Followers

16 July 2012

Suasana baru,pengalaman baru dan gelaran baru~

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, July 16, 2012 0 comments
Salam. Harap semua sihat la hendaknye.Eh, dah macam intro nak hantar surat pulak.Ok lah, dalam post yang lepas, aku ade bagitahu yang aku dah kerja tapi belum sempat nak cerita lebih detail. Bajet busy,tapi sebenarnye tak pun,huhu.

Kerja fasi ni sebenarnya kerja jaga budak2 lelaki darjah 5 dekat asrama disamping bantu dorang dalam akademik. Sebenarnya kalau orang tanya, susah nak explain satu-satu, macam zaman belajar dulu jugak. Belajar radiation tapi bukan juru x-ray. Yang ni pun,kalau nak bagitahu cikgu, nanti orang tanye sekolah mana pulak. Senang jawab warden asrama kalau yang tak paham fasi tu.Setakat ni,ade 60 orang students je,tahun depan maybe tambah lagi. Kerja oke, tak beban sangat sebab ni lebih kurang charity based kan, cume hours tu yang beban sikit sebab keje shift. Tapi oke je.

Homeroom yang aku pegang namenya khazanah nasional. Alhamdulillah,setakat ni dah kenal semua, bukan setakat homeroom aku je, homeroom lain pun aku dah kenal. Dorm under aku pulak bilik Doha. Setakat ni aku tak berapa cam lagi member2 bilik Doha. Mula-mula aku masuk, sepatutnye aku kena mengajar sains,since dalam interview aku cakap boleh ajar sains. Tapi, lepas masuk meeting minggu lepas, dorang dah buat keputusan untuk aku handle budak2 fail,maksudnya untuk pelajar yang berada di kedudukan 56-60. Ajar 5 orang je,tapi semua subjek. Aku panggil ni special class. Lega jugak tak payah ajar 30 @ 60 orang sebab aku jenis lagi senang nak fokus dalam grup kecik. Cuma aku risau nak ajar BM since BM dah lame tinggal, Kang aku ajar ajaran sesat pulak,huhu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal budak2 tu, tapi kang meleret lak entri. Tapi,aku enjoy la ngan budak2 ni,sambil2 cuci mate tengok budak2 comey,ahahhaha (budak kecik pun nak usha,haha). Ada dua pasang kembar ,yang sepasang tu kembar cine (sebab chinese look), Faiz dan Firdaus memang sebijik sama. Mula-mula kompius sebab tadi dah nampak kat bilik loker,tetibe terjumpe lagi kat koridor.Mase beratur nak gi sekolah,baru tau dorang kembar sebab duk sebelah2.LOL. Yang sepasang lagi, Kembar halus(sebab kecik,hehe) Imran dan Iman, still boleh beza sebab adiknye si Imran suke senyum,Tapi aku tertukar jugak kadang2.

Hostel ni dalam politeknik perlis, dan ktorang staf duduk dekat apartment staf, dalam poli jugak. Kire dekat je la dan berada dalam zon selamat. Budak2 sekolah kat Kangar ,di 4 buah sekolah berbeza. kesian dorang kena bangun awal, 6.30 pg dah naik bas sebab sekolah jauh. Tapi terpaksa la berkorban demi kebaikan masa depan. Lupe nak cakap, program ni untuk bantu pelajar2 susah. Dari A-Z barang keperluan memang ditanggung la oleh program ni. Memang sedih kalau aku pikirkan background dorang. Nak masuk program ni pun bukan senang, dorang kena ambik ujian penilaian akademik, 2 paper objektif n subjektif merangkumi semua subjek, dan 1 paper soalan IQ. *soalan iq utk next intake aku yang buat, x tau la klo budak2 tu melingkup sebab ak pun tak reti jawab soklan yang aku buat,huhu* Tapi,rasenye nanti soalan ditapis kot. Then, dorang ade ujian jasmani lagi.Kemudian baru dapat tawaran untuk yang lulus. Semua ujian2 ni dilakukan dengan kerjasama jpn/ppd.

Oke,ape yang aku rase best??Sebab aku dapat gelaran cikgu,hehe.Lebih kurang macam impian termakbul gitu,haha. Walaupun bukan lah cikgu yang diiktiraf atau cikgu betul macam kat sekolah tu, at least ak tau aku boleh contribute something untuk dorang. Aku setiap kali sebelum tidur memang ak akan terpikirkan dorang. Kalau cuti panjang nanti camne la agaknya, mesti aku rindu dorang kan???,haha..
Chow,Adios, Salam.

Oh ye, Selamat menyambut Ramadhan semua =D *awalnye aku wish* haha

03 July 2012

Kehidupan baru

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, July 03, 2012 2 comments
Assalamualaikum.
 Lame rasenye x update blog ni, rase lain plak bile blogspot ni dah upgrade and tukar layout. Salah satu sebab tak update, sebab tak de cerita la. Hari2 makan tidur tengok TV online. Ada la jugak meluah perasaan, tp aku meracau kat tempat lain. Tak nak aura negatif aku mempengaruhi orang lain pulak.
Pendek cerita, ape yang aku buat lepas grad ?


-Lepas keje kedai tudung, aku gi KL keje buat mee (tolong member baru nak start bisnes), tp kejap je.Keje relax gile (aku asyik gi berjalan2 je pastu hujung bulan mak aku suh balik,lol) and hujung bulan dapat gaji. Rase macam gaji buta and atas sebab2 tertentu aku quit.. bulan 1 dah balik Kedah.


-Dalam waktu2 free menganggur tu ade la balik kampung, pergi interview and pergi exam untuk keje. Ada sesetengah interview je pegi, pokai le klo nak pegi interview jauh kerap2.


-Dalam masa 2 bulan lepas, aku dapat call keje admin assistant tmpat kak da keje serentak dengan management trainee kat alor setar, So, aku tolak yang putrajaya sebab alor setar punye dekat memandangkan gaji lebih kurang. Rupe-rupenya management trainee tu kejenya macam door to door direct selling. Ayah aku suh brenti,so ak brenti la keje lepas 2 hari ,haha.

-Then, setelah beberapa interviews, akhirnya aku diterima bekerja di program Edu citi tel,Perlis under Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).Bersyukur sangat dan sekarang dah rase ade matlamat hidup. Waktu menganggur rase macam ' hidup segan, mati tak mahu'. Walaupun kontrak, tp x pe la..Itu kehidupan yang ak pilih untuk mase sekarang ni. Masalah  mase depan ak pikir kemudian. Kerja dulu sementara tunggu kerja gov. Yang penting, aku suke kerja baru ni  <3

18 December 2011

K-popers menyerang??

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, December 18, 2011 4 comments
Assalamualaikum sume.
Tadi ade lepak kat satu blog ni,blog kubakoya,then macam biasa ,aku trace pokok pangkal isu ni smpai la jumpa blog ni dan ini, yang akhirnya membawa aku ke punca sebenar isu ni,iaitu blog budakgigirabbit ni.Ada 3 perkara yang aku simpulkan dari ape yang aku bace..1)bahayanye cyberbully/penyamaran identiti di internet.  2)Keagresifan peminat kpop.  3)Menghormati hak2 orang lain.

Untuk yang malas nak bukak satu2 link yang aku bg kat atas ni,meh aku simplify.Owner blog budakgigirabbit ni ni gi kutuk YoSeob(sebenarnye aku pun x kenal,tapi muke familiar),artis k-pop dan gi provoke peminat2 k-pop.Ape lagi,memang habes-habesan la budak ni kena serang and ade yang ancam nak cederakan budak ni.Serious aku tak sangka peminat k-pop kat Malaysia pun sangat agresif.Aku tak siding dengan mane2 pihak, macam biase aku just tulis pendapat aku. Sebabnye, aku tak pernah take serious hal2 hiburan, untuk aku, hiburan adalah hiburan semata-mata, yang aku suka dengar,tengok time mase lapang.Well, itu adalah hak masing2 la kan nak fanatik ke ape ke, walaupun kadang2 ayat macam "kami peminat k-pop bersatu untuk mempertahankan artis k-pop" does sound ridiculous.Peminat ada hak nak minat dengan artis feveret dorang dan anti-fan pun ada hak nak anti artis yang dorang tak suke.Keyword kat sini,jangan lebih2 sampai gaduh2, and respect la each other punye interest. Aku pun kadang2 ade gak fanatik dengar lagu same je hari2,haha.

Nak dijadikan cerita,identiti Amira Afiqah tu sebenarnye disalahgunakan dalam blog gigirabbit tu.Kiranya,owner blog yang diperkenalkan dalam blog tu bukanlah Amira Afiqah,atau mungkin lebih tepat mungkin musuh budak tu.Bahaya kan?Kang tak pasal2 budak tu kena tetak, kelar esok pagi dengan readers blog die,huhu.Kadang2 kita tak tahu kan benda nak jadi.Padahal, benda biasa je,upload gambar kat fb.Tup2,sok kuar satu blog dengan identiti kite,then gi provoke orang plak.Bagi aku,motif agak jelas kat sini.Nampak nau orang tu benci dak Amira ni.Jadi,berhati-hati la,jenayah internet sekarang ni kat mane2 je,penipuan,hacking,cyberbully etc.

Satu lagi,mende yang aku nak sentuh kat sini.Penggunaan bahasa yang agak keterlaluan yang digunakan remaja skang ni.Gaduh dalam internet bunyik macam samseng bebenor.Mungkin la dorang tengah marah,tapi kadang2 bahasa macam ni mencerminkan pemikiran budak tu sendiri.Ni tak campur lagi dengan perosak bahasa (bahasa alien dak2 zaman skarang).Shortform tak salah,asal orang paham.Masalahnye zaman skarang ni,budak2 bukannye gune shortform,tapi memanjangkan perkataan lagi ade la.Sampai aku pun pening nak bace.Eh,termenyimpang dari topik lak.Pendek kata,ape yang aku cuba simpulkan adelah,perkataan kasar mencerminkan budi bahasa yang makin pudar dari budaya kita.Macam orang yang drive kereta,rata-rata tak sabar and selalu menyumpah seranah dalam kereta.No wonder la kemalangan tak berkurang (regardless faktor jalan,cuaca etc).Eh,ape kaitan??

p/s-kesian dengan mak budak teraniaya ni.Anaknya dikeji@dimaki dek beberapa baris tulisan yang bukan tulisan anaknye.

Cooking With Love said... Salam & sejahtera untuk semua. Setelah melalui beberapa jam yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam ini kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Zulhazri. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.
Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?
Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok”
11. “baik kau delete sebelom aku toerh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..” dll
Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.
Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.

(aku tak reti capture webpage,jadi copy paste je)




Oke,itu je.have a nice day =). Assalamualaikum.

07 December 2011

Definisi cantik bg kanak2

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, December 07, 2011 2 comments
30 minit yg lalu;

Aku : Adik,kaki along lawa tak?
Aiman : *Geleng*
Aku : Kenape?
Aiman : Sebab kaler koko.

Aku : Tangan along lawa tak?
Aiman : *geleng* koko jugak..tangan macam hitam.
Aku : Abes tu,tapak tangan lawa tak?
Aiman : Lawa sket,sebab putih.
Aku : LOL

AKu :muke along lawa tak?
Aiman : *geleng lagi* bnyak jerawat.
Aku : &%#$@! Mulut lawa tak?
Aiman : *geleng* bwah merah,tp atas hitam.
Aku : mata?
Aiman : tak jugak sebab takde kaler2..

Aku : LOL..macam mana yg lawa?

Aiman :  Gadis yg putih dan takde jerawat .(x bole blah gune perkataan gadis)
Aku : @#$%^&


 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei