Followers

24 July 2014

Perlu kah ikhlas dalam mencari rezeki?

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, July 24, 2014 4 comments
Salam Ramadhan kepada semua.

Terlampau lama rasanya tak jenguk ke blog ni. Kalau blog ni rumah, agaknya dah berhabuk, bersawang, dinding reput kena mamah dek anai-anai. Tuan blog pun dah banyak berubah, dah naik 15kg, pinggang dah naik 4 inci, and yang paling penting dah matang kot. Ye lah, dah 3 tahun tinggalkan alam belajar. Dah 2 tahun
mengharungi pahit manis bersama ECT.

Sebenarnya memang teringat nak update blog, sentiasa ada benda nak tulis, tapi masa tak mengizinkan. Dah masa free guna untuk g lepak, tidur je, mana nak free cik kak oi..

Satu benda yang bermain-main kat fikiran aku kebelakangan ni adalah punca rezeki. Orang cakap, kalau rezeki tu berkat, maka gaji kita akan sentiasa cukup regardless berapa tanggungan, keperluan sehari-hari. Tapi kalau tak pandai bersyukur, gaji sepuluh ribu pun merangkak nak cari side income.

Itulah yang aku kira terjadi kat diri aku. Bezanya aku dua tahun dulu dan sekarang.

2012
Masa ni baru dapat kerja. Aku memang sangat komited dengan kerja, passionate involve dalam aktiviti , bersungguh-sungguh tolong budak2 ni nak berjaya, kerja lebih masa tu tak payah cakap la. memang tak kisah datang luar waktu kerja. Bangun tidur, teringat apa yang nak buat, nak cakap kat budak2 ni.. Nak tidur pun fikir dorang jugak. Kadang2 sampai mimpi. Pernah sekali cuti raya seminggu, 3 hari first tu mimpi dorang je. Itu baru cerita pasal kesungguhan aku bekerja.

Hal kewangan? Masa tu gaji lebih kurang je dengan sekarang. Komitmen pun lebih kurang.. loan lereta, laptop,duit kut (main 2 nama)
Setiap hujung bulan masih dapat shopping cardigan 5-6 helai, and mesti ada baki seratus.

2014
Banyak perubahan kat tempat kerja termasuk pelajar2. Aku pun memang dah plan nak sambung belajar dari 2013 lagi. Jadi orang cakap separuh hati mungkin dah melayang ke tempat lain. Cuba untuk buat yang terbaik sebelum aku melangkah ke alam belajar sekali lagi bulan Sept ni..tapi bila aku dah tak produktif, tak semangat, itu bukti aku tak boleh tipu diri sendiri. Tengok budak pun kosong je, tak boleh nak bonding, takde chemistry macam dulu.

Kedudukan kewangan? Dengan gaji yang naik sket, still ada loan kereta, sewa rumah dan smartphone (dua-dua x smpai seratus pun), debt laptop dah setel n kut dah x main..
Bezanya, aku JARANG ada duit lebih hujung bulan. Kadang2 terpaksa keluarkan simpanan ASB, atau pinjam duit tengah bulan.To my surprise, aku dah jarang beli baju..mungkin banyak habis kat makan kot,hehe.

Kesimpulannya, keikhlasan sangat penting dalam mencari rezeki. Aku harap aku dapat bagi 100% komitmen    dalam sebulan terakhir ni, walaupun banyak persediaan yang perlu aku buat untuk sambung belajar, teruatamanya dari segi kewangan. Wish me all the best ya..

P/s : Yang dah kerja stable tu, jangan lupa bayar PTPTN k, =p


                                                (en google, pinjam gamba ye nak tepek kat blog)





 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei