Followers

15 December 2010

Gosip artis~

Posted by SnoW cRysTaL at Wednesday, December 15, 2010 2 comments
1) Ni video yg aku t'jmpe mase tngah jalan2 kat  http://cursingmalay.blogspot.com.Saje terasa nak share:




Aleeza kassim : "i x nak layan itu semua becoz i tetap i la "

Tiz zaqyah      : "just be yourself"

Rebecca nur al-islam :"kenape saye nak menutup aurat sedangkan itu bukan saye?" 


wow,esok jugak aku pakai skirt g cafe!!haha

p/s :susahkan jadik artis..sume ayat kene jaga,tersilap sket,bunyik cam kerek2 trus msuk blog jer..haha.

2) yg kedua x de kena mengena ngan isu di atas.Saja tetiba terase nk tulis pasal ni wlaupun da lapuk ak bincangkan ngan tika n eca..haha.Plastic surgery!(awat aku kecoh sangat?teringin?)haha

Balik ari tu,aku duk sembang2 ngan mak aku..mcam mana ntah bole timbul isu plastic surgery.

aku : Mak,tau tak kat korea tu rata2 ada single eyelid ja.Tp lepas jadi artis ja trus lawa,sbab surgery.Eye surgery terlalu common smpai org tak consider tu surgery pun

mak : biasa la depa.ari tu mak tgok tv, hadiah peperiksaan yg paling common kat sane adelah plastic surgery!

p/s :ayat ade ubah sket sbab ayat sebenar tak dapat direcall.Takpe,yg penting point ayat tu..haha
       realitinya aku tak tau la,sebab aku org malaysia.haha..


Naseb baik je dorang jadik lawa,klau jadik mcam bawah ni?


Dia  ni pompuan korea yg berumor 48 taun.First surgery,umo 28.Sbenarnya surgeon da tak nak buat surgery kat dia sebab muka dia da herot sana sini, da x ley repair + dia ni saiko sebab obsess sangat. Last2 dia p cucuk minyak masak kat muka dia.Sian dia,da surgeon tak mo kasi,dia p wat formula sndiri lak.Kalau minyak masak tu bole ganti botox,sure artis2 kat malaysia ni sume muka cekang ja.


 1970-an : Ala,biase nye muke i,tak cantik macam artis lain..Doc,bole tak wat mata sepet ala2 cina?

1998 : alamak,sepet sangat plak.Tak leh jadi ni..besarkan sket mata,mulut nak seksi sket ...biar paris hiltong(akak paris hilton) tu jeles

2003 :wah,cantiknye i (sambil bergaye depan cermin)

2008:da bole ganti mak mah ni,jadi watak2 seram..haha




ni no comment sebab dia bapok.

sumber - oddee.com

09 December 2010

Misteri kehilangan yang ajaib

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, December 09, 2010 4 comments
Aku sering kehilangan "sesuatu". Selalu sangat.Nak tau ape bnda?Cube teka based on ciri2 yg aku nak bg ni;


a)available in various colour, seperti merah,biru,hijau.

b)Kalau baru keluar dari tmpat prsembunyian nye,kadang2 ia suam.

c)Secara fizikal,ia tidaklah sperti air,tapi ramai yg cakap sifatnye seperti air yang mengalir...

d)Kalau campak tepi jalan bnyak2,mesti ade yang berebut nak ambik.

e)Orang bole bergaduh / hilang akal sebab bnde ni jer.

f)zaman skarang,orang tak bole idup punye tnpa bnda ni.


Dah dapat jawapan???



Ini jwapannye..tadaaaa!!!
p/s : duit aku x bnyak mcam dalam gambo..

Certain orang cakap aku boros.maybe..Baru2 ni ayah aku bank in duit beberapa minggu lepas(tak ingat brape minggu),tp now..cling!!duit dalam bank sume jadik halimunan.. Tapi aku sendiri musykil...sebab

-air 3 in 1 sume aku takde beli baru...

-Aku makan paling bnyak 2 x sehari...itu pun ade hari yang sekali je makan(bayangkan kalau aku makan bfast,lunch n dinner??tak ke kopak duit..nseb bek pg tido,haha)

-Fast food stakat yang lepas bank in tu baru makan 2 x,tp biasanya kalau nak makan fast food,takkan beli dah makanan lain dalam hari tu

-takde shopping baju mahupun buku/magazines

-takde shopping kat watson

-pencuci muke yang nak abes tu pun aku x beli ganti baru lg
-yang aku beli  --> sabun bsuh bju,bihun pama n sedikit jajan,topup baru 2 x ...yg lain makan jer..

Jadi,kemana duit aku menghilang???Ajaib bukan?haha...Adakah anda mengalami situasi sebegini?Ke aku sorang je,sebab x pndai simpan duit,,huhu..watever la..

04 November 2010

Jitra banjir lagi - Part 1

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, November 04, 2010 0 comments
 p/s : gamba2 dalam entri ni bukan milik aku,memandangkan aku bukan berada di Jitra masa kejadian.Gambar adalah hak milik sepenuhnya Raudzah Ramli (dari facebook).


Sorry yer kak, saya ambil share ni..nak mintak izin tak de ruangan komen @ wall (diprivate kan)..


Takkan la add semata-mata nak minta gambar kan...hee.Apa-apa pun,thanks a lot for the pixcas..


Tragedi 2005 berulang lagi,cuma kali ni tanpa aku kat sana dan kali ni konpem rumah selamat (tingkat 2).

2005
Dahsyat masa tu.Paras air naik dalam masa setengah jam.

Jam 8.30am, macam biasa pagi2 aku bersiap-siap untuk pergi kerja.Ambil basikal tepi rumah dan terus kayuh menghala ke pekan.Tak terfikir langsung kemungkinan nak banjir.Cuaca hari tu pulak cerah, tak macam hari-hari sebelumnya.Tak sampai separuh perjalanan, aku terpaksa berpatah balik sebab jalan dinaiki air.Tanpa berfikir panjang, aku kayuh basikal ke jalan alternatif.Pun,tak boleh lalu jugak.

Then,aku pulang ke rumah dengan perasaan hampa (padahal hepi tak payah pegi kerja).Tak lama lepas tu, air mulai naik.Berebut-rebut air tu nak masuk rumah aku.Mak aku ambil toto letak bawah pintu (nak bagi serap air).Tak ada kesan.Last2 biar je air tu masuk rumah.

Air dah mula naik paras buku lali.Dalam kekalutan, ktaorang angkut barang2 sikit kat ruang tamu tu ke atas meja makan.Ayah aku tak de kat rumah masa tu.Bila air dah paras peha,baru ayah aku balik.Aku dan adik2 aku still duduk peluk kaki atas sofa,konon tak nak bagi terkena air(sengal).Sekali ayah aku balik,kene marah..huhuuu.Sape suruh duduk relax tak pergi selamatkan apa2 yang patut.Konon-konon takut lintah.

Lalu,bermulalah operasi menyelamatkan barang.Nasib baik depan rumah ada playground.Jadi boleh pindahkan barang ke papan longsoq a.k.a slider (aku x sure korang panggil gelongsor jugak ke tak).Panggil je papan longsoq tapi sebenarnya batu.Dengan air dah sampai paras pinggang, aku ulang alik dari rumah ke playground sambil mengangkut sofa,tilam,etc.Kebetulan ,pagi tu mak aku masak mee tapi tak sempat habis.So,dengan dapur and kuali kitaorang kasi angkat.

Bila air dah makin dalam,aku dan adik2 aku stay jer atas papan longsoq tu.Dan sambung memasak.Sampai ada pak cik yang tengah kalut2 angkat barang jugak,tegur ;

"Oih,kira ok la dan lagi duk masak time2 banjir ni"

Tengahari tu, hujan rintik mulai turun.Aku mengharung banjir yang masa tu dah pun sampai paras dada, untuk ke tingkat atas surau yang terletak disebelah kiri playground.Kitaorang ni kira beruntung la sebab dah kenyang masa tu,orang lain?Wallahualam..

Keadaan dalam surau dah jadi macam kem pelarian Palestin.Semua orang tak sabar tunggu turn nak naik bot,untuk keluar dari taman tu.Tapi,of course la priority diberi kepada perempuan dan orang tua.Dari dalam surau,aku dapat tengok still ada orang yang merempat atas bumbung dalam hujan, menunggu bot bantuan sampai.Petang sikit, baru lah dapat keluar dari taman.Takut woo masa nak naik bot tu,kena jalan atas atap zink yang aku rasa macam dah reput.

Malang masa tu, family aku tersplit apart pulak.Aku, mak aku,dan 2 orang adik aku naik bot lain..terpisah dengan ayah aku dan adik2 aku yang lain.Nasib baik henfon selamat lagi,jadi empat berkumpul satu family sebelum senja .

Err,rasa macam dah panjang entri ni.Nanti la sambung ...

P/s : Harap2 banjir surut sebelum 22hb ,kalau tak ,tak ambil final exam la aku..X_X

perempuan tak guna......

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, November 04, 2010 0 comments
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju.

Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1) Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2) Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3) Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4) Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5) Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat

6) Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya

7) Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini?.”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya

8) Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9)Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik. wallahu'alam...


from - halaqah.net


 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei