Followers

18 December 2011

K-popers menyerang??

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, December 18, 2011 4 comments
Assalamualaikum sume.
Tadi ade lepak kat satu blog ni,blog kubakoya,then macam biasa ,aku trace pokok pangkal isu ni smpai la jumpa blog ni dan ini, yang akhirnya membawa aku ke punca sebenar isu ni,iaitu blog budakgigirabbit ni.Ada 3 perkara yang aku simpulkan dari ape yang aku bace..1)bahayanye cyberbully/penyamaran identiti di internet.  2)Keagresifan peminat kpop.  3)Menghormati hak2 orang lain.

Untuk yang malas nak bukak satu2 link yang aku bg kat atas ni,meh aku simplify.Owner blog budakgigirabbit ni ni gi kutuk YoSeob(sebenarnye aku pun x kenal,tapi muke familiar),artis k-pop dan gi provoke peminat2 k-pop.Ape lagi,memang habes-habesan la budak ni kena serang and ade yang ancam nak cederakan budak ni.Serious aku tak sangka peminat k-pop kat Malaysia pun sangat agresif.Aku tak siding dengan mane2 pihak, macam biase aku just tulis pendapat aku. Sebabnye, aku tak pernah take serious hal2 hiburan, untuk aku, hiburan adalah hiburan semata-mata, yang aku suka dengar,tengok time mase lapang.Well, itu adalah hak masing2 la kan nak fanatik ke ape ke, walaupun kadang2 ayat macam "kami peminat k-pop bersatu untuk mempertahankan artis k-pop" does sound ridiculous.Peminat ada hak nak minat dengan artis feveret dorang dan anti-fan pun ada hak nak anti artis yang dorang tak suke.Keyword kat sini,jangan lebih2 sampai gaduh2, and respect la each other punye interest. Aku pun kadang2 ade gak fanatik dengar lagu same je hari2,haha.

Nak dijadikan cerita,identiti Amira Afiqah tu sebenarnye disalahgunakan dalam blog gigirabbit tu.Kiranya,owner blog yang diperkenalkan dalam blog tu bukanlah Amira Afiqah,atau mungkin lebih tepat mungkin musuh budak tu.Bahaya kan?Kang tak pasal2 budak tu kena tetak, kelar esok pagi dengan readers blog die,huhu.Kadang2 kita tak tahu kan benda nak jadi.Padahal, benda biasa je,upload gambar kat fb.Tup2,sok kuar satu blog dengan identiti kite,then gi provoke orang plak.Bagi aku,motif agak jelas kat sini.Nampak nau orang tu benci dak Amira ni.Jadi,berhati-hati la,jenayah internet sekarang ni kat mane2 je,penipuan,hacking,cyberbully etc.

Satu lagi,mende yang aku nak sentuh kat sini.Penggunaan bahasa yang agak keterlaluan yang digunakan remaja skang ni.Gaduh dalam internet bunyik macam samseng bebenor.Mungkin la dorang tengah marah,tapi kadang2 bahasa macam ni mencerminkan pemikiran budak tu sendiri.Ni tak campur lagi dengan perosak bahasa (bahasa alien dak2 zaman skarang).Shortform tak salah,asal orang paham.Masalahnye zaman skarang ni,budak2 bukannye gune shortform,tapi memanjangkan perkataan lagi ade la.Sampai aku pun pening nak bace.Eh,termenyimpang dari topik lak.Pendek kata,ape yang aku cuba simpulkan adelah,perkataan kasar mencerminkan budi bahasa yang makin pudar dari budaya kita.Macam orang yang drive kereta,rata-rata tak sabar and selalu menyumpah seranah dalam kereta.No wonder la kemalangan tak berkurang (regardless faktor jalan,cuaca etc).Eh,ape kaitan??

p/s-kesian dengan mak budak teraniaya ni.Anaknya dikeji@dimaki dek beberapa baris tulisan yang bukan tulisan anaknye.

Cooking With Love said... Salam & sejahtera untuk semua. Setelah melalui beberapa jam yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam ini kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Zulhazri. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.
Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?
Bayangkan pula bagaimana tanggapan ahli keluarga kami ketika mengetahuinya dan membaca komen-komen yang ‘cukup sempurna’ pada pandangan pemberi komen-komen tersebut yang pada ketika itu berjumlah hampir 1000 komen. Antara perkataan-perkataan yang dipetik dari ‘kamus’ mereka :-
1. Kau pehal betine?...muka mcm ……”(tak sanggup saya nak tulis)
2. “hei pompuan bodoh…ko cermin muka kau yg hodoh tu!”
3. “kasi rogol…”(Nauzubillah…saya mengucap panjang)
4. “pompuan gedik!”
5. “muka mcm taik anjing” (Sedih saya membacanya…mereka mengutuk ciptaan Allah yg cukup sempurna ini)
6. “kita bako umah dier”
7. “ci… , lan…, “ (maaf bahasa lucah)
8. “budget lawa konon nenek aku lagi lawa”
9. “kasi cincang lumat!!! Sampai mampos…”
10. “budak berok”
11. “baik kau delete sebelom aku toerh muka kau…..”
12. “mak bapak ngan keluarga anjing…..”
13. “publisiti murahan…muka pun dah mcm pompuan murahan…”
14. “lu jgn sampai gua cari lu….kasi jahanam..” dll
Maaf dah tak tergamak lagi saya sebagai ibu yg membesarkan Amira dari dua jari tapak kaki sehingga berusia 14 tahun ini, dikeji sebegitu, dihina, dimaki hamun sesuka hati.
Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.
Namun di sebalik itu ada hikmahnya…kami sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan serta anda semua yang memahami telah memberi kami kekuatan untuk menghadapinya TETAPI tidak buat anakanda kami Amira Afiqah.

(aku tak reti capture webpage,jadi copy paste je)




Oke,itu je.have a nice day =). Assalamualaikum.

07 December 2011

Definisi cantik bg kanak2

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, December 07, 2011 2 comments
30 minit yg lalu;

Aku : Adik,kaki along lawa tak?
Aiman : *Geleng*
Aku : Kenape?
Aiman : Sebab kaler koko.

Aku : Tangan along lawa tak?
Aiman : *geleng* koko jugak..tangan macam hitam.
Aku : Abes tu,tapak tangan lawa tak?
Aiman : Lawa sket,sebab putih.
Aku : LOL

AKu :muke along lawa tak?
Aiman : *geleng lagi* bnyak jerawat.
Aku : &%#$@! Mulut lawa tak?
Aiman : *geleng* bwah merah,tp atas hitam.
Aku : mata?
Aiman : tak jugak sebab takde kaler2..

Aku : LOL..macam mana yg lawa?

Aiman :  Gadis yg putih dan takde jerawat .(x bole blah gune perkataan gadis)
Aku : @#$%^&

03 December 2011

Again -isu menganggur

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, December 03, 2011 0 comments
Dah hampir 2 bulan menganggur lepas grad,tapi literally dah hampir 6 bulan jugak menganggur selepas tamat belajar dari bulan 5 yang lepas.well,not exactly menganggur la for the past few months,ade keje part time.Tapi,dah ade degree kan,kalau boleh nak la dapat kerja yang sepatutnya,at least boleh buat bayar ptptn.Setakat 5 ratus sebulan tu,jangan kata ptptn,duit sara diri pun tak lepas lagi.Kerja dari pg smpai malam lak tu.

Fed up,and rase nak give up pun ade. Hala tuju tak nampak,sekarang ada la beberapa options,tp tak dapat nak buat keputusan.Ye lah,aku kalau boleh pikir untuk jangka masa panjang.Rasa macam mnyesal ambek kos ni pun ade,bile dah sebok cari kerja baru tau ape demand keje skarang..Yang banyak nak pakai -biomed,audio n speech,dietetic,keselamatan n pekerjaan,nursing..Med rad,forensic,sport sc..ade jugak tapi terhad.Yang paling bnyak aku jumpe,biomed.

Entah la..mungkin usaha tak cukup,tapi hidup jadi penganggur profesional mmg mencabar secara batin.Secara fizikal,org nampak relax je,makan,minum,membesarkan badan.Tapi,dalam hati,tuhan je yang tahu betapa tak tenteramnye hidup hari2 pikir mase depan yang tak menentu.Even degree holder yang keje biase2 skarang dah melambak.

Ape bole buat,cume kena terus berusaha..and tawakal bnyak2,agar Allah dapat beri petunjuk untuk kita buat keputusan.

26 October 2011

Kewujudan makhluk halus,benar kah??

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, October 26, 2011 2 comments

Minggu lepas aku tonton karak,satu cerita seram yang dah lame tayang tapi,aku biasa la,ketinggalan sikit..Sekarang dah musim kubur berasap la,sumpahan puaka la,tapi aku baru layan karak,ape kes??Tapi entri ni bukan lah aku nak review pasal filem tu mahupun kegedikan melampau Ida dalam filem tu..dah basi pun..
Aku sebenarnya nak kongsi cerita aku sendiri.AKu tak pandai cerita,jadi mungkin bunyik macam tak takut sangat,tapi kalau korang berada dalam keadaan tu,ketar lutut gak aku rase,hahaha.Eh,tetiba je nak share citer seram,ape hal?Haha..Semalam aku saje je la google kat internet pasal kawasan angin lintang kat karak tu.tapi dorang cakap kat jalan lama tu tak der pun kawasan angin lintang,ade kat highway je.And pasal wolksagen(ah,belasah je la eja cam ne pun,haha) kuning tu,khabarnya betul.Ape sal la aku gigih sangat mencari ni??Padahal rumah ak bukan kat Karak dan Karak tu pun bukan laluan biasa aku pun,huhu..Sebab mende2 camni memang one of my interests,huhu..
Oke2,back to my stories.Kejadian ni dah lame berlaku,mase aku sekolah rendah.AKu n family ak nak hantar makcik aku ke stesen bas Parit Buntar,Perak sebab die nak balik KL.Mase tu aku tinggal kat Serdang.Aku rase korang tak tau kan tempat ni.Bukan Serdang Selangor,tapi Serdang di selatan Kedah.Tempat agak hulu la,dekat2 sempadan Perak-Penang.
Bas dia pukul 1 pg,mungkin bas tu dari Butterworth,sebab tu lambat sampai Parit Buntar.Nak jadi cerita,dekat2 pukul 2pagi jugak lah kitorang bergerak balik ke rumah.On the way dari Parit Buntar ke Serdang,memang banyak hutan,siap ade kubur yang tak berpagar dalam hutan (kan aku da cakap hulu,haha..Org Serdang jangan terasa,aku dulu pun duk 7 tahun duk sane,haha..sekarang dah membangun dah,ak tau,kekeke).Mase tengah2 hutan tu (kawasan Bukit tiga ratus),aku ternampak ade satu ‘benda’ putih melayang2 ikut kereta aku.Aku mase tu terdiam,terkesima..Aku tak berhalusinasi.Adik aku nampak gak,sebab elok je terpandang mende tu,aku pandang adik aku,adik aku pandang aku.Pastu slow2 kitorang tutup tingkap rapat2..Nasib baik mase tu memang tak bukak tingkap luas,klo tak ade potensi gak la die nak menumpang.Lepas tu aku pandang bawah je,baca ape-ape yang patut.Sambil2 tu aku kerling tepi la gak,nak cek dia ade lagi ke tak.Uisy,pengejar tegar rupenye.Seronok betol die melayang-layang terbang ikut kereta ktorang.Sampai je kawasan pekan (Pekan Lubok Buntar),die dah hilang.Mungkin tak sampai hati tinggal rumah dia..huhu.Balik tu memang aku tidur mengadap ayat kursi kat dinding tu,mane la tau dia ikut balik rumah kan.Alhamdulillah,aku takde la demam ke ape lepas tu.Ayah aku boleh lak cakap “kenapa tak cakap tadi??kalau tak boleh abah berhenti” Amboi,ayah aku ni..~~
Satu lagi cerita,jadi mase tahun lepas @ awal tahun ni..tak berapa ingat.Mase yang aku,eca eton wat kembara 3 negeri.Aku terkena kat rumah eton.Malam tu,aku,eca,eton tidur sekatil,eca tidur kat tengah.Tengah2 malam,tak tau pukul berapa,aku terjaga.Bantal aku jatuh bawah,tapi aku malas nak ambik.Aku pun nak rapat2 ke eca,share bantal.Tetiba aku nampak eton yang tidur sebelah aku.Aku naik hairan gak,tapi aku tak ambik port pun,aku himpit gak nak share bantal.Esok2 pg,terjaga je,aku tanye dorang “weh,aku tidur buas sangat ke sampai ang tukar tempat dengan eton?”.Pastu dengan selamba dorang jawab “mane ade tukar tempat la,” Aku pun terkejut.Aku tak pasti sama ada ada “makhluk lain” antara aku and eca,ataupun aku nampak eca merupa eton.Pastu eton cakap,kat rumah die memang dah biasa jadi, and malam tu memang dia rase tak sedap hati pun.Aku terpikir, naseb baik aku tak ambil bantal aku yang jatuh ke lantai.Kalau tak,mungkin ade tangan dari bawah katil tarik tangan aku,huhu.
Tu antara pengalaman aku,nak cerita semua,memang tak abes.Tapi,kebanyakan waktu aku tak kena.Maksud aku terkecuali.Macam kat PLKN dulu,ade satu malam tu dorang kecoh2 satu dorm ternampak pocong ke ape ntah.Aku blurr je,tidur mati kot.
Kat matriks lak,3 org rummet aku n sorang member aku yg tumpang tidur bilik aku ni kena kacau.Aku je tak sedar ape2.Aku terjaga pukul 5 pg dan tengok dorang dah buat mesyuarat katil membincangkan mende yang baru je kaco dorang. Dorang mimpi benda same,sorang pompuan and baby.Rummet ak cakap terasa macam ade tapak tangan baby.Ntah,aku tak berapa tau cerita penuh.Tapi,puncanya maybe kawan aku yang menumpang tidur ni ade terpijak “something” mase on the way datang bilik aku.
Ade sekali je aku kena kacau kat matriks,tapi tak de tragik mane pun.Mase tu aku sorang je stay up study,lampu semua dah tutup mase tu kecuali lampu meja study aku.Tengah2 study tu,aku pasang earphone dengar lagu.Tetiba ade mende whisper kat telinga aku “aimi!!”Aku pandang belakang,kiri,kanan.Takde ape-ape.Kecut perut gak,sebab bunyi macam sangat dekat,and mustahil sebenarnya aku dapat dengar orang panggil nama aku dengam berbisik sebab ak dengar lagu agak kuat mase tu.Lepas tu,terus tak jadi study,badan pun dah rase lain macam,terus aku menyempit g tidur sebelah rumet aku.Aku bukak lagu kuat2 (ntah kenape mase tu tak tringat nak carik radio ikim ke ape),tapi, radio macam tak dapat siaran.Mase tu cume berharap aku dapat cepat terlelap je,huhu..Lepas tu,celik2 mata je,dah pagi.
Panjang sangat lak rase,nanti aku sambung dekat entri lain,kang korang terseksa bace entri panjang2 ni,huhu..


12 August 2011

ponteng puasa

Posted by SnoW cRysTaL at Friday, August 12, 2011 0 comments
Hari ni panas terik.Tapi macam biasa,puasa ke tak puasa ke,main kejar-kejar ala running man tetap jadi rutin.Dah berapa round main,tekak jadi perit dek dehydration..rase nak minum air sangat.Tambah bunyi perut pun semakin rancak.Tapi kaki tetap berlari-lari anak.Nak pecut macam watson nyambek memang tak dapatla,sebab dalam rumah je..kang abes terbalik semua perabot aku langgar.Main pun lari ulang alik dr ruang tamu ke dapur je,hahhaa.

Tatkala melintasi ruang dapur,mesti aku jeling peti ais.Atas peti pulak ade balang biskut.Tanpa aku sedar,lidah aku da asyik duk jilat bibir."astaghfirullahalazim,"cepat2 aku istighfar bile sedar.Nak dijadikan cerita,lepas round ke-5,rase haus memang tak dapat di tahan lagi..Bile turn aku lari ke dapur je,cepat2 aku bukak peti ais.Air kosong sejuk dalam peti ais aku togok je macam org mabuk togok ar**.Lega rasanya.Tak cukup dengan air,aku capai biskut yang terletak atas peti ais tanpa rasa bersalah.Begitulah setiap kali aku berlari ke dapur,aku akan togok air dan telan biskut.

Jam menunjukkan 7.15ptg.Tak lama lagi masuk waktu berbuka.Perut aku pun dah penuh dengan biskut.Tapi,aku berpura-pura letih depan mak ayah aku,konon aku turut berpuasa..huhu.kalau tak puasa,tak dapat duit raya.Semangat puasa pun sebab nak dapat duit..weeee~

*********************************************************************************

Hehe,ni cerita aku zaman darjah satu.Bile tengok adik aku sekarang,dulu..rase macam "bagusnye,tak pernah tipu puasa,tak macam aku.."huhu...Dah besar2 ni takde la tipu puasa sebab memang da dapat cuti puasa seminggu..hee~

15 July 2011

BB cream

Posted by SnoW cRysTaL at Friday, July 15, 2011 2 comments
Assalamualaikum sume.Dah masuk 15 hb ni,aku da stat gatal2 tangan..haha...tunggu gaji 26hb,weee~~

Jadi,sebab aku memang pulun orangnye,sekarang pun dah start buat shopping list,konon2 nak bajet (ye la,gaji aku ciput,nak simpan untuk time konvo lagi)..Banyak sebenarnya nak beli,tapi antara barang yang aku nak beli adalah bb cream!!Oke,aku agak ketinggalan sebab bb cream dah lame keluar..Make up case aku pun dipenuhi barang2 make up lama since zaman matrix (kat usm tak brape gune,so jarang shopping make up,sekali dua je)..banyak barang tak abes, dan certain2 dah expired pun,seperti lipstick..huhu =0

 Sejak2 balik rumah, baru aku guna balik barang2 make up yang mane2 bole pakai ,kan aku wanita bekerjaya sekarang ni,tak duduk dalam rumah sepanjang hari,hahahahaha...Sebab foundation dah nak abes,aku rase eloklah beli bb cream ni..Pakai foundation sebabkan kulit aku naik jerawat besar2,stress je..aku dengar bb cream ni light sket..tak rasa macam pakai make up..huhu..

Oke..ape mende bb cream ni??It stands for Blemish Balm Cream.Dulu aku kompius bb cream ni ade beza ke dengan foundation?Tapi,sekarang dah dapat jawapan.Lebih kurang je except bb cream lagi banyak function.Kalau foundation,functionnye sebagai base,cover mende2 yang sepatutnya and sebagai sunblock.Biasanya,pakai foundation buatkan muka kite nampak cakey.Kalau bb cream, dia akan blend btol2 ngan kulit kite.Eh,macam ang penah pakai kan yang duk cite panjang lebar ni?hahaha..Oke2,aku baru nak try..yang aku citer ni menurut pembacaan aku la..Kalau aku dah pakai,baru la aku bole cite panjang lebar..

BB cream ni familiar dengan Korea,tapi sebenarnye org German yang buat untuk tujuan soothing dan regenerate skin selepas skin laser surgery.Tapi,kenapa Korean yang femeskan mende ni?Huhu..kat korea kan banyak plastic surgery,so faham2 la..haha..p/s:aku bukan anti-korea,aku adelah seorang peminat k-pop & k-drama..haha

Sebenarnya,bukan tujuan asal aku nak bercerita pasal bb cream ni.Aku nak tanya korang,kalau2 korang dah pernah try ape2 brand bb cream ni.Aku tak tau nak beli brand ape..kalau cari kat google,ramai suggest yang mahal2 dan tak de kat tempat aku.Harga of coz out of reach..haha.Tempat aku memang terhad,Jitra ni kecik je..mane ade Etude House,Skin Food segala?Ade elianto kecik je..So,kalau nak beli,kena kirim kat adek aku ke..huhu.Tapi x bole test sendiri..Perlukan review sesape yang dah pernah cuba brand2 murah ni,huhu...Kalau nak pakai Missha(btol ke aku eja ni?),Dr Jart ke memang kena tunggu dapat keje tetap la.Aisy,cube la suggest yang murah2 sket..plzzz~~onegai..

29 June 2011

Pengalaman kerja pertama

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, June 29, 2011 3 comments
Assalamualaikum.

Mungkin antara korang ada lagi yang masih belum tahu aku sekarang bekerja kat kiosk tudung.Kerja dobi tu aku tak jadi ambik.Elok je sehari sebelum aku start kerja,adik kiosk tudung kol aku.Setelah pikir masak,timbang-timbang buat decision nak pilih yang mana satu,akhirnya aku pilih kerja kiosk.Sebab?Aku rasa aku lebih perlu asah communication skill (jurujual mesti la dapat improve communication skill kan,hoho) berbanding skill basuh and gosok baju + gaji ok walaupun kerja lebih masa dari dobi,tapi aku rase kerja tak penat macam kerja kat dobi.

Hari ni dah masuk hari ke-3 aku kerja..agak teruk la pagi tadi ,sebab aku sorang-sorang terkial-kial bukak kiosk. Aku tak berapa cekap lagi nak bukak kiosk,besi sangkut terjungkit sane sini(jual tudung banyak besi sangkut),sampai time ade customer pun aku tak siap2 lagi.Siap customer kene tolong aku pegang,ngeh3...nak buat camne,malu tak malu terpaksa mintak tolong.Sampai terputus tali sandal and luka jari,huhu.Takpe,mula-mula kan,lame2 da biasa.

Yang paling best,bos baik.Baik sangat2..Dari hari first belanje aku,serba salah dibuatnya.Dalam 3 hari ni,tiap2 hari belanja.Hari ni,macam biase ptg2 belanje mkanan ringan2,malam family die belanje makan lak.Aku pesan yang murah2 la,segan kot nak order mahal2..Dorang tak nak terime.Tadi aku ingat nak pesan air sirap,die ckp "takkan air sirap je?laici minum?"..Adoi..Makan plak,aku ikut je la anak2 die makan,nasi goreng daging merah,tapi aku tukar nasi putih.Dari mula dia duk perhati aku makan,tak puas hati aku makan kering mcam tu je.Asyik offer aku tambah telur dadar.Tak cukup tu,dia suruh anak dia tambahkan daging untuk aku..huhu,kesian anak die. Tadi plak die suruh aku ambik shawl kat kiosk tu untuk aku pakai,free je.Die offer shawl baru yang rm20.Aku segan yang rm20,aku amek la yang shawl rm10 je,aku bagi alasan aku tak reti pakai jenis rm20 tu.Lepas tu die kasi 2 shawl + 1 inner.Aku sangat-sangat serba salah,sebab aku baru 3 hari kerja,tapi bos layan aku macam aku dah lama kerja,huhu.

Kedai sekeliling pun ok,pekerja2 kat kedai depan and tepi kiosk baik cume aku tak ramah sangat,huhu.Aku harap aku dapat buat yang terbaik la.Kalau sales naik,dapat komisyen lagi,hehe,..Bulan puasa,cepat dtg!!

23 June 2011

Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, June 23, 2011 5 comments
Alhamdulillah.Setelah beberapa kali berusaha mencari kerja part time,akhirnye ada jugak yang sudi ambil aku bekerja.Untuk pengetahuan semua, Sabtu ni aku akan mula bekerja di sebuah pusat dobi dekat2 rumah aku ni.


Siang tadi aku pergi la jumpe owner dobi ni, sesi interview sebenarnya,tapi lebih kepada berbual-bual .She is very nice,pekerja kat situ pun sangat friendly.Aku agak dissapointed sebenarnya masa dia bagitau gaji,tapi menyedari kawasan aku ni kawasan luar bandar je,mana nak dapat gaji yang mahal (mahal ni bukanlah mahal beribu,mahal taraf part time la yang aku maksudkan) dan aku dah malas nak tunggu panggilan yang belum tentu aku dapat,jadi aku terima je.Dalam kecewa pun,aku still tunjuk semangat nak kerja depan owner tu,huhu, untuk kebaikan masa depan (kejadah??)Sikit2 pun rezeki kan?Sikit2,lama2 jadi bukit.

Gaji aku probably the lowest la antara kawan-kawan aku yang dah bekerja part time sekarang ni.Rambut sama hitam,rezeki lain-lain.Tapi,sekarang aku nak berfikir positif je.Mungkin dengan cara ni,aku maybe akan jadi sedikit berhemah kalau nak berbelanja.Ye lah,selama ni tak pernah berusaha nak dapat duit,belanja pun suka hati.Tak cukup main mintak je.Lagi satu,aku akui  menggosok pakaian adalah benda yang paling aku tak suke buat.



Sebab tu kat rumah aku suke pakai tudung indon, biarpun orang asyik cakap aku berusia kalau pakai tudung indon tu.FYI,aku memang takde tudung indon,aku rembat mak aku punye,huhu.Sanggup aku pakai baju kedut seribu sebab malas nak iron,hahah.Just wait and see je la,mane tau aku rajin iron baju lepas keje kat kedai dobi ni.

Ape2 pun,semua rezeki datang dari Allah s.w.t dan yang paling penting,rezeki ni halal.Thank you Allah.

18 June 2011

Macam mana nak detect perempuan ayu yang tak pandai masak?

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, June 18, 2011 5 comments


Korang pandai masak?Pernah ukur kepandaian korang memasak?Kita dapat tahu seseorang tu tak pandai masak, of course dari masakan dia dan behaviour dia di dapur,huhu.. =p



Macam mane nak tau seseorang tu tak pandai masak??Baca list kat bawah ni, sape makan cili,dialah terasa pedasnye..hahahaahah (gelak jahat)

Pertama, rupe dan rasa masakan korang tak sama dengan rupe dan rasa masakan mak korang.Lagi teruk rupa masakan korang tak normal.Contohnya,sambal patut jadik kaler merah,tapi korang buat jadi kaler kuning/hitam,ngahahaha..

Kedua, masa korang masak tu,serba serbi benda tak kena.Minyak tumpah la,ikan melompat keluar dari kuali la dan sebagainya.

Ketiga, korang menggoreng ikan/ayam sambil pegang hujung (i mean very hujung) sudip tu,dan jarak korang berdiri dari dapur adalah lebih kurang 1/2 @ 1 meter.

Keempat, orang yang makan masakan korang tu tersedak,tergamam,terpaku dengan dramatik sekali lepas merasa masakan korang.Bila korang tanya "sedap tak?",dorang tunduk / buat muka toya nak carik jawapan.And dorang tak dapat nak habiskan masakan korang even 1/4 pinggan pun.

Kelima, korang pun tak lalu nak makan masakan sendiri.

Keenam, korang masak benda sama 4,5,6 kali pun tetap tak menjadi.

Ketujuh,bila korang terpaksa masak untuk ramai orang,korang rasa bingung @ gelabah bila takde bantuan kat dapur.

Kelapan, paling teruk dari semua list kat atas ni,korang tak kenal pun bahan-bahan yang korang nak masak tu.HAHAHAHA

Oke,the end of the list. *************************************

Sebenarnye,untuk kesekian kalinya aku masak sambal tak jadik.Grr,bengang and rasa down,haha..Hari ni,sayur jer kot aku rasa normal.Argh,stress..tak boley kawen lagi ni..sob3,haha

 Sambal ayam yang takde bau harum dan rupe pelik sket dari yang mak& adik aku buat =_=
p/s-ayah aku cakap terlebih rasa rempah


Ikan goreng yang macam baru lepas eksiden kena langgar lori T_T


 Ni je aku rasa normal,tapi takde sedap mane pon..

Sambal goreng kat hujung tu ayah aku yang buat,sebab aku da surrender lepas sambal ayam aku tak jadik..Ayah aku masak better dari aku..huhu T_T


Dengan ini,aku declare yang aku memang TAK pandai masak.Nak kawen dengan chef @ vegetarian la cam gini...~

16 June 2011

Jom Mix & Match XD

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, June 16, 2011 4 comments
Hi frenz.Kali ni entri aku dipaksa rela oleh cik AH-AH.Meh sini aku cerita,tehah kalau ang tak baca,ak piat telinga...hahaha.

Siape kat sini yang suka shopping??Siape suka shopping,cepat kenyit dua belah mata selama 10 saat.hahaha.Of course la kaum2 cikaro yang selalu dikaitkan dengan hobi hulur duit-dapat barang ni..Aku??Dah aku sejenis cikaro,mestilah aku sangat suke shopping especially baju-baju,tapi tak selalu shopping atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.(Cakap je ang takde duit aimi,sebab tu shopping selalu jadi window shopping  =_=).Eh,aku rasa macam dah pernah tulis pasal shopping sebelum ni..errr,abaikan.

Aku sebenarnya dah lama tak meronggeng kat kedai-kedai baju.Ehem,meronggeng itu bermaksud memborong,muhahaha.Even untuk last MR pre-grad dinner pun tak beli apa2.Jadik,sebenarnya sudah lama tak menyoping,maka logik la kan kalau aku kempunan sekarang.Mak aku pulak haruslah membebel bila banyak baju yang aku beli tak boleh pakai.Ada yang pakai sekali, and ada jugak yang tak pakai langsung after beli.Inilah dia shopper tak sedar diri dan perasan kurus,hahaha.

Meh sini aku bagi tips mengatasi kempunan kalau korang rase kempunan shopping baju .Korang browse je baju-baju kat tenet,print.Jangan lupa print gambar korang yang sesuai dengan saiz baju yang korang print tu.Pastu padankan baju2 tu kat badan korang macam main patung kertas zaman-zaman 90-an tu.Dengan cara ni,mesti korang dapat feeling-feeling try on baju kat fitting room.Muhahahaha..XD

Wei,wei...apa ni??Aku tak buat eh benda2 meroyan macam tu..hahaha.Baik aku buat resume ,ade jugak pekdahnye.Kalau kempunan,aku window shopping online je lah sambil aim baju-baju yang aku rasa berkenan ,dengan harapan cepat-cepat dapat kerja $$$.Browse gambar baju boleh menghilangkan kempunan nak bershopping???Ohh,tidak sama sekali. Ding! Tehah,aku tipu ang je..XD.Aktiviti ni just boleh buat aku lepas gian dan rasa puas je,tapi tetap berangan nak pegi borong semua baju-baju tu..hahaha.

Shopping baju online ni ada pro&cons nya..

Yang baik;
-Jimat masa, just browse, berkenan,terus order,nah..boleh pegi goreng kacang kat dapur and seterusnya tunggu item sampai.Kebanyakan tokey2 kedai online ni akan hantar barang yang korang nak guna post laju.
-Tak payah sesak-sesak jalan jam nak pegi shopping mall dan bengang-bengang sambil maki tuut kat driver lain sebab tak dapat parking.
-Jimat duit minyak kereta/tambang kalau shopping mall tu jauh dari tempat korang.
-Boleh survey banyak-banyak tanpa rasa letih.Dah la,kalau haus kena beli air pulak.Membazir tu =p.Kat rumah,bukak peti, boleh minum air sambil meneruskan aktiviti shopping korang tu.

Yang tak berapa best;
-Kualiti barang yang sampai maybe tak berapa nak memuaskan hati korang.Colour maybe slightly different from what you saw on net.Ya lah,dengan lighting la ape la,nak bagi nampak cantik product tu.(Tapi,some of the shops ada return policy).
-Body type setiap orang berbeza.Yang nampak cantik on model tu tak semestinya cantik jugak atas korang.Kalau korang dah cuba,barulah korang tau mana yang paling sesuai.
-Mudah terpengaruh dengan model-model yang comel,lawa.Kadang-kadang tengok baju tu tak de cantik mane pun,tapi sebab baju tu sesuai dengan model tu,kita pun tertarik,huhu.


Tapi,apa-apa pun,as long as korang percaya dengan seller tu atau pun korang regular customer certain2 butik online,then,its okay la.No problemo.Ni ada dua online shop yang aku rasa best..


Ni pic baju-baju yang aku cilok dari kedai Penny (credit to Pennysonline shop) and certain dari google image.Jom mix and match =D.


                     
        +  
                                                             


+ white inner + or 


 
                             
  +   +

                  
    + 


                             
 +    +

                         
 +  + short brown jacket


                       
 +   + black inner/black short jacket


                                             
 + 


                                       
    +  

                                   
                                   
 +   


                                           
 + white knitted cardigan (long sleeves)

                                                                         
   +   +    black short jacket



                                     
  +  

                                                   
 + dark brown pants


14 June 2011

Despicable Me ada unsur Illuminati??

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, June 14, 2011 0 comments
Ini cerita petang semalam.Sebab semalam dah melalut tulis entri lain,jadi aku postponekan entri ni kepada hari ni,huhu.Dah masuk bulan Rejab ,jadik normal la kan pakat ramai dok posa,maklumlah ambil fadhilat puasa sunat bulan Rejab."ehem,Aimi,bulan Rejab tak baik menipu (eh,ustaz mane ajar ni??)".Hahaha..oke2,actually aku puasa ganti je,ngee~.Eleh,aku tau korang pon  mesti tunggang terbalik bulan ni mau ganti puasa.Toksah menipu la kata dah ganti bulan 1 dulu,muhahaha.

Selang dua minit,aku jeling jam dinding.Lepas setengah jam ,memang plastic cover jam dinding tu retak sebab aku tenung macam orang nak cari gaduh.Jarum jam tu macam statik je,tak mo gerakKalau ikut hati aku yang dah lembik macam badan aku waktu tu,memang aku dah pusing jarum jam tu ke angka 7.30 secara manual,hehe..Sebab tak ada kerja,aku berguling-guling ar atas katil,menggeliat,bermalas-malasan macam ular sawa ataupun kucing parsi gemok dalam sangkar kat pameran tu.Dalam keadaan orang tak tentu arah tu,aku bukak la cerita Despicable Me.Dah lama terperap dalam hard disk,dah berulat pon,,euww.Baru hari ni tergerak hati nak tengok.

Ape??Aku ketinggalan??Hehe,aku memang la selalu tertinggal train kalau bab2 movie and lagu2 ni,hahaha...Aiseh,tengok??Intro panjang berjela,padahal aku nak tulis pasal benda lain.Ampunnnnn kan beta yer...=s.

Tak sampai seminit aku bukak filem tu,aku tersentak.Tetiba je ada makhluk comel duk lambai2 sambil memperkenalkan Illuminati Entertainment.Mungkinkah suratan atau kebetulan??Dalam movie ni,banyak sangat makhluk2 halus bermata satu.(bukan makhluk ghaib la wei,maksud aku makhluk kecik2,tiny creatures,ada paham??)



Pada permulaan cerita pun dah ada unsur2 Illuminati,iaitu Pyramid.



Kenderaan yang dorang gune pun macam ade simbol mata kat tengah2.



Kita sedia maklum yang cartoon2 3D ni memang menarik minat kanak-kanak.Kalau orang yang cukup umur lagi matured macam aku ni takpe,tak terpengaruh sangat.Bayangkan kalau budak2 suke character kat bawah ni??


Sebab curious,aku pun google la.Terjumpa 2 forum ,satu indon,satu forum omputeh.Dalam forum Indon tu, 60% percaya tu agenda Yahudi and 40% lagi berpendapat "Lu kecoh apehal??Dah best gua tengok r..." p/s-ayat telah dimodify dari bahasa Indon.Kat forum omputeh pulak,seorang dua je yang ambil berat.Selebihnya tak percaya, and mempertikaikan tuan rumah thread tu seperti "Kalau ade pun,Illuminati tu kacau ke idup ko??"

Bahaya kalau orang tak mengendahkan benda2 macam ni,sebab kita tahu,media cetak,media elektronik,hiburan ni kan senjata utama Yahudi nak conquer dunia ni.Tapi,persoalannya,benarkah filem ni ada agenda tersembunyi Yahudi ataupun kebetulan semata-mata?Tepuk lah dada mana2 yang korang nak tepuk,and tanye minda.Kalau tak sure jugak,tanye kawan2,hehe.

13 June 2011

Kisah part time dan tragedi bas Trans~~

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, June 13, 2011 0 comments
Dah sebulan lebih sejak2 aku meninggalkan usm, dan masih melepak tak buat ape2.Hujung minggu lepas aku dah survey2 keje kosong kat area jitra..memang boleh tahan banyak,tapi semua nak pekerja tetap.Part time2 ni deme tak mboh layang (x mo layan) =(.Kebanyakan mintak aku isi borang dulu,and janji nak call.Banyak kedai aku dah g isi borang,kedai kain,kedai cosway,kedai jamu,klinik,farmasi.Tinggal kerje2 kat bengkel kete moto,jawatan pemandu lori or penggali kubur je yang aku tak isi lagi,muhahaha.Sebenarnya, banyak je lagi aku masih belum isi.Aku cadang dalam minggu ni kalau tak ade jawapan dari kedai2 tu,kene la keluar lagi carik keje lain pulak and isi borang lagi.

Dalam hati rase bengang jugak,mak aih,demandnye kedai2 ni.Sudah la mase mintak tu,ape2 info pun takde.Just iklan "jawatan kosong".Kalau aku tanye gaji ke,bile boleh dapat jawapan,masing2 geleng kepala sampai teleng sebab tak tahu.Haisy,etika mencari pekerja tu takde.Sepatutnye,kat iklan tu kene lengkap la brape nak bayar pekerja, berapa jam keje,and jawatan ape yang ditawarkan tu.Kang aku nak mintak jadik jurujual,tetiba jadik tukang cuci toilet lak,hahaha.And pekerja2 yang in charge bahagian keje kosong ni sepatutnye tahu la ape2 info yang nak bgtau kat si peminta sedekah kerja macam aku ni.Nak tawarkan kerja pun macam tak ikhlas,mane la pekerja2 nak ikhlas berkerja,tak gitu??Hmm,ape2 pun terpaksa bersabar je la.Berusaha dan tunggu lagi.Rezeki takdenye nak bergolek2 turun macam couple2 filem hindi yang syok duk berguling2 turun bukit kat taman mase nyanyi lagu Kuch kuch hota hai tu.

I AM 
SO,

Ape2 pun,sementara tengah free ni,baiklah kite memanfaatkan waktu2 ni dengan buat keje2 tak pekdah seperti bermukabuku,tengok movie,main game etc,hahaha.Bile dah kerja,dah tak berape free nak wat mende2 ni,tambah2 kalau kerja shift or kerja berbelas2 jam dalam sehari.



P/s: Best gak kan kalau tetibe hujan duit or aku ade mesin cop duit kat rumah,muhahhaha.

*******************
Sejak2 duk rumah aku agak banyak la minum air masak ,memandangkan mulut aku kering dan menggelupas.Aku minum 8 gelas macam yg disarankan la..takde banyak macam cina yang duk usung bekas air besar pi balik kelas tu.Tapi,still menggelupas gak bibir aku ni.Yang tak berapa nak best,asyik g toilet setiap sejam.Adoi..dah longgar aku rase injap uretra aku ni.Kalau kelas 2 jam ni,mesti tergedik2 dah berapa kali dalam ekon sebab asyik nak terkencing.Silap2 orang ingat aku wat tap dance dalam kelas,hahahaha.



Teringat mase aku on the way balik Kedah mase interview kat Kelantan hari tu.Bas tu berhenti lama kat Tanah Merah.Mase tu dah terasa nak terkencing,tapi sebab mase bas tu berhenti,aku tengah tido,macam malas nak g toilet.Selalunye aku akan tido smpai bas tu berhenti rehat kat Gerik,tapi kali ni aku tak dapat tido.Perghhh,azab aku tahan kencing dalam bas Trans tu.Abes setiap saat aku menyumpah2,tapi dalam hati je la.Tingkap bas pun aku bantai je tumbuk,hahaha.Kalau orang tengok aku time tu mesti kata aku sawan,haha.Naseb baik seat belakang sekali.Tapi kan......teng teng!!Tetibe je aku perasan pakcik driver spare tu berdiri kat belakang seat aku (muke pintu tempat pemandu tidor untuk bas double decker ).Aku pun menghentikan tindakan aku serta merta.Hahahah.Ehem,dalam hati  "eh,pakcik ni nampak ke aku duk ketuk2 tingkap bas ni ??" LOL.Lagi parah keadaan bila bas ni sampai Gerik lewat.Bukan 10 minit,tapi hampir 2 jam lebih.Cramp pundi kencing aku...huhuhu.Yang aku musykil, aku tak minum air langsung pagi tu,dan bas tu pun tak de sejuk sangat.Adoi,stress je mase tu,hahhaha.Sabor aje la.Moral of the story,kalau dah terase nak kencing tu pegi je le..Jangan malaz2..haha  ^_<

12 June 2011

Hana Tajima??

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, June 12, 2011 0 comments
Sape tu Hana Tajima?haha..rasenye da ramai yg kenal..aku pun dah lame dengar name die and tgok die kat tv.1st time dengar dr blog Sue-Anna Joe.Tp mase tu ak kagum sebab die dpt jadik designer yg brjaya pd usia muda..Balik baru2 ni,mak aku kasik pashmina..tapi cam bese la,tak reti pakai..just tau pkai shawl biase je..Dah lame gak bagi,and pashmina tu jadik khazanah je dlm wadrobe aku,huhu.Tapi semalam,tetibe rase nak browse youtube carik tutorial pakai pashmina ni,then trjumpe tutorial hana tajima ni.Wah,tengok die dekat2,memang cantik pun,and die  menutup aurat..huhu.

Kenape skarang ni tetibe aku rase cam admire die?Sebab mase duk google2 pasal hana tajima ni,aku baru tau die peluk Islam 6 tahun lalu,pade umur 17 tahun.Ayah die japanese,mak die britain..wohoo,mau x lawa.Name penuh die Hana Tajima Simpson kalau tak silap.Aku sangat kagum sebab die berminat kt islam pada zaman2 remaja,dimana remaja2 lain tengah meronggeng.Die cantik,blaja fesyen and duk kat UK.Tapi,hidayah Allah still sampai kat die.Kalu remaje non-muslim lain yg cntik cam die ni,msti sebok2 g clubbing kan..hahaha..And semua design die sumer loose,x de nmpak neck,besar2..of coz gaye die pkai pashmina tu,da ramai yg ikut kan,huhu..

Mungkin lepas ni ak boleh try pkai shawl/pashmina style die..hahaha.(Ceh,muke bulat pun ade hati nak pkai cenggitu,hana tajima takpe la,dagu die tajam)..ngeh3..

p/s-entri ni dah lame terperam dalam draft,trtangguh nak publish sebab tak ley upload gambo.Skarang da rase malas nk upload gambo..huhu..

09 May 2011

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, May 09, 2011 4 comments
Ptg td ak chat ngan en Hizwan.Dimulai dengan beberapa intro..bla bla bla,smpai la satu part..

En Hizwan:da abes exam?
Aku:Dah 5/5 ari tu..
En Hizwan:enjoy la korang..
Aku:Tak de la enjoy lagi baru2 lepas ni,still teringat kawan2..
En Hizwan:Kawan watpe..Depa bukan ingat kat kita pun.
Aku:Wlaupun ktorang jauh,ktorang stilll kawan dalam hati.
En Hizwan :pandaila hangpa!
Utk jangka masa pnjang,maybe ade btolnye ayat en Hizwan.Kata la dalam 2-3 tahun lagi,ko adalah antara org terakhir dpt keje.Or still tengah keje yg merepek2..Sape agaknye yg still ingat or masih kisah kat kita? Susah kot masa tu,sume org da busy ngan keje masing2..

Based on previous experience, ak agak besenye 2 sebab kenape ak x dpt nak keep in touch with my friend/best friend..
-Aku je yg anggap dia one of my best friend.Dia?dari cara2,nmpak mcm x..
-Selalu aku je yang pulun contact,dari zaman skola mnengah aku camni.(eg, rummet ak yg agak rapat ngan aku mase matrix.Bukan slalu pun ak contact,satu sem bape kali je,tp dia susah sgt nk reply). Smpai la suatu masa ak da tawar hati nk contact org lg.Mase tu,kenangan da x de erti lg.Teringat zaman dulu,tp feeling rindu tu da x de..

Tak suke la terjage tengah malam camni.Aku dah mula berpikir/terasa yg pelik2..Dulu,kalau kalau rase uneasy,kuar bilik,jmpe org ramai,perasaan tu lesap dengan sendiri.Skang ni,perasaan susah nak hilang ,x ley kuar dr dinding bilik aku.Maybe ak terlampau depend on friends.Bayangkan,balik umah awkward ngan family sendiri.Kejadah??Mak aku pulak asyik ckp sayang adik aku,nak adik aku cepat balik.Kehadiran ak kat rumah pn x de la menambahkan kemeriahan rumah pon.Dah aku asyik diam memanjang.Biasa klau kat hostel,terasa nak luah ape2,trus je cakap kat tika@ eca.Skang ni, nak kene msej je.

Sometimes,i wish i never been too close to my friend.It is hard to moving on..huhu.Sekarang da masuk ari ke-3 kat umah,ak start fikir  
"berbaloi ke aku ingat kawan2?entah2 dorang tak ingat aku pon seperti aku ingat dorang.."
Bile ak keep on pikir merepek2 cenggini,hati aku berubah sedikit demi sedikit.Yg ni aku takut.Persepsi ak kat mnde2 lepas a.k.a kenangan pon mungkin berubah.Pelik kan aku?

Diri aku dengan kawan2 x same dengan diri aku dirumah..dengan kawan2,kdg2 aku bole jadi gile,ade mase ak slalu pot pet jugak..Itu pon org ckp aku suke pendam..Ye,sesetengah kot bile aku emo..huhu.Kat rumah nak bukak mulut continously sgt susah,jadi berganda2 aku pendam.Hoh..hanye blog je jadik tempat luah..Aku slalu harap aku dimana2 pun sama.Aku pulak bkan jenis ade kawan ramai..bukannye ak reti nak kawan dengan ramai2 org..Memikirkan yg ak x bole huha huha lg lepas ni..sedih kot..Org yg outgoing lain.Campak kat mane2 pun bole huha huha lg.Mcam Kak Su,physicist nuclear med.Yang pasti,klu ak x jmpe geng lepas ni,i'll be the most boring person ever on earth.

Nak tau sejauh mane extend ak pentingkan kawan??Sampai aku x de feeling nak bercinta..Aku rasa bercinta x sebest bersama kawan2(x tau la,x de pengalaman pon)..Mungkin ak kene cari pakwe,so that ak bole tukar fokus aku...hoho..Bajet sesenang abc je carik pakwe...Bukan ape, kawan x kan la nak duduk ngan kite smpai tua.

p/s-ak tulis entri ni smpai tertidur smalam,huhu...

Ade ke orang yang jadikan kawan priority utama?Aku je kot...Aku pujuk diri,"tak berbaloi la, sila ubah mind set".

Kite x kan boleh teruskan hidup kalau asyik dibayangi kisah lampau.Kadang2 kite terpaksa lupekan kisah lalu utk meneruskan hidup dengan sempurna.Mungkin ni masanya ak mengeratkan hubungan dengan family.

Mungkin orang rase entri aku ni kelakar kan??"Ntah ape la minah ni nak emo2 sangat"

Malas la aku nk pikir ape org nak cakap.

08 May 2011

My BFF

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, May 08, 2011 3 comments
Rase tak nyenyak hari  1st tido kat rumah..ak tido sangat awal hari ni sebab letih.Tp asyik terjage..sunyi jer,huhu.Dulu klu ak trjage,konpem nmpak vampire eca x tido2 lg mngadap citer,huhu....Aku sngat rindu bffs aku, especially eca n tika sbb ak rapat dorang dr 1st year.Sebab berkepit 24 jam ,jadi aku asingkan entri dorang dr entri satu lg(blom tulis lg pn entri ni,dlm progression)..huhu.

Aku sebenarnye takut nak tido,sebab aku tau hari demi hari,aku akan slow2 lupekan memori2 ni...Rase syg sgt nk lupekan sume memori2 tu..Nanti masing2 da ade kehidupan baru.no more student life.Konpem persahabatan kite tinggal kenangan semata-mata.Aku sangat takut korang lupekan aku bile korang busy@jumpe org baru kat tmpat keje.Aku pun takut aku lupekan korang..Jadik,aku amek keputusan nk pahatkan sume memori ni dalam blog..Aiseh,nangis lg.Cakaplah aku cengeng ke ape,aku dah tak kisah..Aku memang seorang yg susah nak recover.Byangkan dulu, balik dr Li ,nk berpisah ngan eca,tiqa,hanim rase nk nangis je.Sebak gile mase peluk dorang kt bwah flat tu.Pastu amek mase beberapa hari nk recover.Padahal lepas Li tu 10 hari je pon sbelum naik sem.See?nmpak mcam mengada2 kan?huhu..Tapi ,itu lah aku sebenarnye.Aku sensitif orangnye,wlaupun kdg2 ak nmpak mcm x de prasaan.Siyes,buat mase terdekat ni rasa cam x ley tngok gmba korang,sebab aku rase rinduu sangat..

Ok,enough with luahan perasaan.Kang berjela pulak entri ni.Sebenarnya tujuan asal aku just nak list kenangan2 ngan bff aku,yg x de dlm gmbo..yg perkara2 bodoh ktorang buat hari2.Aku sangat rindu mase kite;

-slalu stay up mlm2,pastu pg tido smpai  x sedar diri.Kdg2 kul 4 pon bole masak megi lg..
-suke kuar waktu dinihari..Gi 7e kul 4 pg, carik jajan merepek2,kuar sahur waktu 1st year smpai kene kejar ngan org gile.
-buat bnde bukan2 malam exam..kesian eca x ley study,ak asyik kaco je..mase 1st year slumber je pegi dm3 free hair,konon lalu jalan short cut bwah dm1,org x nmpak..
-main mekap2 kat bilik.Ingat lg,ang terkantoi ngan ekynn mase kat bilik jeni.Tercalar kemachoan ang..hahaha
-rndu nk pukul bontot eca n usik2 ang ngan en A.P/s-teringat ade satu hari tu ang emo sebab aku tmpar bntot ang,haha..
-ketuk pintu toilet yg ang masuk bertalu2..haha.Lepas ang ckp something,aku jwab "tak baik ckp dlm toilet"..haha
-rindu nak memasak same2 dlm priuk nasi,wlaupun kbnyakan mase,aku yg pksa eca msak..ak pmalas,hehe..
-Rindu nk g nirwana same2 lepas klas..carik bju utk dinner,hoho..n mkn megi free dpn mydin lpas blik dr nuclear med.Rindu jgak mase kite lepak2 kat lori pasembur n mase beli nasi ayam penyet  bajet ,then mkn kt food court mydin.
-tengok ang emo..wlaupun mase tu,aku geram giler..haha
-klaka tringat yg ak emel ang mase kite gaduh?Pastu bole lak terkantoi ngan tika.. ;p
-blaja menari dengan ang..tiqa slalu x moh join,haha..Lagu don't don, smpai skang x setel,haha
-karok same2...slalunye tika surrender tengah jalan.Aku n eca proceed smpai kul 5 pg,smpai skt kpala..haha(isy2,spatutnye wat tahjud ke ape2 yg berpekdah sket)
-slalu blanje aku.Selalu sangat..mngkin ang tak perasan.Serba salah aku,aku jarang blanje korang.Sokmo sengkek.Kalu aku mntak something, ang ckp amek je..haha.Tp kdg2 ang ckp, "jgn ngengade",haha.
- tido sebelah eca.klau tido kt bwah,mesti aku yg kene tido side yg ade tong smpah..huhu
-sbelum tido asyik brcakap mcm x mo brenti..lepas tu,bngun pg , tengah hari, dengan mamai bergurau lepas bngun tido.Pastu kutuk rmbut cam oskar.
-lepak kat krusi batu bwah dm1 lepas balik dr mane2,haha..tika slalu pelik aku lmbat naik bilik.Kalau dia nk order ape2,ak ckp da ade dlm usm.kesian tiqa..
-pusing pdg golf..
- mkan kat pizza hut rm63 utk 2 org mkn.Nak wat camne,2-2 prut gajah.haha..p/s-eca,nnt ak byar duit rm30 tu..
-smpai skarang tika x tau yg aku n eca penah kuar g mkn pizza senyap2 sbelum tu..haha
-rndu mase ak teman ang kat nuclear med..Duk mngerjakan phantom2 yg rosak tu..haha
-bgn pg semata-mata nk g mcD..
-rndu nk wat delivery mcD sesame.Aku n  tika kekdang pesan brger je,tp eca wajib 1 set..
-ingat x waktu 1st year,kite pernah 'ter'pergi potong rmbut kat kedai maknyah?
-tengok movie/drama same2..
-tolong ang sidai baju,pastu bru prasan ade bju brsawang yg ang lupe angkat..p/s-tringat bju blueblack ang yg  ak tinggal atas pokok tepi dm1..
-tngok bintang tengah padang..
-main chat kat gt/fb wlaupun duk sebelah2 je,pastu ang cakap "pulun balas komen @ sapa plak mengada gt aku"..da x bole wat camtu.Just bole main gt dr jauh..
-sian ang nk layan kerenah aku.2 taun ak emo mase dinner,haha...
-conteng atas buku,sembang mase dlm klas..waktu 1st year la bnyak wat prangai gini.Bile bace balik tulisan2 dlm buku 1st year,rase klaka.Cepatnye masa berlalu..
-duk tepi ang dlam bas waktu trip g mane2..

Rase mcm baru smalam kite bersame..bnyak sngat memori tercipta smpai tak tertulis semuanya.Aku maybe dah tak ingat sesetengah,mostly yg mase final year je la ingat.Rase mcm nk duk ngan korang seumur hidup(bnyik cam hyperbola ke knyataan ni?)..haha
Korang slalu blanje aku..tq sgt2..Mase ari tu,ak x smpat nk blanje korang balik.I'm glad to be able to stand by you at all those hard time,especially mase buat thesis.Dari waktu pilih tajuk,smpai la habes collect data.

Kalau ade yg ak teringat lepas ni,ak update lg entri ni.entri2 dlm mase terdekat ni maybe citer pasal kwan2 n usm jer..huhu


 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei