Followers

There was an error in this gadget

04 November 2010

Jitra banjir lagi - Part 1

Posted by SnoW cRysTaL at Thursday, November 04, 2010
Reactions: 
 p/s : gamba2 dalam entri ni bukan milik aku,memandangkan aku bukan berada di Jitra masa kejadian.Gambar adalah hak milik sepenuhnya Raudzah Ramli (dari facebook).


Sorry yer kak, saya ambil share ni..nak mintak izin tak de ruangan komen @ wall (diprivate kan)..


Takkan la add semata-mata nak minta gambar kan...hee.Apa-apa pun,thanks a lot for the pixcas..


Tragedi 2005 berulang lagi,cuma kali ni tanpa aku kat sana dan kali ni konpem rumah selamat (tingkat 2).

2005
Dahsyat masa tu.Paras air naik dalam masa setengah jam.

Jam 8.30am, macam biasa pagi2 aku bersiap-siap untuk pergi kerja.Ambil basikal tepi rumah dan terus kayuh menghala ke pekan.Tak terfikir langsung kemungkinan nak banjir.Cuaca hari tu pulak cerah, tak macam hari-hari sebelumnya.Tak sampai separuh perjalanan, aku terpaksa berpatah balik sebab jalan dinaiki air.Tanpa berfikir panjang, aku kayuh basikal ke jalan alternatif.Pun,tak boleh lalu jugak.

Then,aku pulang ke rumah dengan perasaan hampa (padahal hepi tak payah pegi kerja).Tak lama lepas tu, air mulai naik.Berebut-rebut air tu nak masuk rumah aku.Mak aku ambil toto letak bawah pintu (nak bagi serap air).Tak ada kesan.Last2 biar je air tu masuk rumah.

Air dah mula naik paras buku lali.Dalam kekalutan, ktaorang angkut barang2 sikit kat ruang tamu tu ke atas meja makan.Ayah aku tak de kat rumah masa tu.Bila air dah paras peha,baru ayah aku balik.Aku dan adik2 aku still duduk peluk kaki atas sofa,konon tak nak bagi terkena air(sengal).Sekali ayah aku balik,kene marah..huhuuu.Sape suruh duduk relax tak pergi selamatkan apa2 yang patut.Konon-konon takut lintah.

Lalu,bermulalah operasi menyelamatkan barang.Nasib baik depan rumah ada playground.Jadi boleh pindahkan barang ke papan longsoq a.k.a slider (aku x sure korang panggil gelongsor jugak ke tak).Panggil je papan longsoq tapi sebenarnya batu.Dengan air dah sampai paras pinggang, aku ulang alik dari rumah ke playground sambil mengangkut sofa,tilam,etc.Kebetulan ,pagi tu mak aku masak mee tapi tak sempat habis.So,dengan dapur and kuali kitaorang kasi angkat.

Bila air dah makin dalam,aku dan adik2 aku stay jer atas papan longsoq tu.Dan sambung memasak.Sampai ada pak cik yang tengah kalut2 angkat barang jugak,tegur ;

"Oih,kira ok la dan lagi duk masak time2 banjir ni"

Tengahari tu, hujan rintik mulai turun.Aku mengharung banjir yang masa tu dah pun sampai paras dada, untuk ke tingkat atas surau yang terletak disebelah kiri playground.Kitaorang ni kira beruntung la sebab dah kenyang masa tu,orang lain?Wallahualam..

Keadaan dalam surau dah jadi macam kem pelarian Palestin.Semua orang tak sabar tunggu turn nak naik bot,untuk keluar dari taman tu.Tapi,of course la priority diberi kepada perempuan dan orang tua.Dari dalam surau,aku dapat tengok still ada orang yang merempat atas bumbung dalam hujan, menunggu bot bantuan sampai.Petang sikit, baru lah dapat keluar dari taman.Takut woo masa nak naik bot tu,kena jalan atas atap zink yang aku rasa macam dah reput.

Malang masa tu, family aku tersplit apart pulak.Aku, mak aku,dan 2 orang adik aku naik bot lain..terpisah dengan ayah aku dan adik2 aku yang lain.Nasib baik henfon selamat lagi,jadi empat berkumpul satu family sebelum senja .

Err,rasa macam dah panjang entri ni.Nanti la sambung ...

P/s : Harap2 banjir surut sebelum 22hb ,kalau tak ,tak ambil final exam la aku..X_X

0 comments:

 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei