Followers

18 December 2011

K-popers menyerang??

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, December 18, 2011 4 comments
Assalamualaikum sume.
Tadi ade lepak kat satu blog ni,blog kubakoya,then macam biasa ,aku trace pokok pangkal isu ni smpai la jumpa blog ni dan ini, yang akhirnya membawa aku ke punca sebenar isu ni,iaitu blog budakgigirabbit ni.Ada 3 perkara yang aku simpulkan dari ape yang aku bace..1)bahayanye cyberbully/penyamaran identiti di internet.  2)Keagresifan peminat kpop.  3)Menghormati hak2 orang lain.

Untuk yang malas nak bukak satu2 link yang aku bg kat atas ni,meh aku simplify.Owner blog budakgigirabbit ni ni gi kutuk YoSeob(sebenarnye aku pun x kenal,tapi muke familiar),artis k-pop dan gi provoke peminat2 k-pop.Ape lagi,memang habes-habesan la budak ni kena serang and ade yang ancam nak cederakan budak ni.Serious aku tak sangka peminat k-pop kat Malaysia pun sangat agresif.Aku tak siding dengan mane2 pihak, macam biase aku just tulis pendapat aku. Sebabnye, aku tak pernah take serious hal2 hiburan, untuk aku, hiburan adalah hiburan semata-mata, yang aku suka dengar,tengok time mase lapang.Well, itu adalah hak masing2 la kan nak fanatik ke ape ke, walaupun kadang2 ayat macam "kami peminat k-pop bersatu untuk mempertahankan artis k-pop" does sound ridiculous.Peminat ada hak nak minat dengan artis feveret dorang dan anti-fan pun ada hak nak anti artis yang dorang tak suke.Keyword kat sini,jangan lebih2 sampai gaduh2, and respect la each other punye interest. Aku pun kadang2 ade gak fanatik dengar lagu same je hari2,haha.

Nak dijadikan cerita,identiti Amira Afiqah tu sebenarnye disalahgunakan dalam blog gigirabbit tu.Kiranya,owner blog yang diperkenalkan dalam blog tu bukanlah Amira Afiqah,atau mungkin lebih tepat mungkin musuh budak tu.Bahaya kan?Kang tak pasal2 budak tu kena tetak, kelar esok pagi dengan readers blog die,huhu.Kadang2 kita tak tahu kan benda nak jadi.Padahal, benda biasa je,upload gambar kat fb.Tup2,sok kuar satu blog dengan identiti kite,then gi provoke orang plak.Bagi aku,motif agak jelas kat sini.Nampak nau orang tu benci dak Amira ni.Jadi,berhati-hati la,jenayah internet sekarang ni kat mane2 je,penipuan,hacking,cyberbully etc.

Satu lagi,mende yang aku nak sentuh kat sini.Penggunaan bahasa yang agak keterlaluan yang digunakan remaja skang ni.Gaduh dalam internet bunyik macam samseng bebenor.Mungkin la dorang tengah marah,tapi kadang2 bahasa macam ni mencerminkan pemikiran budak tu sendiri.Ni tak campur lagi dengan perosak bahasa (bahasa alien dak2 zaman skarang).Shortform tak salah,asal orang paham.Masalahnye zaman skarang ni,budak2 bukannye gune shortform,tapi memanjangkan perkataan lagi ade la.Sampai aku pun pening nak bace.Eh,termenyimpang dari topik lak.Pendek kata,ape yang aku cuba simpulkan adelah,perkataan kasar mencerminkan budi bahasa yang makin pudar dari budaya kita.Macam orang yang drive kereta,rata-rata tak sabar and selalu menyumpah seranah dalam kereta.No wonder la kemalangan tak berkurang (regardless faktor jalan,cuaca etc).Eh,ape kaitan??

p/s-kesian dengan mak budak teraniaya ni.Anaknya dikeji@dimaki dek beberapa baris tulisan yang bukan tulisan anaknye.

Cooking With Love said... Salam & sejahtera untuk semua. Setelah melalui beberapa jam yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam ini kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Zulhazri. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.
Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?
Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok”
11. “baik kau delete sebelom aku toerh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..” dll
Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.
Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.

(aku tak reti capture webpage,jadi copy paste je)




Oke,itu je.have a nice day =). Assalamualaikum.

07 December 2011

Definisi cantik bg kanak2

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, December 07, 2011 2 comments
30 minit yg lalu;

Aku : Adik,kaki along lawa tak?
Aiman : *Geleng*
Aku : Kenape?
Aiman : Sebab kaler koko.

Aku : Tangan along lawa tak?
Aiman : *geleng* koko jugak..tangan macam hitam.
Aku : Abes tu,tapak tangan lawa tak?
Aiman : Lawa sket,sebab putih.
Aku : LOL

AKu :muke along lawa tak?
Aiman : *geleng lagi* bnyak jerawat.
Aku : &%#$@! Mulut lawa tak?
Aiman : *geleng* bwah merah,tp atas hitam.
Aku : mata?
Aiman : tak jugak sebab takde kaler2..

Aku : LOL..macam mana yg lawa?

Aiman :  Gadis yg putih dan takde jerawat .(x bole blah gune perkataan gadis)
Aku : @#$%^&

03 December 2011

Again -isu menganggur

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, December 03, 2011 0 comments
Dah hampir 2 bulan menganggur lepas grad,tapi literally dah hampir 6 bulan jugak menganggur selepas tamat belajar dari bulan 5 yang lepas.well,not exactly menganggur la for the past few months,ade keje part time.Tapi,dah ade degree kan,kalau boleh nak la dapat kerja yang sepatutnya,at least boleh buat bayar ptptn.Setakat 5 ratus sebulan tu,jangan kata ptptn,duit sara diri pun tak lepas lagi.Kerja dari pg smpai malam lak tu.

Fed up,and rase nak give up pun ade. Hala tuju tak nampak,sekarang ada la beberapa options,tp tak dapat nak buat keputusan.Ye lah,aku kalau boleh pikir untuk jangka masa panjang.Rasa macam mnyesal ambek kos ni pun ade,bile dah sebok cari kerja baru tau ape demand keje skarang..Yang banyak nak pakai -biomed,audio n speech,dietetic,keselamatan n pekerjaan,nursing..Med rad,forensic,sport sc..ade jugak tapi terhad.Yang paling bnyak aku jumpe,biomed.

Entah la..mungkin usaha tak cukup,tapi hidup jadi penganggur profesional mmg mencabar secara batin.Secara fizikal,org nampak relax je,makan,minum,membesarkan badan.Tapi,dalam hati,tuhan je yang tahu betapa tak tenteramnye hidup hari2 pikir mase depan yang tak menentu.Even degree holder yang keje biase2 skarang dah melambak.

Ape bole buat,cume kena terus berusaha..and tawakal bnyak2,agar Allah dapat beri petunjuk untuk kita buat keputusan.


 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei