Followers

28 December 2009

2010 yang bakal menjelma

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, December 28, 2009
3 hari lagi menuju 2010..tahun islam juga dah pun mencecah 1431 pada 1 Muharam yang lepas. Bagi yang masih bersekolah,masing2 sibuk mencari kelengkapan sekolah,student u pn dah mulakan sem baru..Result PMR pun dah diumumkan. Tahniah kepada adik2 yang berjaya skor.
Tahun 2009 sure terisi dengan pelbagai peristiwa.Ada yang kehilangan orang yang tersayang,maklum la sekarang ni di mana2 pn x selamat.Dalam shopping mall pn x selamat,apatah lagi di jalan raya kan..Ada juga yang mengalami keretakan rumah tangga,last2 bercerai.Maybe ada yang muflis, atau gagal dalam mencapai azam2 tahun lalu.

Namun, bersedia atau tidak, sayang meninggalkan kejayaan atau masih menghitung kegagalan semalam,manis atau perit, kita tetap akan meninggalkan 2009 untuk meneruskan percaturan hidup pada 2010. Namun,berapa ramai antara kita yang melakukan persiapan untuk 2010?
Semalam,sebelum g kelas,sempat la aku kerling surat khabar kesihatan(yg selalu disisipkan sekali dengan berita harian..kot) kat bilik tv tu..tp x ambil baca la..Tajuk muka depannya,Azam penyumbang stress???(lebih kurang mcm ni la tjuknyer..tjuk yg tepat x ingat)hmm..pada pendapat aku,azam2 ni bergantung kepada individu..maybe ada yang buat list azam berjela2 sampai tak tercapai even separuh pun,maybe ada yang buat azam yang x realistik,atau diri sendiri pn x berusaha nak capai azam tu..paling kurang pun,hangat2 tahi ayam jer(macam aku contohnye).Tapi yang pastinya,semua berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik..

Bagi aku sendri pun,byk azam yg x tercapai.. ;

  • diet seimbang, amalkan gaya hidup sihat, kurangkan berat @ inci sampai target.
-yang ni azam dari 2004..tak pernah tercapai.Susah bagi aku nak makan setakat perlu je, memandangkan aku makan based on selera,bukannya berdasarkan tahap kelaparan. Even kenyang,klau nak makan,still makan smpai perut nak pecah.Plus,family aku jenis "pemakan".

  • mendekatkan diri kepada Allah secara ikhlas.
-yang ni bukannya bermaksud nak bertaubat nasuha,tp nak berubah jadik better.Taubat nasuha tu susah bg aku,klau x btul2 bersedia mental..Ak x sure boleh ke x aku x ulang perkara2 jahat yang aku buat..sebab tu ak ambik langkah ni dulu sbelum bertaubat .

  • Nak jadi lebih rajin dan study secara constant.
-yang ni pun azam setiap sem.Selalu awal2 jer konon semangat,lepas tu terkontang-kanting x tau ape2..aku nak learn by heart,bak kata dr aref. Study dengan niat nak menuntut ilmu..dan guna balik ilmu tu.X tau la dpt laksanakan ke x,tp try dulu...insyaallah..


Untuk tahun 2010 ni,ak x buat banyak azam..cuma nak laksanakan azam2 lepas yang tak tercapai dan tambah 2 azam baru..

  • nak tambah skill bekerja dengan orang lain(komunikasi,kecekapan buat kerja dll)
  • nak kurangkan bergosip
  • kurangkan muzik@ movie2(kurang jer,tp still tengok) bagi memberi laluan untuk masa bermuhasabah diri(cewah)
hmm..byk jugak sbenarnya,,tp x mustahil untuk dilaksanakan, semuanya bergantung pada kezaman masing2..

Untuk 2-3 hari sisa2 2009 ni,aku masih tak bersemangat nak mulakan sem..maybe x puas bercuti kot.Tapi,harapnyer 1/1/10 nnt, aku dah pulih dari homesick aku yang ntah ape2 ni..
Oh yer..x sabar rasanya nak tunggu 101010...menarik kan tarikh ni??kalau umo aku dah 25, dah lame ak kawen pada tarikh ni..hehe...hantaran pun 101010..boleh ker?ahaha....

dah2..da stat mrepek dah...

0 comments:



 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei