Hi frenz.Kali ni entri aku dipaksa rela oleh cik AH-AH.Meh sini aku cerita,tehah kalau ang tak baca,ak piat telinga...hahaha.
Siape kat sini yang suka shopping??Siape suka shopping,cepat kenyit dua belah mata selama 10 saat.hahaha.Of course la kaum2 cikaro yang selalu dikaitkan dengan hobi hulur duit-dapat barang ni..Aku??Dah aku sejenis cikaro,mestilah aku sangat suke shopping especially baju-baju,tapi tak selalu shopping atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.(Cakap je ang takde duit aimi,sebab tu shopping selalu jadi window shopping =_=).Eh,aku rasa macam dah pernah tulis pasal shopping sebelum ni..errr,abaikan.
Aku sebenarnya dah lama tak meronggeng kat kedai-kedai baju.Ehem,meronggeng itu bermaksud memborong,muhahaha.Even untuk last MR pre-grad dinner pun tak beli apa2.Jadik,sebenarnya sudah lama tak menyoping,maka logik la kan kalau aku kempunan sekarang.Mak aku pulak haruslah membebel bila banyak baju yang aku beli tak boleh pakai.Ada yang pakai sekali, and ada jugak yang tak pakai langsung after beli.Inilah dia shopper tak sedar diri dan perasan kurus,hahaha.
Meh sini aku bagi tips mengatasi kempunan kalau korang rase kempunan shopping baju .Korang browse je baju-baju kat tenet,print.Jangan lupa print gambar korang yang sesuai dengan saiz baju yang korang print tu.Pastu padankan baju2 tu kat badan korang macam main patung kertas zaman-zaman 90-an tu.Dengan cara ni,mesti korang dapat feeling-feeling try on baju kat fitting room.Muhahahaha..XD
Wei,wei...apa ni??Aku tak buat eh benda2 meroyan macam tu..hahaha.Baik aku buat resume ,ade jugak pekdahnye.Kalau kempunan,aku window shopping online je lah sambil aim baju-baju yang aku rasa berkenan ,dengan harapan cepat-cepat dapat kerja $$$.Browse gambar baju boleh menghilangkan kempunan nak bershopping???Ohh,tidak sama sekali. Ding! Tehah,aku tipu ang je..XD.Aktiviti ni just boleh buat aku lepas gian dan rasa puas je,tapi tetap berangan nak pegi borong semua baju-baju tu..hahaha.
Shopping baju online ni ada pro&cons nya..
Yang baik;
-Jimat masa, just browse, berkenan,terus order,nah..boleh pegi goreng kacang kat dapur and seterusnya tunggu item sampai.Kebanyakan tokey2 kedai online ni akan hantar barang yang korang nak guna post laju.
-Tak payah sesak-sesak jalan jam nak pegi shopping mall dan bengang-bengang sambil maki tuut kat driver lain sebab tak dapat parking.
-Jimat duit minyak kereta/tambang kalau shopping mall tu jauh dari tempat korang.
-Boleh survey banyak-banyak tanpa rasa letih.Dah la,kalau haus kena beli air pulak.Membazir tu =p.Kat rumah,bukak peti, boleh minum air sambil meneruskan aktiviti shopping korang tu.
Yang tak berapa best;
-Kualiti barang yang sampai maybe tak berapa nak memuaskan hati korang.Colour maybe slightly different from what you saw on net.Ya lah,dengan lighting la ape la,nak bagi nampak cantik product tu.(Tapi,some of the shops ada return policy).
-Body type setiap orang berbeza.Yang nampak cantik on model tu tak semestinya cantik jugak atas korang.Kalau korang dah cuba,barulah korang tau mana yang paling sesuai.
-Mudah terpengaruh dengan model-model yang comel,lawa.Kadang-kadang tengok baju tu tak de cantik mane pun,tapi sebab baju tu sesuai dengan model tu,kita pun tertarik,huhu.
Tapi,apa-apa pun,as long as korang percaya dengan seller tu atau pun korang regular customer certain2 butik online,then,its okay la.No problemo.Ni ada dua online shop yang aku rasa best..
Ni pic baju-baju yang aku cilok dari kedai Penny (credit to Pennysonline shop) and certain dari google image.Jom mix and match =D.
4 comments:
name cik ah-ah tu lucu..hehehe
tapi aku rasa idea ko gunting gmbr baju2 tampal kat anak patung tu menarik...
AH-AH tu kan name commercial ang dalam grup gula-gula,ngeh3..haha,klo rase menarik ang apply r..hahaha =p
on9 shoping xberapa best...hehe
owh,yeke?brg yg dpt x same dengan yg kite expected eh?huhu...
Post a Comment