Followers

There was an error in this gadget

20 October 2015

Boat Noodle Showdown (Area Jitra)

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, October 20, 2015
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hey there!

As i promised, i'm gonna do some sharing, so here i am writing a food review for the first time.

Rasanya semua dah tahu reputasi boat noodle yang makin mendapat tempat di hati orang Malaysia ni, selepas boat noodle jadi viral kat media sosial. Ye lah, berebut-rebut pos gambar mangkuk bertingkat-tingkat dan aku pun tak ketinggalan juga.

Aku tak nak sentuh pasal background boat noodle, sebab kalau nak cerita entri ni akan jadi berjela-jela panjang. Kalau berminat sila search sendiri. Cuma yang aku tahu kalau di Thailand, mee ni memang dijual di atas boat dan merupakan salah satu street food yang popular di Bangkok, dan Thailand secara amnya.

Oke, let's get to the point. Petang ni je , our #jjcmteam, aku dan adik perempuan aku, pergi mencuba boat noodle di dua buah kedai yang baru dibuka di kawasan Jitra ( kawasan jajahan aku,hee). Puncanya craving boat noodle yang kat KL nun, and later found out yang ade kedai boat noodle baru dibuka di kawasan aku. Pergh, bagai orang mengantuk disorong bantal, apa lagi, kitaorang terus terjah.

Kat bawah ni, aku ulas satu-satu dulu, then aku akan buat comparison score untuk kedua-dua  buah kedai boat noodle ni. Allright??? *flip hair* Jadi, korang takde lah  pening nak baca.

Lokasi 1 : HLM Authentic Boat Noodle cwgn Jitra(terletak di deretan kedai depan sekolah asrama penuh jenan)



First impresion  :-
Ini merupakan cawangan kedua. kedai pertama di Alor Setar kalau tak silap. Tertarik untuk datang ke kedai ni sebab ia cawangan kedua, automatik aku fikir mesti boat noodle dorang ni terlajak laris sampai kena buka cawangan di tempat aku. Ye lah, Jitra-Alor Setar tak jauh pun.

Interior design :-
Typical design kedai boat noodle, kerusi meja hiasan dinding gaya rustic. Agak selesa sebab tak crowded, cuma atmosphere agak kelam dan membosankan. Bagi aku tak kisah pun, cuma untuk yang datang makan seorang tu, rasanya bosan lah.





Menu                :-
 Menu agak menarik, sebab selain boat noodle, ade mee celup, pulut ayam, daging bakar, pie tee, kanom tuay etc. *Terlupa nak ambil gambar menu* Kitaorang order of course la their signature boat noodle, daging bakar, pulut ayam dan kanom tuay(tp kanom tuay ni takde pulak). Beverages ade yang dari Borders Tea (orang utara mesti tahu ni).





Taste test           :-
Not bad. Sedap jugak. Dapat rasa the crunchiness of the fried garlic and peanut. Kuah pun boleh tahan pekat. Kalau in comparison dengan yang biasa makan di boat noodle D'Pulze Cyberjaya tu, yang tu rasanya lebih umpph, lebih full of flavour. Tapi, boat noodle HLM ni still berbaloi sebab rasa tak jauh beza pun. Boleh letak condiment mcm chilli vinegar, chilli flakes and fish sauce untuk rasa yang lebih kick. Pulut ayam dan daging bakar bestt. Thumbs up.

 Service            :-
Macam biasa je, tak ada special service. Service sama je macam makan di restoran masakan panas yang lain. Tak dapat nak letak markah lebih,haha.

Cleanliness       :-
 Oke2 je... bersih tapi hairan kenapa banyak sangat lalat.

Price                  :-
 Semua makanan are at reasonable price, very affordable.

Burpppp......Alhamdulillah, kenyang..


Lokasi 2 : Noodlelicious (terletak di kawasan C-mart Bandar Darul Aman, belakang kedai First                           Touch)

First impresion :-
Mula-mula sampai rasa impressed tengok depan kedai, sebab ade pintu cermin bagai. Dari jauh macam kedai korea yang comel-comel tu. Eh? Macam biasa duk korea je??  Dalam kepala, oke,kali ni mesti tak ada lalat, hahah.. Ok, just kidding.



Interior design :-
Still the same rustic design untuk meja tapi kat sini ade tempat macam photobooth, siap ade backdrop dalam kedai. Ade lukisan dan tempat duduk macam mini bar untuk orang yang datang solo. Ruang dalam kedai agak sempit, tapi i'm impressed dengan cara dia design untuk ruang yang terhad. Oh, kalau yang tak nak bersesak, ade meja kat luar tapi takde air-cond. Tuan kedai pasang lagu jadi takde bosan sangat.






Menu                :-
Menu yang lebih kurang dengan kedai HLM tu, tapi kat sini mee mangkuk kecik- kecik tu ada pelbagai pilihan. Ade boat noodle soup, noodle tomyum, and porridge. Menu-menu nya agak santai berbanding HLM, dimana HLM menyediakan menu agak berat macam mee celup (mangkuk saiz biasa), pulut ayam etc.

Menu noodlelicious

Taste test           :-
 Kami order boat noodle and kanom tuay, tapi again, kanom tuay tak available. Tak pasti sama ada dah habis atau memang x buat. Sebaik saja order sampai, bau soy sauce serta merta menusuk hidung. Opps,petanda tak baik. Sebab supposely, takde  flavour sesuatu bahan yang stand out berbanding yang lain. Despite bahan yang stand out tu, overall flavour agak kurang. Rasanya pun tak setanding HLM. However, it gets better after you put some condiment. Not recomended for those who are looking for signature boat noodle, tapi kalau untuk saja-saja pergi makan,i guess its okay.



 Service           : -
Macam biasa je, tak ada special service. Service sama je macam makan di restoran masakan panas yang lain.

Cleanliness       :-
I thought takde lalat tau, tapi terlepas gak sekor dua masuk dalam walaupun beraircond. Tapi, tak mengganggu sangat.

Price                  :-
 Semua makanan are at reasonable price, very affordable.


Now, for the score showdown seperti yang ditunggu-tunggu..

                                   

                                                        HLM                      Noodlelicious

First impresion :                                6/10                              7/10                                            
Interior design  :                                6/10                              7/10
Menu                :                              7.5/10                         7.5/10
Taste test          :                                8/10                             5/10
 Service            :                                5/10                              5/10
Cleanliness       :                               7/10                               8/10
Price                 :                              10/10                            10/10


My personal choice??

Aku pilih HLM sebab aku lebih mementingkan rasa dan ruang yang lebih besar lebih adalah lebih selesa nak lepak.

That's all for today. Phewwww, what a long entry. Kalau rajin,lepas ni nak terjah boat noodle kat Alor Setar dan Sg Petani, untuk cari kedai yang terbaik di utara Kedah ni.

Jumpa lagi next entry.. Adios Amigos XOXO, muahhh!!!!

04 October 2015

Things change. And friends leave. Life doesn't stop for anybody.

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, October 04, 2015
Reactions: 
0 comments

Assalamualaikum semua.

Iya, awak-awak yang singgah blog ni.

This entry title is a quote by Stephen Chbosky.
Siapa tu? Jangan tanya sebab aku tak tahu, Pergi google.

Just want to say Stephen was right. Tapi tetap jugak terfikir alangkah bagus kalau kita boleh stopkan moment2 indah dalam hidup kita.Well?it will never happen. Impossible.

*Yang ni memang tak berubah, intro mesti berjela*


Lama tak jenguk sini, sekejap timbul sekejap tenggelam. Last post was 1 year ago, seriously memang dah terlupa macam mana nak bukak dashboard. Godek-godek akhirnya berjaya jugak. Baru hari ni perasan ade pending comment from 1 year ago, ampun dik..hehe..Bukan tak nak jawab tapi baru bukak blog setahun kemudian.

Setahun lepas, aku baru nak sambung master, sekarang dah selesai and tunggu nak konvo je bulan 11 ni. PhD? Belum lagi, insyaAllah kalau diberi peluang, tua-tua pun masih boleh menuntut ilmu kan?Cepat betul masa berlalu, dan segalanya berubah. Adakah aku pun berubah jugak?

Talking about life changes, banyak benda berlaku dalam masa yang singkat. Biasalah new experiences, new friends, new troubles. Kalau tengok dari entri-entri sebelum ni pun dah boleh nampak perubahan dari segi kematangan menulis. Bila baca balik first and second entries back in 2009, my goshhh, rasa nak selam kepala masuk dalam air tak keluar2 dah.

Dah dewasa macam ni (tak percaya dah 27 tahun,huhu), dah tak berapa rajin nak menulis. Dulu menulis sebab nak let my friends know what i am currently doing, and i know theirs. Tapi, iye lah, bila masing-masing dah ada life sendiri, semua busy, dah tak ramai yang continue blogging. Some of the links aren't working anymore. *Sekarang dah ada wassap,facebook, who needs blog to keep updated anyway?*. Aku pun kalau ikutkan nak quit blogging, tapi kadang-kadang rasa nak tinggalkan "track" jugak, boleh baca balik perubahan dalam hidup ni dan ingat balik perasaan masa tu. Sort of online diary.

Tapi, sekarang ni dah tua-tua takde la nak buat daily update macam dulu, "hari ni pergi supermarket, hari ni aku masak ape, hari ni marah kat orang tu, hari tu rasa hepi sangat2..etc etc". Tak berapa rajin. So, i'm thinking to write more on the sharing, tak kisah la apa2, janji input tu berguna kat sape2 yang kebetulan lalu sini.

Sharing tentang apa, i'll work something out, oke?



I'll see u guys on the next entry, Ciao.. XOXO



14 August 2014

Cahaya di sebalik setiap awan yang gelap~~

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, August 14, 2014
Reactions: 
1 comments
Salam 15 Syawal to all.

 Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam start puasa. Hari ni dah masuk pertengahan Syawal. Raya tahun ni so-so je la, stress sebab baju raya tak menjadi. Hantar dari sebelum puasa, alih2 macam tu hasilnya. Dah tau dah, memang tailor tu buat kerja last minutes, Anggap je lah itu rezeki dia, cuma next time rasanya beli baju siap lebih baik.Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Rumah terbuka pun masih lagi aktif,tapi makan tu berpada-pada lah ye. Jangan asyik nak melantak je,karang naik 20kg, menangis tak berlagu.

Balik kampung pun sekejap je, tapi yang specialnya kali ni, aku bawak ehhhemm, encik abam balik kampung skali.First time kot, saje je nak tengok respon family,teheee~~~
Sempat jugakla bawak encik abam merayau-rayau kat negeri cik siti wan kembang tu.Gambar?? Huhu, tak ready lagi nak letak pasal klo tak letak pun dah banyak gosip2 liar, kalau letak memang bertambah femes kitaorang,hehe...Tak sangka jauh betul gosip pasal relationship kitaorang,smpai ke selatan nun...

Skip pasal raya, seperti yang dah disebut dalam entri yang lepas, bulan 9 ni, aku akan kembali bergelar pelajar. Kali ni secara officialnya akan sambung master di UKM, dalam jurusan Master of Sc (Radiation&Nuclear Safety). UM keluar result dua hari lepas, and selepas beberapa siri mempi ngeri, ternyata mimpi jadi kenyataan. Aku memang la tak terpilih untuk berada di kalangan insan yang hebat2 dan beruntung utk sambung di UM. Tapi,aku redha,mungkin tuhan dah atur perancangan yang terbaik untuk aku.Memang cita-cita nak jadi physicist dalam bidang Radiotherapy, tapi masa degree dulu main-main. Kesannya sampai sekarang.Kepada adik-adik yang kebetulan singgah kat sini, meh akak nak bagi nasihat sikit. Hargai masa belajar yang ada, setiap sen yang dibelanjakan masa study, dan buat apa pun mesti sungguh-sungguh. Percaya la,apa yang kita buat sekarang akan menentukan masa depan kita.Rezeki selepas master aku serah kepadaNya.

Sekarang ni,just nak lapangkan dada, prepare mental & fizikal untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Yang lepas tu,lepas la.Pandang ke hadapan lebih baik.Ye dak?

p/s: Template blog ni dah kena tukar,berzaman pakai..tambah2 gambo tu,nmpk benor nipunya..kena buh gamba yg dah bam bam,hehe...dalam usaha nak kurus balik,wish me luck,k..


24 July 2014

Perlu kah ikhlas dalam mencari rezeki?

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, July 24, 2014
Reactions: 
4 comments
Salam Ramadhan kepada semua.

Terlampau lama rasanya tak jenguk ke blog ni. Kalau blog ni rumah, agaknya dah berhabuk, bersawang, dinding reput kena mamah dek anai-anai. Tuan blog pun dah banyak berubah, dah naik 15kg, pinggang dah naik 4 inci, and yang paling penting dah matang kot. Ye lah, dah 3 tahun tinggalkan alam belajar. Dah 2 tahun
mengharungi pahit manis bersama ECT.

Sebenarnya memang teringat nak update blog, sentiasa ada benda nak tulis, tapi masa tak mengizinkan. Dah masa free guna untuk g lepak, tidur je, mana nak free cik kak oi..

Satu benda yang bermain-main kat fikiran aku kebelakangan ni adalah punca rezeki. Orang cakap, kalau rezeki tu berkat, maka gaji kita akan sentiasa cukup regardless berapa tanggungan, keperluan sehari-hari. Tapi kalau tak pandai bersyukur, gaji sepuluh ribu pun merangkak nak cari side income.

Itulah yang aku kira terjadi kat diri aku. Bezanya aku dua tahun dulu dan sekarang.

2012
Masa ni baru dapat kerja. Aku memang sangat komited dengan kerja, passionate involve dalam aktiviti , bersungguh-sungguh tolong budak2 ni nak berjaya, kerja lebih masa tu tak payah cakap la. memang tak kisah datang luar waktu kerja. Bangun tidur, teringat apa yang nak buat, nak cakap kat budak2 ni.. Nak tidur pun fikir dorang jugak. Kadang2 sampai mimpi. Pernah sekali cuti raya seminggu, 3 hari first tu mimpi dorang je. Itu baru cerita pasal kesungguhan aku bekerja.

Hal kewangan? Masa tu gaji lebih kurang je dengan sekarang. Komitmen pun lebih kurang.. loan lereta, laptop,duit kut (main 2 nama)
Setiap hujung bulan masih dapat shopping cardigan 5-6 helai, and mesti ada baki seratus.

2014
Banyak perubahan kat tempat kerja termasuk pelajar2. Aku pun memang dah plan nak sambung belajar dari 2013 lagi. Jadi orang cakap separuh hati mungkin dah melayang ke tempat lain. Cuba untuk buat yang terbaik sebelum aku melangkah ke alam belajar sekali lagi bulan Sept ni..tapi bila aku dah tak produktif, tak semangat, itu bukti aku tak boleh tipu diri sendiri. Tengok budak pun kosong je, tak boleh nak bonding, takde chemistry macam dulu.

Kedudukan kewangan? Dengan gaji yang naik sket, still ada loan kereta, sewa rumah dan smartphone (dua-dua x smpai seratus pun), debt laptop dah setel n kut dah x main..
Bezanya, aku JARANG ada duit lebih hujung bulan. Kadang2 terpaksa keluarkan simpanan ASB, atau pinjam duit tengah bulan.To my surprise, aku dah jarang beli baju..mungkin banyak habis kat makan kot,hehe.

Kesimpulannya, keikhlasan sangat penting dalam mencari rezeki. Aku harap aku dapat bagi 100% komitmen    dalam sebulan terakhir ni, walaupun banyak persediaan yang perlu aku buat untuk sambung belajar, teruatamanya dari segi kewangan. Wish me all the best ya..

P/s : Yang dah kerja stable tu, jangan lupa bayar PTPTN k, =p


                                                (en google, pinjam gamba ye nak tepek kat blog)



 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei