Followers

There was an error in this gadget

14 August 2014

Cahaya di sebalik setiap awan yang gelap~~

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, August 14, 2014
Reactions: 
Salam 15 Syawal to all.

 Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam start puasa. Hari ni dah masuk pertengahan Syawal. Raya tahun ni so-so je la, stress sebab baju raya tak menjadi. Hantar dari sebelum puasa, alih2 macam tu hasilnya. Dah tau dah, memang tailor tu buat kerja last minutes, Anggap je lah itu rezeki dia, cuma next time rasanya beli baju siap lebih baik.Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Rumah terbuka pun masih lagi aktif,tapi makan tu berpada-pada lah ye. Jangan asyik nak melantak je,karang naik 20kg, menangis tak berlagu.

Balik kampung pun sekejap je, tapi yang specialnya kali ni, aku bawak ehhhemm, encik abam balik kampung skali.First time kot, saje je nak tengok respon family,teheee~~~
Sempat jugakla bawak encik abam merayau-rayau kat negeri cik siti wan kembang tu.Gambar?? Huhu, tak ready lagi nak letak pasal klo tak letak pun dah banyak gosip2 liar, kalau letak memang bertambah femes kitaorang,hehe...Tak sangka jauh betul gosip pasal relationship kitaorang,smpai ke selatan nun...

Skip pasal raya, seperti yang dah disebut dalam entri yang lepas, bulan 9 ni, aku akan kembali bergelar pelajar. Kali ni secara officialnya akan sambung master di UKM, dalam jurusan Master of Sc (Radiation&Nuclear Safety). UM keluar result dua hari lepas, and selepas beberapa siri mempi ngeri, ternyata mimpi jadi kenyataan. Aku memang la tak terpilih untuk berada di kalangan insan yang hebat2 dan beruntung utk sambung di UM. Tapi,aku redha,mungkin tuhan dah atur perancangan yang terbaik untuk aku.Memang cita-cita nak jadi physicist dalam bidang Radiotherapy, tapi masa degree dulu main-main. Kesannya sampai sekarang.Kepada adik-adik yang kebetulan singgah kat sini, meh akak nak bagi nasihat sikit. Hargai masa belajar yang ada, setiap sen yang dibelanjakan masa study, dan buat apa pun mesti sungguh-sungguh. Percaya la,apa yang kita buat sekarang akan menentukan masa depan kita.Rezeki selepas master aku serah kepadaNya.

Sekarang ni,just nak lapangkan dada, prepare mental & fizikal untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Yang lepas tu,lepas la.Pandang ke hadapan lebih baik.Ye dak?

p/s: Template blog ni dah kena tukar,berzaman pakai..tambah2 gambo tu,nmpk benor nipunya..kena buh gamba yg dah bam bam,hehe...dalam usaha nak kurus balik,wish me luck,k..


1 comments:

Nur Hanisah Azmi on August 14, 2014 at 3:18 PM said...


Mekasih atas nasihat akak... :P

 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei