Followers

29 March 2010

Musim Final Exam sudah tiba

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, March 29, 2010 0 comments
Sempena final exam yg da dekat,aku selitkan beberapa tips dari Dr Fadzilah Kamsah untuk menjadi pelajar cemerlang.Masih belum terlambat utk mengamalkannya.Renung2 kan dan selamat beramal. =))

credit to www.macam-2.com



35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
        1. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  5. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  6. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  7. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  8. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  10. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  14. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  16. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  17. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  18. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  19. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  20. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  21. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  22. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  23. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  24. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  25. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  26. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  27. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  28. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  29. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  30. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  31. Pelbagaikan tempat belajar.
  32. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  33. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  34. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Aku nak selitkan jugak pesanan lecturer aku...
- learn by heart.Jgn hafal...tp yg mana kena ingat tu ingat la,cuma jgan hafal membuta tuli + banyakkan guna common sense(ni aku tambah)..kang  bila x dpt jwab soklan,ckp lecturer kata x payah hafal lak..huhuuu..

Biar bersusah2 dulu,

asal kita tak bersusah di kemudian hari..


                                   

15 March 2010

Luahan hati~

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, March 15, 2010 1 comments


Assalamualaikum..

eceh..mcm sopan lak pembukaanya..haha..Da lama aku tak post ape2 kat cni..berkunjungnya ari2,tp just check org lain punye entri..Ye la,skarang agak busy(busy la sgt aku ni)..bila ada masa pun mcm tak ada mood.Hari ni ntah kenapa hati aku terbuka nak post entri(bajet  mcm bertahun2 tak post je )..kekeke

Sebenarnya x ada apa nak cerita,tp just latest updates from me..currently.aku tak berapa sihat.Selesema burung..Eh,bukann.selesema biasa jer..Dah la ramai patient tb ari ni..kang snang lak jangkit..eh?ada kaitan ke???memandai jer aku wat teori sendiri..haha..abaikan..Pg td, aku terserempak ngan 2 pupu aku,dtg wat x-ray sbb accident 3 bulan lepas..hmm,kecik kan dunia ni??Tak ada point penting pun,saje nak bgtau..hehehe..
Back to aku punye selesema..aku nak cerita jugak,sebab aku kan ngengada..Dari minggu lepas skit tekak,then semalam start selesema + sakit kepala + rasa cam demam.Abes klas pg aku ponteng,msej lecturer pun aku ignore jer..Tp alhamdulillah,lepas 2 hari telan ubat n pantang ais, rasa mcam da hilang skit kpala,batuk n sakit tekak..Tp….yg makin parahnya selesema.Adoi, naik rimas aku dibuatnya.Rasanya,aku smayang pun makin cepat sbb tak tahan rimas…Adeh,ni baru ujian kecik.Ya Allah,kau tetapkan lah hatiku dalam menunaikan ibadahMu.

Semalam parent aku dtg..terkejut gak..Tp mmg dr tengah hari da pelik  family aku ni.Mana pernah diorang nak tepon tengah ari buta semata-mata ckp teringat kat aku..Hoho..punye la saspen aku duk pikir smpai ptg.Mcm tau2 jer aku tak sihat~Then,ktaorang g la mkan kat area pngkalan chepa.Aku nak bwak g kedai makan best,tp tak ingat jalan + masa terhad.Waktu tu da dekat2 maghrib,sbb sbelum amek aku,dorang stuck dlm traffic jam.Jadi,akhirnya makan kat medan selera biasa jer..Ok la tu,dpt mkan ngan family.Lgpun ak da mkan dah msa blik klas tu.*Hepi..XD

Ni sesi luahan hati plak.Lately,ramai kwan2 skolah mnengah add aku kat facebook.Aku hepi la,yg tak hepi nye aku tengok semua dah berubah.Ye la,kan dah besar pnjang semua.Ramai dak2 hostel da free hair.Klu dak luar aku tak heran la..biasa kan,sbb ak tau diorang mmg camtu dr dulu.Hmm,free hair perkara biasa,tp fesyen2 berkemban mcm nak terlucut kain n tindik2 sume ape kes??(eh,adekah aku teroverreact??)Plus,msa skolah dr klas arab.Klu klas aku tu,aku rasa biasa la kot...Ni aku bukan mngutuk,ok??ade aku ckp hodoh,buruk,jelek???tak der kan...aku ckp aku sedih jerr..Aku ngaku aku sndri pun tak bagus dalam hal2 mcam ni.W/pun dulu2 tak berapa nak ikhlas pkai tudung,tp aku tetap bertudung.Kira kurang la kot dosa..tp x bley ckp tak berdosa,sbb pkai tdung bwal jer tanpa ank tudung + slempang2 sume(tau pun dosa,tp aku buat jugak,haisy).Aku pernah terbaca,tp tak tau la nak letak dalilnya..sbb mlas nak trace balik.Klu lidah kita berzikir walaupun hati lalai,insyaallah,lidah tu yg akan selamatkan kita walapupun niat tak berapa ikhlas.Klu seorang itu bersolat tp mencuri,insyallah lama kelamaan solat tu akan menghentikan perbuatan mencuri tu.

Aku tak nak komen lebih2,sebab kesudahannya masih blum pasti.Maybe kat penghujung hayat nanti,diorang ni yang lebih bagus dari org yg hari2 baca quran tu.Entah2 esok lusa aku jadik pencuri ker,perompak ke ak tak tau kan..nauzubillah..Semuanya kuasa Allah.Kita sebagai manusia setakat memperingati antara satu sama lain.Itu pun ada adabnya,jgn main sindir jer..Semoga kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik..

*Eh,kenapa entri ni aku rasa ade mood ustazah sket??Abaikan..



04 March 2010

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, March 04, 2010 1 comments
hari ni aku terasa bengang.mula2 aku cadang nak cerita jer dalam ni,tapi bila ade bnde lain lak yg wat bengang aku bertambah,aku rasa lemah ,even menaip pun asyik tersalah jer...aku sangat sakit hati skarang..just don't ask why..nnt bile2 aku citer..


 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei