Followers

There was an error in this gadget

07 February 2010

Kisah Tudung

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, February 07, 2010
Reactions: 
Tengah hari tadi, waktu aku nak pegi basuh mug kat pantri, aku ternampak classmate chinese aku, Adeline baru turun tangga dari tingkat atas. Aku pun jerit la panggil nama dia, and dia pun menapak slow2 menuju ke arah aku. Kitaorang berbual kejap kat pantri sambil2 aku basuh mug aku tu..
"Kamu dah makan ke?"
"Sudah..kamu belum makan ke?"
"Saya baru nak makan.."
"Eihh?Nak makan lagi?"Sambil jari dia tunjuk kat mug yang aku tengah basuh tu.
"Hee~ni semalam punye,baru nak basuh.." aku sengih jer la..haha
"Ooo...nak makan baru basuh ya.."Adeline senyum sambil thumbs up kat aku..LOL

Then,aku ajak dia dtg bilik aku, makan bihun tak sedap yang aku masak sendiri tu.Tapi,dia kata ok jer..Seperti yang korang tahu, bilik aku panas sebab kedudukan katil and meja yang aku baru ubah tu.Tengah bersiap2 nak keluar pegi kelas,
"Bilik saya memang panas la,"Aku merungut.
"Huum...ya lorh.Nasib baik kamu tak perlu pakai tudung dalam bilik.."
Aku senyum je..
"Dalam bilik tak payah..Kitaorang pakai kat luar je,"
"Kamu pernah ke keluar tak pakai tudung?"Adeline bertanya dengan curiousnya.
"Kecik2 dulu jer.."Aku jawab..
"Dulu saya ada kawan Malay tak pakai tudung..memang dia ada la rebonding rambut..tapi kawan di Sarawak la..Saya tak ada kenal dia,tapi dia tegur saya,"
"Awak tak tanya ke kenapa dia tak pakai?"Aku tanya..saje nak test.
"Ada..tapi dia kata 'tak apa lor'..."Adeline jawab sambil ketawa.
"Sepatutnya tak boleh,"Aku bagitau..tapi tak sempat lak nak explain dosa2 tu sume,sebab da ubah topik pasal baju dalam catalog plak lepas tu.

                                                             ***********                **********
Minggu lepas,mase tengah bincang pasal presentation untuk CME, entah macam mane terkeluar topik pasal dinner.Masa tu,aku tengah belek Cleo kepunyaan Nisah, rummet yanti.Tengah2 khusyuk bincang pasal dress,Adeline menyuarakan idea yang "bernas" sekali. Nak tau ape?
Dia suruh pakai fesyen kemban tu.Haha,kitaorang ketawa jer.Then,kitaorang cakap la tak boleh sebab pakai tudung.Tak kan lah pakai tudung tapi dedah kulit badan pulak kan....nak pakai pun kena pakai inner sekali.Pastu,dia keluarkan idea lain pulak..
"Kamu orang tak payah la pakai tudung.."
We were like..huuh???Ktaorang kerutkan dahi untuk beberapa ketika,menunggu idea ape pulak Adeline nak kasi ni..
"Bukan la,kamu letak apa itu,yang orang selalu pakai..?"
"Ape?selendang?"Yanti tanya.
"Haa..yang itu lor..kamu letak saja atas kepala.."
"ooh...yang pakai nampak rambut macam datin2 tu ke?"
"haa...yang itu,yang itu...cantikkan?"
Hoho...ape lagi.Pecah berderai la kitaorang ketawa,sambil geleng2 kepala..Adeline,Adeline..
"Kalau camtu, baik tak payah pakai tudung."Yanti bersuara dengan lantangnya.

Sebenarnya,chinese ni tak faham kan kenapa kita kena bertudung.Jadi,kita la kena terangkan kat diorang.Tapi,Adeline ni memang kelakar orangnya.Selalu jer buat kitaorang ketawa.Lagi satu,dia memang expert bab2 cari history patient waktu klinikal.Kitaorang baru je decide pilih kes,then..zuuus...tak sampai seminit da hilang,pegi cari history patient.haha...

Aku?Aku tau wat bodoh jer masa klinikal...huhuuuu

0 comments:

 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei