Followers

07 February 2010

3 things i've done last week~

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, February 07, 2010
Sebenarnya aku nak pegi mandi ni,tapi tangguhkan hasrat kejap untuk beberapa minit sebab peha aku luka akibat tercucuk pen yang tak berapa tajam tu..hahaha.Sila jangan menyampah sebab aku memang mengada-ngada dari kecik,hee~Tapi aku mmg tengah panas gile,sebab kedudukan meja yang tak kena angin kipas ni..Da melekit satu badan,sebab g outing tadi.Tak apa..shower room,tggu kejap..kejap lagi saya datang...Ok,lets see ape yg berlaku pada aku minggu ni..(eh,ade ker org kesah?),Tapi,tak kira,nak bagitau jugak..klau tak ape gunanya ak berblogging..Nak menulis falsafah ke,info2 ke ,aku tak berapa reti.Aku tau membebel jer..

1.Minggu lepas,aku dan hanim buat sudden plan.Balik dari kelas,aku terus lepak bilik hanim..malas nak balik bilik..Minggu lepas,minggu aku merempat.Asyik tidur merata-rata..Kalah anak kucing.Kucing montel kaler kelabu tu pun tau stay kat 1 dm jer kalau nak tido..huhuu.Tengah aku berguling-guling atas katil Hanim macam orang tak ada arah,tiba-tiba jer Hanim berkata,
"Weh,jom buat kimchi.."
"Huh,mimpi ape ni nak wat kimchi?" ---------->Ok,aku tambah dialog ni..kekeke.Ini yang sebenarnya,
"Ikut hang la..aku ikut aje,"Aku jawab dengan muka tak berapa semangat.
"Kalau nak ,kita g kk,"  p/s-kk=kubang kerian square
On the spot,aku google cari resipi kimchi,So,jumpa la resepi yang agak ringkas dan agak mudah untuk kitaorang try.Kitaorang bingkas bangun n zuuusss!!!Kejap aje da ada dalam kk.Of course la sebelum tu bersiap dulu.Tak kan la aku keluar free hair kan..Ni proses pembuatan kimchi kitaorang yang tak tahu la jadi ke tidak..
                                                                                
Ni bahan2 utama yang digunakan.Kubis panjang(tak tau la betul ke tidak aku sebut nama sayur ni),bunga lily yang diawet,yang ni bahan aku tambah.Tak terdapat dalam resepi asal,ada paham??Ingredient lain,bawang putih,serbuk cili,suka hati korang la nak guna serbuk cili alagapas ke,babas ke,adabi ke.KItaorang guna jenama tak femess je...Then,halia,daun bawang,kucai(yang ni kitaorang tak letak sebab tak ade jual kat kk),garam,gula,perasa.Hmm,itu saja rasanya.Oh ye,resepi asal ada letak udang,tapi kitaorang decide tak nak letak.Kenapa?Entah la,tapi rasa macam tak sedap pulak letak udang.

                                                                                                   
First,rendam dalam air garam selama 4 jam.Tak sure la untuk ape,nak awet dan bagi masin kot.Bilas bersih2 dan toskan.Kalau boleh,kubis tu perah sikit.Lepas tu,bahan2 lain tadi tu,tumbuk je semua..Then,gaul2 dan sapu pada setiap helaian daun kubis ni.

                                                                                 Ini lah hasilnya selepas proses menyapu bahan campuran tadi pada daun kubis.Ok,lepas tu,masuk fridge aje..

                                                                                 Ni kimchi yang dah dipotong,keesokan harinya.Kimchi ni sepatutnya peram lama sikit,seminggu ke ..Rasa dia suppose to be masam dan pedas.

 Ni cara aku makan kimchi.Kimchi ni boleh makan dengan mee,sup,buat nasi goreng dan banyak lagi.Korang google sendiri la.Tapi ni masa kimchi separa siap,still belum masam lagi.Apa rasa kimchi yang kitaorang buat??First timer,of coz la ada cacat cela sikit.Rasa bawang putih yang agak over(18 ulas),halia tak hancur(sebab tumbuk dengan botol sos jer) dan tak cukup pedas n agak manis la bagi aku.Anggaran bahan2;

kubis-500g
garam-2sudu makan
gula-150g
serbuk cili-2 sudu makan
Tp serius,yang 2 sudu makan tu bagi aku tak cukup.Korang modify la ikut citarasa sendiri.Bahan2 lain tu just secukup rasa.

2.Hari ni aku berjaya membeli 2 novel dengan jayanya.Yay!!
Susah jugak la nak cari novel ni.Lama gila aku belek2 kat rak buku ni.Payah jugak aku ni,sebab aku tak percaya sangat penulis2 baru yang aku tak pernah baca karya diorang.Novel yang aku beli ni pun bukan latest,tp tak apa,aku da lama tak mengadap novel.Yang terbaru dari  Ramlee Awang Murshid ni 9 nyawa.Macam best,tapi tak sempat ternampak masa pilih2 tadi.Elok aje aku habis bayar kat kaunter,aku terpandang buku tu kat rak new arrival..Owwh,gosh..apasal tadi aku tak nampak??.Tapi,its ok.Ungu Karmila ni macam best..9nyawa tu Tika nak beli kan nanti..kan Tika kan???Yang Sharifah Abu Salem ni pulak,tajuknye Aku Cinta Dia. Honestly,kalau ikutkan sinopsis,aku tak berapa tertarik.Tapi,oleh kerana aku percayakan kebolehan penulis ni untuk olah cerita,aku beli jugak.Kadang2 cerita tak best,tapi kalau penulis pandai olahan,still ok.
Tadi,start kuar outing lepas test.Konon nak lepas tension la lepas assessment Photon Beam Therapy.Gila merepek aku jawab.Siap cipta fakta sendiri lagi.Memang letih gila la outing,sebab tido pun da dekat2 pukul 7pagi.So,memang aku tak cukup tido.Berdenyut-denyut kepala aku masa jalan dalam KBmall.Dah la selekeh habes aku hari ni.Sebelah pagi bangun lewat,tak sempat nak iron tudung.Capai aje tudung2 yang ada.Selamba aku berjalan-jalan kat kbmall dengan jeans+t-shirt usm biru hitam+tudung krim merah.Sangat tak matching.Ok,anda boleh ketawa skarang..
Tapi..!Ingat aku nak biar jer aku pakai macam tu??Haha..Oleh sebab ketidakselesaan tudung merah yang agak besar tu ,dan aku agak terkejut masa tengok dressing aku  kat cermin tandas.Gila buruk.Maklumla,gi kelas pun tak sempat tengok cermin pagi tu.Tak sampai berapa minit aku dalam kbmall,terus aku menghilangkan diri dari pandangan bebudak ni..untuk survey shawl yang murah2..Akhirnya,jumpe jugak.. jeng,jeng..

 Tak cantik,tp better la dari previous tudung.Tak pasal2 tambah koleksi shawl aku kan..nasib baik murah,so tak kisah sangat.Murah2 pun,dekat rm100 gak aku belanja kat kbmall termasuk bowling.Hmm,aku memang susah kalau pegi mall tak membeli.Kalau tak ada duit pun,aku akan pikir,
'tak pe la,lepas ni aku jimat,"
Haha..kalau duit novel tu aku nak claim separuh dari mak aku aci tak?Agak2 kena lempang tak nanti?hahaha...

3.
Ada apa dengan pisang kuning yang besar gedabak ni?Ni pisang pemberian first rummate aku.Ajaib bukan?Tapi tak apa,aku appreciate walaupun pisang je.

Lama gile aku update menatang ni.Naik lenguh tangan aku..ok,nak stop.Shower room da merajuk sebab aku lambat~

0 comments:



 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei