Followers

Share it

14 June 2011

Despicable Me ada unsur Illuminati??

Posted by SnoW cRysTaL at Tuesday, June 14, 2011
Reactions: 
Ini cerita petang semalam.Sebab semalam dah melalut tulis entri lain,jadi aku postponekan entri ni kepada hari ni,huhu.Dah masuk bulan Rejab ,jadik normal la kan pakat ramai dok posa,maklumlah ambil fadhilat puasa sunat bulan Rejab."ehem,Aimi,bulan Rejab tak baik menipu (eh,ustaz mane ajar ni??)".Hahaha..oke2,actually aku puasa ganti je,ngee~.Eleh,aku tau korang pon  mesti tunggang terbalik bulan ni mau ganti puasa.Toksah menipu la kata dah ganti bulan 1 dulu,muhahaha.

Selang dua minit,aku jeling jam dinding.Lepas setengah jam ,memang plastic cover jam dinding tu retak sebab aku tenung macam orang nak cari gaduh.Jarum jam tu macam statik je,tak mo gerakKalau ikut hati aku yang dah lembik macam badan aku waktu tu,memang aku dah pusing jarum jam tu ke angka 7.30 secara manual,hehe..Sebab tak ada kerja,aku berguling-guling ar atas katil,menggeliat,bermalas-malasan macam ular sawa ataupun kucing parsi gemok dalam sangkar kat pameran tu.Dalam keadaan orang tak tentu arah tu,aku bukak la cerita Despicable Me.Dah lama terperap dalam hard disk,dah berulat pon,,euww.Baru hari ni tergerak hati nak tengok.

Ape??Aku ketinggalan??Hehe,aku memang la selalu tertinggal train kalau bab2 movie and lagu2 ni,hahaha...Aiseh,tengok??Intro panjang berjela,padahal aku nak tulis pasal benda lain.Ampunnnnn kan beta yer...=s.

Tak sampai seminit aku bukak filem tu,aku tersentak.Tetiba je ada makhluk comel duk lambai2 sambil memperkenalkan Illuminati Entertainment.Mungkinkah suratan atau kebetulan??Dalam movie ni,banyak sangat makhluk2 halus bermata satu.(bukan makhluk ghaib la wei,maksud aku makhluk kecik2,tiny creatures,ada paham??)



Pada permulaan cerita pun dah ada unsur2 Illuminati,iaitu Pyramid.



Kenderaan yang dorang gune pun macam ade simbol mata kat tengah2.



Kita sedia maklum yang cartoon2 3D ni memang menarik minat kanak-kanak.Kalau orang yang cukup umur lagi matured macam aku ni takpe,tak terpengaruh sangat.Bayangkan kalau budak2 suke character kat bawah ni??


Sebab curious,aku pun google la.Terjumpa 2 forum ,satu indon,satu forum omputeh.Dalam forum Indon tu, 60% percaya tu agenda Yahudi and 40% lagi berpendapat "Lu kecoh apehal??Dah best gua tengok r..." p/s-ayat telah dimodify dari bahasa Indon.Kat forum omputeh pulak,seorang dua je yang ambil berat.Selebihnya tak percaya, and mempertikaikan tuan rumah thread tu seperti "Kalau ade pun,Illuminati tu kacau ke idup ko??"

Bahaya kalau orang tak mengendahkan benda2 macam ni,sebab kita tahu,media cetak,media elektronik,hiburan ni kan senjata utama Yahudi nak conquer dunia ni.Tapi,persoalannya,benarkah filem ni ada agenda tersembunyi Yahudi ataupun kebetulan semata-mata?Tepuk lah dada mana2 yang korang nak tepuk,and tanye minda.Kalau tak sure jugak,tanye kawan2,hehe.

0 comments:

 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei