As i promised, i'm gonna do some sharing, so here i am writing a food review for the first time.
Rasanya semua dah tahu reputasi boat noodle yang makin mendapat tempat di hati orang Malaysia ni, selepas boat noodle jadi viral kat media sosial. Ye lah, berebut-rebut pos gambar mangkuk bertingkat-tingkat dan aku pun tak ketinggalan juga.
Aku tak nak sentuh pasal background boat noodle, sebab kalau nak cerita entri ni akan jadi berjela-jela panjang. Kalau berminat sila search sendiri. Cuma yang aku tahu kalau di Thailand, mee ni memang dijual di atas boat dan merupakan salah satu street food yang popular di Bangkok, dan Thailand secara amnya.
Oke, let's get to the point. Petang ni je , our #jjcmteam, aku dan adik perempuan aku, pergi mencuba boat noodle di dua buah kedai yang baru dibuka di kawasan Jitra ( kawasan jajahan aku,hee). Puncanya craving boat noodle yang kat KL nun, and later found out yang ade kedai boat noodle baru dibuka di kawasan aku. Pergh, bagai orang mengantuk disorong bantal, apa lagi, kitaorang terus terjah.
Kat bawah ni, aku ulas satu-satu dulu, then aku akan buat comparison score untuk kedua-dua buah kedai boat noodle ni. Allright??? *flip hair* Jadi, korang takde lah pening nak baca.
Lokasi 1 : HLM Authentic Boat Noodle cwgn Jitra(terletak di deretan kedai depan sekolah asrama penuh jenan)
First impresion :-
Ini merupakan cawangan kedua. kedai pertama di Alor Setar kalau tak silap. Tertarik untuk datang ke kedai ni sebab ia cawangan kedua, automatik aku fikir mesti boat noodle dorang ni terlajak laris sampai kena buka cawangan di tempat aku. Ye lah, Jitra-Alor Setar tak jauh pun.
Interior design :-
Typical design kedai boat noodle, kerusi meja hiasan dinding gaya rustic. Agak selesa sebab tak crowded, cuma atmosphere agak kelam dan membosankan. Bagi aku tak kisah pun, cuma untuk yang datang makan seorang tu, rasanya bosan lah.
Menu :-
Menu agak menarik, sebab selain boat noodle, ade mee celup, pulut ayam, daging bakar, pie tee, kanom tuay etc. *Terlupa nak ambil gambar menu* Kitaorang order of course la their signature boat noodle, daging bakar, pulut ayam dan kanom tuay(tp kanom tuay ni takde pulak). Beverages ade yang dari Borders Tea (orang utara mesti tahu ni).
Taste test :-
Not bad. Sedap jugak. Dapat rasa the crunchiness of the fried garlic and peanut. Kuah pun boleh tahan pekat. Kalau in comparison dengan yang biasa makan di boat noodle D'Pulze Cyberjaya tu, yang tu rasanya lebih umpph, lebih full of flavour. Tapi, boat noodle HLM ni still berbaloi sebab rasa tak jauh beza pun. Boleh letak condiment mcm chilli vinegar, chilli flakes and fish sauce untuk rasa yang lebih kick. Pulut ayam dan daging bakar bestt. Thumbs up.
Service :-
Macam biasa je, tak ada special service. Service sama je macam makan di restoran masakan panas yang lain. Tak dapat nak letak markah lebih,haha.
Cleanliness :-
Oke2 je... bersih tapi hairan kenapa banyak sangat lalat.
Price :-
Semua makanan are at reasonable price, very affordable.
Burpppp......Alhamdulillah, kenyang.. |
Lokasi 2 : Noodlelicious (terletak di kawasan C-mart Bandar Darul Aman, belakang kedai First Touch)
First impresion :-
Mula-mula sampai rasa impressed tengok depan kedai, sebab ade pintu cermin bagai. Dari jauh macam kedai korea yang comel-comel tu. Eh? Macam biasa duk korea je?? Dalam kepala, oke,kali ni mesti tak ada lalat, hahah.. Ok, just kidding.
Interior design :-
Still the same rustic design untuk meja tapi kat sini ade tempat macam photobooth, siap ade backdrop dalam kedai. Ade lukisan dan tempat duduk macam mini bar untuk orang yang datang solo. Ruang dalam kedai agak sempit, tapi i'm impressed dengan cara dia design untuk ruang yang terhad. Oh, kalau yang tak nak bersesak, ade meja kat luar tapi takde air-cond. Tuan kedai pasang lagu jadi takde bosan sangat.
Menu yang lebih kurang dengan kedai HLM tu, tapi kat sini mee mangkuk kecik- kecik tu ada pelbagai pilihan. Ade boat noodle soup, noodle tomyum, and porridge. Menu-menu nya agak santai berbanding HLM, dimana HLM menyediakan menu agak berat macam mee celup (mangkuk saiz biasa), pulut ayam etc.
Menu noodlelicious |
Taste test :-
Kami order boat noodle and kanom tuay, tapi again, kanom tuay tak available. Tak pasti sama ada dah habis atau memang x buat. Sebaik saja order sampai, bau soy sauce serta merta menusuk hidung. Opps,petanda tak baik. Sebab supposely, takde flavour sesuatu bahan yang stand out berbanding yang lain. Despite bahan yang stand out tu, overall flavour agak kurang. Rasanya pun tak setanding HLM. However, it gets better after you put some condiment. Not recomended for those who are looking for signature boat noodle, tapi kalau untuk saja-saja pergi makan,i guess its okay.
Service : -
Macam biasa je, tak ada special service. Service sama je macam makan di restoran masakan panas yang lain.
Cleanliness :-
I thought takde lalat tau, tapi terlepas gak sekor dua masuk dalam walaupun beraircond. Tapi, tak mengganggu sangat.
Price :-
Semua makanan are at reasonable price, very affordable.
Now, for the score showdown seperti yang ditunggu-tunggu..
HLM Noodlelicious
First impresion : 6/10 7/10
Interior design : 6/10 7/10
Menu : 7.5/10 7.5/10
Service : 5/10 5/10
Cleanliness : 7/10 8/10
Price : 10/10 10/10
My personal choice??
Aku pilih HLM sebab aku lebih mementingkan rasa dan ruang yang lebih besar lebih adalah lebih selesa nak lepak.
That's all for today. Phewwww, what a long entry. Kalau rajin,lepas ni nak terjah boat noodle kat Alor Setar dan Sg Petani, untuk cari kedai yang terbaik di utara Kedah ni.
Jumpa lagi next entry.. Adios Amigos XOXO, muahhh!!!!