Followers

There was an error in this gadget

24 July 2014

Perlu kah ikhlas dalam mencari rezeki?

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, July 24, 2014
Reactions: 
Salam Ramadhan kepada semua.

Terlampau lama rasanya tak jenguk ke blog ni. Kalau blog ni rumah, agaknya dah berhabuk, bersawang, dinding reput kena mamah dek anai-anai. Tuan blog pun dah banyak berubah, dah naik 15kg, pinggang dah naik 4 inci, and yang paling penting dah matang kot. Ye lah, dah 3 tahun tinggalkan alam belajar. Dah 2 tahun
mengharungi pahit manis bersama ECT.

Sebenarnya memang teringat nak update blog, sentiasa ada benda nak tulis, tapi masa tak mengizinkan. Dah masa free guna untuk g lepak, tidur je, mana nak free cik kak oi..

Satu benda yang bermain-main kat fikiran aku kebelakangan ni adalah punca rezeki. Orang cakap, kalau rezeki tu berkat, maka gaji kita akan sentiasa cukup regardless berapa tanggungan, keperluan sehari-hari. Tapi kalau tak pandai bersyukur, gaji sepuluh ribu pun merangkak nak cari side income.

Itulah yang aku kira terjadi kat diri aku. Bezanya aku dua tahun dulu dan sekarang.

2012
Masa ni baru dapat kerja. Aku memang sangat komited dengan kerja, passionate involve dalam aktiviti , bersungguh-sungguh tolong budak2 ni nak berjaya, kerja lebih masa tu tak payah cakap la. memang tak kisah datang luar waktu kerja. Bangun tidur, teringat apa yang nak buat, nak cakap kat budak2 ni.. Nak tidur pun fikir dorang jugak. Kadang2 sampai mimpi. Pernah sekali cuti raya seminggu, 3 hari first tu mimpi dorang je. Itu baru cerita pasal kesungguhan aku bekerja.

Hal kewangan? Masa tu gaji lebih kurang je dengan sekarang. Komitmen pun lebih kurang.. loan lereta, laptop,duit kut (main 2 nama)
Setiap hujung bulan masih dapat shopping cardigan 5-6 helai, and mesti ada baki seratus.

2014
Banyak perubahan kat tempat kerja termasuk pelajar2. Aku pun memang dah plan nak sambung belajar dari 2013 lagi. Jadi orang cakap separuh hati mungkin dah melayang ke tempat lain. Cuba untuk buat yang terbaik sebelum aku melangkah ke alam belajar sekali lagi bulan Sept ni..tapi bila aku dah tak produktif, tak semangat, itu bukti aku tak boleh tipu diri sendiri. Tengok budak pun kosong je, tak boleh nak bonding, takde chemistry macam dulu.

Kedudukan kewangan? Dengan gaji yang naik sket, still ada loan kereta, sewa rumah dan smartphone (dua-dua x smpai seratus pun), debt laptop dah setel n kut dah x main..
Bezanya, aku JARANG ada duit lebih hujung bulan. Kadang2 terpaksa keluarkan simpanan ASB, atau pinjam duit tengah bulan.To my surprise, aku dah jarang beli baju..mungkin banyak habis kat makan kot,hehe.

Kesimpulannya, keikhlasan sangat penting dalam mencari rezeki. Aku harap aku dapat bagi 100% komitmen    dalam sebulan terakhir ni, walaupun banyak persediaan yang perlu aku buat untuk sambung belajar, teruatamanya dari segi kewangan. Wish me all the best ya..

P/s : Yang dah kerja stable tu, jangan lupa bayar PTPTN k, =p


                                                (en google, pinjam gamba ye nak tepek kat blog)



4 comments:

Nursha Shahira on November 30, 2014 at 7:36 PM said...

Salam akak...sya pelajar first year medical radiation di usmkk.Bru semester satu skrg..nk tnya pndapt akak..kerja dalam bidang medical radiation ni luas tak? Boleh tak bg tahu rakan2 sebatch ngn akak skrg bt kerja apa? Btul ke kadar untuk dapat kerja nipis dlm bidang ni?? Tima kasih.. :)

SnoW cRysTaL on October 3, 2015 at 9:51 PM said...

Wassalam adik..maaf la,sebab setahun dah tak buka blog, dah terlupa macam mana nak bukak dashboard. So,akak assume adik disecond year lah kan?
Sebelum ni ade la struggle jugak, dan sekarang rasanya bidang ni dah meluas.Dah ramai jugak jadi physicist gov and swasta, ada jugak terpesong sikit and ada yg terus luar bidang, ikut preference masing-masing.
Cuma akak pesan, habis degree terus ambil master medical physics, rasanya itu akan memudahkan laluan.
Akak mmg bukan keje dalam bidang and still mencari peluang. Apa-apa pun rezeki untuk setiap orang berbeza kan?
Hope jawapan ni dapat membantu :-)
Sorry again for the late reply.

Nursha Shahira on October 16, 2015 at 2:01 AM said...

Haahaa..thanks akak sbb reply..hihi..ya..sya skrg dh second year..alhamdullilah,wktu first year dlu,rsa trkilan knapa dpt kos ni tp skrg sya brsyukur dan enjoy bljr dlm bidang ni..bru2 ni sya dan senior ada membuat lawatan ke IKN,AELB n Agensi nuclear..alhamdullilah,dah nmpk jalan krjaya ntuk kos ni..Insya Allah kalau ada rezeki mmg sya nk smbung master sbb lecturer pun advice bnda yg sma..Apapun,trima kasih skali lgi sbb jwb soalan sya..Thanks akak..☺

SnoW cRysTaL on October 19, 2015 at 10:33 PM said...

Alhamdulillah..you are welcome, ade ape2 tanya je,hehe :D

 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei