Followers

There was an error in this gadget

08 February 2010

Haruskah aku jelezz??

Posted by SnoW cRysTaL at Monday, February 08, 2010
Reactions: 
Sedang aku menunggu waktu Zohor,sempatlah aku meronda-ronda di blogspot ni, baca blog orang. Banyak jugak la blog budak2 Usm yang aku da sampai.Quite impressive.Tak sangka aku budak2 Usm ni,despite belajar sains, sangat berjiwa halus dan berseni.Huhuu..Sedikit sebanyak tu jeles jugak...(ape kes??)
Apa yang aku perasan pada diorang2 ni ialah kebolehan diorang menulis tu disertakan dengan bakat2 seni lain seperti melukis.Muzik?tak tau la..Aku mula terfikir,agaknya seni ni memang dah mengalir bersama2 darah dalam tubuh diorang kot.Then,i realized , memang logik la kan aku tak ada bakat menulis tu.Patut lah novel aku dari form 1 sampai lah form 5,hanya separuh jalan je.Waktu aku masih muda remaja dulu,14 tahun,(wohoho,sekarang dah tua!!22 taun beb),aku pernah bagitau mak aku, yang aku berminat nak jadi novelis.Mak aku senyap jer..mungkin dalam hatinya, Hmm,tukar lagi.Ni kes terpengaruh baca novel banyak sangat la ni. Mungkin la.Sebab sebelum tu cita2 aku nak jadik orang business(pun kes terpengaruh tengok cerita cina Hong Kong banyak sangat).Apa yang aku terfikir masa tu, hasilkan novel,then dapat duit.See? Sangat tidak ikhlas niat aku nak jadik novelis.Even masuk pertandingan sajak pun,sibuk la aku rujuk sana sini, berusaha nak faham term2 sastera.Kalau orang yang memang berbakat,tak perlu rujuk2 ni semua,kan?Maybe waktu sekolah dulu,aku just minat tapi aku bukan berdarah seni.Kesudahannya, tak menang.Gila,pertandingan untuk seluruh Malaysia,kalau aku menang,bangga gila beb.Tapi ikut rasional la kan,takkan la aku yang tak berbakat ni nak menang kan.Tak berbakat2 pun,abes satu buku jugak aku tulis sajak.Mana pergi eh sajak2 tu semua?Oh ya,dah tenggelam banjir.Kalau tak,aku still boleh carigali lagi sekarang.Sejak masuk Usm,atau lebih spesifik lagi,sejak aku mula addicted dengan drama2 jepun,aku tak lagi minat menulis.Baca novel pun.At least tak segila dulu.Minat aku terkubur macam tu je.But,now ,aku baru je beli novel 2 hari lepas.Entah kenapa, baca blog2 diorang ni buat aku rindu nak baca novel, buat aku teringat balik minat aku yang dah lama terbenam kat dasar otak ni. Tika cakap aku terpengaruh dengan rummet Hanim sebab Ain ada banyak sangat novel kat bilik dia.Tapi,novel Inggeris.Sebenarnya,tak la.Bila masa aku terpengaruh dengan rummet Hanim ni?Aku tak pernah pun tengok si Ain tu baca novel depan aku, selain timbunan novel yang melambak atas katil dia.Apa yang aku perhati hari2,dia tengok video Korea je.
  Ok,back to my "teenhood" story(sorry,aku cipta term sendiri,huhu).Sebaik saja aku mencecah form 4, cita2 aku bertukar lagi.Again.Haha,ni belum cerita lagi cita2 nak jadik polis la,jadik artis la,masa primary skool.Kali ni terpengaruh apa pulak?......Kali ni aku terpengaruh dengan cerita cikgu Biologi aku,cikgu Rabitah. Menurut ceritanya, teman kepada suaminya tu ada la kerja dalam bidang forensik.Gajinya,fuuh!Berapa ribu aku tak ingat,tapi cukup untuk buat aku kagum masa tu.(Eh,pasal duit lagi?)Masa tu pulak tengah belajar pasal kromosom2 tu semua,lagi bercambah-cambah la minat aku kat forensik ni.Lama jugak,sampai matriks,tambah disogok pulak dengan cerita CSI kat tv(tp tak ada la selalu tengok pun,sebab duk hostel)Then,sampailah masa sebelum masuk Usm.Sibuk la aku mengumpul artikel2 pasal forensik dari suratkhabar,cari silibus program forensik kat Usm ni,baca slide show ayah aku pasal forensik.Even baju pun nak forensik tau.Baju yang ayah aku kasi.Baju unit forensik balai polis ayah aku.Sekarang dah tak pakai.Tapi last2,TAK DAPAT.Salah aku jugak,sebab last2 minit,entah macam mana aku tukar forensik tu letak bawah2 sikit dalam borang application.Mak aku suka la kot ,sebab dia tak berapa berkenan aku join forensik ni.Tapi!Aku tetap terima keputusan dengan hati terbuka.In fact, aku dah bersyukur sangat sebab diterima masuk ke Usm.Currently,i'm blessed with this new field,Medical Radiation.Aku sangat bersyukur.Boleh belajar anatomi lagi..Hahaha..tapi bila dah belajar,lain pulak ceritanya. Syaitan biru,syaitan merah yang tak jemu2 nak rosakkan result aku,muhaha.Bila aku dengar ura-ura peluang kerjaya dalam bidang forensik ni dah tepu kat Malaysia,aku lagi la bersyukur.Nampak tersuluh sikit jalan,walaupun aku tetap belajar dalam kelam.Tak faham langsung aplikasi subjek2 yang diajar,sehingga lah kitaorang masuk klinikal semester ni.
Ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku.Bak kata orang putih,every cloud has a silver lining(btul ker mcm ni peribahasanya?Aku tak pandai BI).
Ok.Dah pukul 2.10ptg.Kejap lagi ade kelas nuclear medicine pukul 3.Aku tamatkan entri aku disini je lah ye.
Sekali aku jeling tajuk entri,eh?macam dah terkeluar tajuk je..huhuu

0 comments:

 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei