak new arrival..Owwh,gosh..apasal tadi aku tak nampak??.Tapi,its ok.Ungu Karmila ni macam best..9nyawa tu Tika nak beli kan nanti..kan Tika kan???Yang Sharifah Abu Salem ni pulak,tajuknye Aku Cinta Dia. Honestly,kalau ikutkan sinopsis,aku tak berapa tertarik.Tapi,oleh kerana aku percayakan kebolehan penulis ni untuk olah cerita,aku beli jugak.Kadang2 cerita tak best,tapi kalau penulis pandai olahan,still ok.
Tadi,start kuar outing lepas test.Konon nak lepas tension la lepas assessment Photon Beam Therapy.Gila merepek aku jawab.Siap cipta fakta sendiri lagi.Memang letih gila la outing,sebab tido pun da dekat2 pukul 7pagi.So,memang aku tak cukup tido.Berdenyut-denyut kepala aku masa jalan dalam KBmall.Dah la selekeh habes aku hari ni.Sebelah pagi bangun lewat,tak sempat nak iron tudung.Capai aje tudung2 yang ada.Selamba aku berjalan-jalan kat kbmall dengan jeans+t-shirt usm biru hitam+tudung krim merah.Sangat tak matching.Ok,anda boleh ketawa skarang..
Tapi..!Ingat aku nak biar jer aku pakai macam tu??Haha..Oleh sebab ketidakselesaan tudung merah yang agak besar tu ,dan aku agak terkejut masa tengok dressing aku  kat cermin tandas.Gila buruk.Maklumla,gi kelas pun tak sempat tengok cermin pagi tu.Tak sampai berapa minit aku dalam kbmall,terus aku menghilangkan diri dari pandangan bebudak ni..untuk survey shawl yang murah2..Akhirnya,jumpe jugak.. jeng,jeng..

 Tak cantik,tp better la dari previous tudung.Tak pasal2 tambah koleksi shawl aku kan..nasib baik murah,so tak kisah sangat.Murah2 pun,dekat rm100 gak aku belanja kat kbmall termasuk bowling.Hmm,aku memang susah kalau pegi mall tak membeli.Kalau tak ada duit pun,aku akan pikir,
'tak pe la,lepas ni aku jimat,"
Haha..kalau duit novel tu aku nak claim separuh dari mak aku aci tak?Agak2 kena lempang tak nanti?hahaha...

3.
Ada apa dengan pisang kuning yang besar gedabak ni?Ni pisang pemberian first rummate aku.Ajaib bukan?Tapi tak apa,aku appreciate walaupun pisang je.

Lama gile aku update menatang ni.Naik lenguh tangan aku..ok,nak stop.Shower room da merajuk sebab aku lambat~


 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei