Followers

16 July 2012

Suasana baru,pengalaman baru dan gelaran baru~

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, July 16, 2012
Salam. Harap semua sihat la hendaknye.Eh, dah macam intro nak hantar surat pulak.Ok lah, dalam post yang lepas, aku ade bagitahu yang aku dah kerja tapi belum sempat nak cerita lebih detail. Bajet busy,tapi sebenarnye tak pun,huhu.

Kerja fasi ni sebenarnya kerja jaga budak2 lelaki darjah 5 dekat asrama disamping bantu dorang dalam akademik. Sebenarnya kalau orang tanya, susah nak explain satu-satu, macam zaman belajar dulu jugak. Belajar radiation tapi bukan juru x-ray. Yang ni pun,kalau nak bagitahu cikgu, nanti orang tanye sekolah mana pulak. Senang jawab warden asrama kalau yang tak paham fasi tu.Setakat ni,ade 60 orang students je,tahun depan maybe tambah lagi. Kerja oke, tak beban sangat sebab ni lebih kurang charity based kan, cume hours tu yang beban sikit sebab keje shift. Tapi oke je.

Homeroom yang aku pegang namenya khazanah nasional. Alhamdulillah,setakat ni dah kenal semua, bukan setakat homeroom aku je, homeroom lain pun aku dah kenal. Dorm under aku pulak bilik Doha. Setakat ni aku tak berapa cam lagi member2 bilik Doha. Mula-mula aku masuk, sepatutnye aku kena mengajar sains,since dalam interview aku cakap boleh ajar sains. Tapi, lepas masuk meeting minggu lepas, dorang dah buat keputusan untuk aku handle budak2 fail,maksudnya untuk pelajar yang berada di kedudukan 56-60. Ajar 5 orang je,tapi semua subjek. Aku panggil ni special class. Lega jugak tak payah ajar 30 @ 60 orang sebab aku jenis lagi senang nak fokus dalam grup kecik. Cuma aku risau nak ajar BM since BM dah lame tinggal, Kang aku ajar ajaran sesat pulak,huhu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal budak2 tu, tapi kang meleret lak entri. Tapi,aku enjoy la ngan budak2 ni,sambil2 cuci mate tengok budak2 comey,ahahhaha (budak kecik pun nak usha,haha). Ada dua pasang kembar ,yang sepasang tu kembar cine (sebab chinese look), Faiz dan Firdaus memang sebijik sama. Mula-mula kompius sebab tadi dah nampak kat bilik loker,tetibe terjumpe lagi kat koridor.Mase beratur nak gi sekolah,baru tau dorang kembar sebab duk sebelah2.LOL. Yang sepasang lagi, Kembar halus(sebab kecik,hehe) Imran dan Iman, still boleh beza sebab adiknye si Imran suke senyum,Tapi aku tertukar jugak kadang2.

Hostel ni dalam politeknik perlis, dan ktorang staf duduk dekat apartment staf, dalam poli jugak. Kire dekat je la dan berada dalam zon selamat. Budak2 sekolah kat Kangar ,di 4 buah sekolah berbeza. kesian dorang kena bangun awal, 6.30 pg dah naik bas sebab sekolah jauh. Tapi terpaksa la berkorban demi kebaikan masa depan. Lupe nak cakap, program ni untuk bantu pelajar2 susah. Dari A-Z barang keperluan memang ditanggung la oleh program ni. Memang sedih kalau aku pikirkan background dorang. Nak masuk program ni pun bukan senang, dorang kena ambik ujian penilaian akademik, 2 paper objektif n subjektif merangkumi semua subjek, dan 1 paper soalan IQ. *soalan iq utk next intake aku yang buat, x tau la klo budak2 tu melingkup sebab ak pun tak reti jawab soklan yang aku buat,huhu* Tapi,rasenye nanti soalan ditapis kot. Then, dorang ade ujian jasmani lagi.Kemudian baru dapat tawaran untuk yang lulus. Semua ujian2 ni dilakukan dengan kerjasama jpn/ppd.

Oke,ape yang aku rase best??Sebab aku dapat gelaran cikgu,hehe.Lebih kurang macam impian termakbul gitu,haha. Walaupun bukan lah cikgu yang diiktiraf atau cikgu betul macam kat sekolah tu, at least ak tau aku boleh contribute something untuk dorang. Aku setiap kali sebelum tidur memang ak akan terpikirkan dorang. Kalau cuti panjang nanti camne la agaknya, mesti aku rindu dorang kan???,haha..
Chow,Adios, Salam.

Oh ye, Selamat menyambut Ramadhan semua =D *awalnye aku wish* haha

0 comments:



 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei