Followers

08 December 2009

merepek

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, December 08, 2009
2 hari ni cuaca kembali cerah...mentari mula tersenyum menyinari hidup aku..Tapi,malangnya aku tetap tak dapat membasuh baju sebab air di blok aku dm1 merajuk,tak nak keluar dari paip.Hmm,kenape yer aku mesti mula entri aku dengan ayat pasal cuaca?Ini kerana cuaca la yang mempengaruhi mood aku(betul ker?)

Minggu ini dan minggu lepas,banyak perkara yang berlaku.Ada yang baik,dan tak kurang jugak ada yang memang mengganggu minda aku selama seminggu.Tapi,setiap perkara yang berlaku pasti ada pengajarannya.Teringat pulak pada nostalgia zaman sekolah menengah.Selama 5 tahun aku mengharungi suka duka bersama sahabat2 aku di SMK Bahiyah.Bertikam lidah adalah perkara biasa bagi kami.Kadang2 sampai seminggu tak tegur.Tapi,sekarang bila masing2 dah jauh,baru terasa betapa berharganya pengalaman2 di sekolah dulu.Jadi,aku sangat menghargai persahabatan yang aku bina sekarang.

10 hb ni,berakhirlah pra-praktikal dak2 medical radiation selama 3 minggu.Aku sangat bersyukur sebab praktikal ni banyak mengajar aku.Banyak juga ilmu yang aku peroleh,insyaallah aku akan sematkan di dada sampailah aku bersara nanti.Akan aku cuba gunakan sebaik-baiknya ilmu ni untuk research dan cuba untuk memanfaatkan pengetahuan yang aku dapat dalam subjek2 sem depan.Cuti selama 2 minggu,tak akan ada update dari aku,memandangkan rumah aku sangat kuno dan tak ada internet connection(dah penat pujuk ayah aku).

Sebenarnya,aku x der idea ni nak menulis,tapi boring punya pasal,aku menulis jer tanpa arah tujuan.Lets see entri aku merepek sampai tahap mana.Adakah sampai tahap dewa?tahap gaban?tahap cacing tanah?Tak apa lah merepek pun,asah skill menulis walaupun bahasa aku ni memang dah hancur sekarang.Tak mampu lagi nak menulis ayat2 best macam dulu..haha.

Semalam,lebih kurang pukul 7.30malam,laptop aku hang.Masa tu,aku mengadap gosip2 artis.Tak ada la selalu bukak,tapi sekali bukak,memang lama memandangkan setiap berita ada link berita lain kat bottom page.

"related article;boikot agnes monica,adik elyana minum arak?remy ishak kena belasah"

aku pun apa lagi,ringan aje tangan nak klik link2 tu semua.TAPI...Tapi..apa?Tapi,masa aku baca gosip2 tu semua,aku belum solat Maghrib.Maksudnya apa?Maksudnya,laptop aku hang sebab tuhan nak suruh aku gi solat..haha..lol..Paling malang,maghrib da nak habes,tapi air pula tak ada!!Hadoi..salah siapa?Salah diri sendiri jugak..Siapa suruh bertangguh?..Memang dah jadi habit aku sembahyang hujung waktu..insaf la aimi oi..
Nak tak nak,terpaksa aku berhijrah ke blok jiran,dm4.Sebab kalut2 kemas barang,laptop yang hang terus aku tutup.Pagi keesokan hari,tanaman aku di Farmville(di facebook),dah pun layu.Hmm,penatnye menanam tapi tak dapat hasil,haha(bajet aku cangkul sendiri jer tanah2 tu,padahal klik aje).Masa tu,baru la aku faham perasaan mak aku masa berkebun.Bila kita menggunakan usaha sendiri nak bercucuk tanam,tak kisah la pokok bunga ker,sayur ker,pokok dalam dusun ker..mesti kita nak pastikan tanaman2 tu subur, dan pastinya berpuas hati bila usaha kita menampakkan hasil.Memang lain kalau tanam untuk komersial,dan bercucuk tanam sebagai hobi.Kadang2,kalau peniaga,buah yang putik pun dah jual.Bukan semua ya,tapi aku pernah jumpa la.Kalau hobi pulak,biasanya sedekah jer kat jiran2.Even jiran tu nak bayar,diorang tolak.See?aku merepek dah ni...

Sebelum aku merepek ke tahap kritikal,ada baiknya aku berhenti menulis.Urat perut aku pun nak putus dah ni tengok Spontan...

So,skarang aku nak layan spontan..chow..

0 comments:



 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei