Followers

28 December 2009

2010 yang bakal menjelma

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, December 28, 2009 0 comments
3 hari lagi menuju 2010..tahun islam juga dah pun mencecah 1431 pada 1 Muharam yang lepas. Bagi yang masih bersekolah,masing2 sibuk mencari kelengkapan sekolah,student u pn dah mulakan sem baru..Result PMR pun dah diumumkan. Tahniah kepada adik2 yang berjaya skor.
Tahun 2009 sure terisi dengan pelbagai peristiwa.Ada yang kehilangan orang yang tersayang,maklum la sekarang ni di mana2 pn x selamat.Dalam shopping mall pn x selamat,apatah lagi di jalan raya kan..Ada juga yang mengalami keretakan rumah tangga,last2 bercerai.Maybe ada yang muflis, atau gagal dalam mencapai azam2 tahun lalu.

Namun, bersedia atau tidak, sayang meninggalkan kejayaan atau masih menghitung kegagalan semalam,manis atau perit, kita tetap akan meninggalkan 2009 untuk meneruskan percaturan hidup pada 2010. Namun,berapa ramai antara kita yang melakukan persiapan untuk 2010?
Semalam,sebelum g kelas,sempat la aku kerling surat khabar kesihatan(yg selalu disisipkan sekali dengan berita harian..kot) kat bilik tv tu..tp x ambil baca la..Tajuk muka depannya,Azam penyumbang stress???(lebih kurang mcm ni la tjuknyer..tjuk yg tepat x ingat)hmm..pada pendapat aku,azam2 ni bergantung kepada individu..maybe ada yang buat list azam berjela2 sampai tak tercapai even separuh pun,maybe ada yang buat azam yang x realistik,atau diri sendiri pn x berusaha nak capai azam tu..paling kurang pun,hangat2 tahi ayam jer(macam aku contohnye).Tapi yang pastinya,semua berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik..

Bagi aku sendri pun,byk azam yg x tercapai.. ;

  • diet seimbang, amalkan gaya hidup sihat, kurangkan berat @ inci sampai target.
-yang ni azam dari 2004..tak pernah tercapai.Susah bagi aku nak makan setakat perlu je, memandangkan aku makan based on selera,bukannya berdasarkan tahap kelaparan. Even kenyang,klau nak makan,still makan smpai perut nak pecah.Plus,family aku jenis "pemakan".

  • mendekatkan diri kepada Allah secara ikhlas.
-yang ni bukannya bermaksud nak bertaubat nasuha,tp nak berubah jadik better.Taubat nasuha tu susah bg aku,klau x btul2 bersedia mental..Ak x sure boleh ke x aku x ulang perkara2 jahat yang aku buat..sebab tu ak ambik langkah ni dulu sbelum bertaubat .

  • Nak jadi lebih rajin dan study secara constant.
-yang ni pun azam setiap sem.Selalu awal2 jer konon semangat,lepas tu terkontang-kanting x tau ape2..aku nak learn by heart,bak kata dr aref. Study dengan niat nak menuntut ilmu..dan guna balik ilmu tu.X tau la dpt laksanakan ke x,tp try dulu...insyaallah..


Untuk tahun 2010 ni,ak x buat banyak azam..cuma nak laksanakan azam2 lepas yang tak tercapai dan tambah 2 azam baru..

  • nak tambah skill bekerja dengan orang lain(komunikasi,kecekapan buat kerja dll)
  • nak kurangkan bergosip
  • kurangkan muzik@ movie2(kurang jer,tp still tengok) bagi memberi laluan untuk masa bermuhasabah diri(cewah)
hmm..byk jugak sbenarnya,,tp x mustahil untuk dilaksanakan, semuanya bergantung pada kezaman masing2..

Untuk 2-3 hari sisa2 2009 ni,aku masih tak bersemangat nak mulakan sem..maybe x puas bercuti kot.Tapi,harapnyer 1/1/10 nnt, aku dah pulih dari homesick aku yang ntah ape2 ni..
Oh yer..x sabar rasanya nak tunggu 101010...menarik kan tarikh ni??kalau umo aku dah 25, dah lame ak kawen pada tarikh ni..hehe...hantaran pun 101010..boleh ker?ahaha....

dah2..da stat mrepek dah...

22 December 2009

feelingless

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, December 22, 2009 2 comments
mlas sbenarnye ak nk tlis sal rsult exam,tp since ak kat cc,ade lg stengah jam,x tau nk buat ape jgak..

no comment,rsult cam bese,ok2 jer...dngan belas kasihan lectrer,survive jgak..*sigh*

not that aku x bersyukur,tp i feel empty,nothing,kosong..x happy pn,x sedey jgak..kompius ade la..confuse sbb jpun tu msuk pointer ke x..Yg penting ak n alang sama2 x cpai target,yay!!sesaper pn x yah blanja sesaper..huhu..jgan mare ~~weh,sem dpan dah2 la wat kontrak x guna tu,kekeke...

for the 1st time gak,ko-k dpt b+..hasil susah payah aku n alang memonteng..kakaka...da agk dah...sape suh aku kene marah ari 1st ko-k,kan aku da mlas nk g..

ape2 pn,ak just nk abeskan sem n grad..sumer2 ni just kitaran hidup..time keje nnt,pointer2 ni x der mnde...cam skang,rsa exam2 dulu x der mnde pn...asal dpt grad dgan rsult sderhana sudah..ak kan moderate,haha...

nnt kang dpt bgus2,x der rzeki ttap x keje..haha,yg penting effort,wlaupun effort x sberapa,tp ak tgkatkan la sem2 dpan(ceh,tiap2 sem ckp camni)

satu jer..ak rasa bukak sem ni,lectrer mesti nk mngungkit n compare ngan snior2...dorang kan bgus2..hmm..ape2 jer la..

10 December 2009

penutup tirai sem 1utk sidang 09/10

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, December 10, 2009 0 comments
Hari ni,attachment kat HUSM is over.yay!!!mlm ni bertolak g kl dulu,mggu depan bru smpai rumah..=(.Mesti mak aku rindu aku kan.Lambat betul ktaorang bercuti,almaklum la,rajin2 sumer dak2 MR ni..huhu..Result provisional pun da kuar esok,tp malas la nak cek.Lectrer da gtau siap2 dorang bg markah kesian.Konpem la lulus kan wlaupun jawapan ak mcam taik.(sape la ajar aku ckap perkataan x snonoh ni??haha)
Da dkat kul 3..matahari pn sangat terik.Tp apasal aku mlas sgat nak mmbasuh ni?Konon takut x sempat kering.Apa kata aku bwak baju2 x bsuh ni ke rumah sedare aku jer??Bernas x idea aku??muhahaha...Bilik 1 hal pulak,bersepah2..kena buat sesi pembersihan secara express japg ni..

Oh ye,lupe..smalam sbenarnya nak tulis entry ni,tp penat sgat plak.Thanx sgat2 kat korang yg beli kek utk aku..terharu aku,tp sori la,muka aku x der expresi,x dpat nak wat muke terharu,huhu.Tp deep in my heart,ak sangat terharu and happy sbb ni 1st time sambut birthday selain kat rumah,dan taun ni plg rmai wish memandangkan ak on9 kat facebook 6 disember lalu.Dengan brang2 yang lebih masa kos kitaorang buat jualan gerai masa hari terbuka desa dulu,ktaorang wat kenduri kecik2,kira ganti jamuan raya hari tu la,tp ni utk krismas punyer..haha.aci x??Alang2 serentak ngan birthday aku skali..haha.Walaupun masih ade sedikit perselisihan dengan grup1 lg tu,tp masih terselit perdamaian dan keharmonian.Ayuh,kita bersatu!!!(Apehal aku patriotik lebih ni??)haha...Thanx skali lg korang,terutamanya yang rapat2 ngan aku,eca,hanim,eton,jenny,gee.Sayang korang sumer..muahxx!!..XOXO

Insyaallah nnt 25hb,aku kembali ke usm utk join machines calibration kat radiology.Azam baru utk sem depan?hmm..nnt hujung taun la buat,sekali dengan azam tahun baru...kui3.X sabar nak jumper family aku selasa depan ,n jumpe sepupu aku yg nakal esok..haha.

Selamat bercuti kengkawan..rehatkan minda,kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi..haha,sorry melodi,aku cilok ayat trademark sket.Jumpe lg sem depan dengan semangat baru...~~

08 December 2009

merepek

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, December 08, 2009 0 comments
2 hari ni cuaca kembali cerah...mentari mula tersenyum menyinari hidup aku..Tapi,malangnya aku tetap tak dapat membasuh baju sebab air di blok aku dm1 merajuk,tak nak keluar dari paip.Hmm,kenape yer aku mesti mula entri aku dengan ayat pasal cuaca?Ini kerana cuaca la yang mempengaruhi mood aku(betul ker?)

Minggu ini dan minggu lepas,banyak perkara yang berlaku.Ada yang baik,dan tak kurang jugak ada yang memang mengganggu minda aku selama seminggu.Tapi,setiap perkara yang berlaku pasti ada pengajarannya.Teringat pulak pada nostalgia zaman sekolah menengah.Selama 5 tahun aku mengharungi suka duka bersama sahabat2 aku di SMK Bahiyah.Bertikam lidah adalah perkara biasa bagi kami.Kadang2 sampai seminggu tak tegur.Tapi,sekarang bila masing2 dah jauh,baru terasa betapa berharganya pengalaman2 di sekolah dulu.Jadi,aku sangat menghargai persahabatan yang aku bina sekarang.

10 hb ni,berakhirlah pra-praktikal dak2 medical radiation selama 3 minggu.Aku sangat bersyukur sebab praktikal ni banyak mengajar aku.Banyak juga ilmu yang aku peroleh,insyaallah aku akan sematkan di dada sampailah aku bersara nanti.Akan aku cuba gunakan sebaik-baiknya ilmu ni untuk research dan cuba untuk memanfaatkan pengetahuan yang aku dapat dalam subjek2 sem depan.Cuti selama 2 minggu,tak akan ada update dari aku,memandangkan rumah aku sangat kuno dan tak ada internet connection(dah penat pujuk ayah aku).

Sebenarnya,aku x der idea ni nak menulis,tapi boring punya pasal,aku menulis jer tanpa arah tujuan.Lets see entri aku merepek sampai tahap mana.Adakah sampai tahap dewa?tahap gaban?tahap cacing tanah?Tak apa lah merepek pun,asah skill menulis walaupun bahasa aku ni memang dah hancur sekarang.Tak mampu lagi nak menulis ayat2 best macam dulu..haha.

Semalam,lebih kurang pukul 7.30malam,laptop aku hang.Masa tu,aku mengadap gosip2 artis.Tak ada la selalu bukak,tapi sekali bukak,memang lama memandangkan setiap berita ada link berita lain kat bottom page.

"related article;boikot agnes monica,adik elyana minum arak?remy ishak kena belasah"

aku pun apa lagi,ringan aje tangan nak klik link2 tu semua.TAPI...Tapi..apa?Tapi,masa aku baca gosip2 tu semua,aku belum solat Maghrib.Maksudnya apa?Maksudnya,laptop aku hang sebab tuhan nak suruh aku gi solat..haha..lol..Paling malang,maghrib da nak habes,tapi air pula tak ada!!Hadoi..salah siapa?Salah diri sendiri jugak..Siapa suruh bertangguh?..Memang dah jadi habit aku sembahyang hujung waktu..insaf la aimi oi..
Nak tak nak,terpaksa aku berhijrah ke blok jiran,dm4.Sebab kalut2 kemas barang,laptop yang hang terus aku tutup.Pagi keesokan hari,tanaman aku di Farmville(di facebook),dah pun layu.Hmm,penatnye menanam tapi tak dapat hasil,haha(bajet aku cangkul sendiri jer tanah2 tu,padahal klik aje).Masa tu,baru la aku faham perasaan mak aku masa berkebun.Bila kita menggunakan usaha sendiri nak bercucuk tanam,tak kisah la pokok bunga ker,sayur ker,pokok dalam dusun ker..mesti kita nak pastikan tanaman2 tu subur, dan pastinya berpuas hati bila usaha kita menampakkan hasil.Memang lain kalau tanam untuk komersial,dan bercucuk tanam sebagai hobi.Kadang2,kalau peniaga,buah yang putik pun dah jual.Bukan semua ya,tapi aku pernah jumpa la.Kalau hobi pulak,biasanya sedekah jer kat jiran2.Even jiran tu nak bayar,diorang tolak.See?aku merepek dah ni...

Sebelum aku merepek ke tahap kritikal,ada baiknya aku berhenti menulis.Urat perut aku pun nak putus dah ni tengok Spontan...

So,skarang aku nak layan spontan..chow..

05 December 2009

Kiamat 2012???

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, December 05, 2009 0 comments
Baca skiranya anda mnganggap diri anda beragama islam.

Wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah? adakah kamu berani utk melawan DAJJAL ?iman kamu hendaklah kuat dan hendak lah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal akan keluar apabila Masjidil Aqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari.kemungkinan pada 21/12/2012 . ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.

kekurangan gempa bumi dan gunug berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.

sebarkan kepada orang lain t'utama nya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah....

02 December 2009

K.A.W.A.N

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, December 02, 2009 0 comments
orang a.k.a manusia @ lebih spesifik individu yg digelar kawan ni..
bila kita tegur baik2..dia terasa n x nak accept..
yer la,bak kata dia,aku jer yg pndang negatif kat dia..
aku ni jenis klau aku sorang jer komplen behaviour dia mcm tu,ak x kan tegur,sbb aku pn bukan bagus sgat or lg senang ckp ak pn teruk jugak..
ak tegur bila dah lebih dr 3 org bgtau bnda yg same..
x nak trime x ape..
ak x kisah,sbb dia bleh pk baik buruknya nasihat aku tu.
Aku tegur pn sbb dia kawan aku,untuk kebaikan dia jugak..
klau bukan kwan,dah lama aku biar,sbb benda ni x mlibatkan aku,tp mlibatkan dia n org2 lain.
Kalau macam ni,lagi senang ak biar jer dia and x payah susah2 nak approach bg nasihat..
Dia sendiri ckap.. "aku adalah aku,ko adalah ko", so ak x payah interfere dia punyer life and cara hidup dia tu..
Kang ckap blakang,jadik mengutuk plak...
Bila tau kita kutuk,ckap kita ni tikam blakang,
Cakap direct(tu pn da abes sopan),pun x nak trime..

Hmm...*sigh n thinking*










 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei