Followers

There was an error in this gadget

20 February 2010

Momok

Posted by SnoW cRysTaL at Saturday, February 20, 2010
Reactions: 
Pagi esok,aku dah kena balik usm. Satu perasaan yang tak menyenangkan ketika ini apabila memikirkan minggu2 sibuk yang bakal mendatang. Adeh, ari ni aku tak buat assignment pun. Tak apa lah, rehat puas2 sebelum bergelut untuk ca,cme,clinical,kejar duedate. (Nak jugak ada intro,kakaka)
Balik rumah kali ni, aku dapat cerita baru pulak dari mak aku. Blok aku dihuni puaka!!!Benarkah??

Macam-macam cerita aku dengar. Pertama, heboh orang cakap ade 'bende' terbang dari beranda betul2 depan rumah aku (tingkat 2) ke tingkat 9.Aku pernah naik tingkat 9, agak misteri memandangkan kawasannya agak tertutup dari pandangan luar dan hanya dua buah rumah yang ada di floor 9 tu. Anehnya, family aku tak pernah pulak rasa apa-apa.Keesokannya, ayah aku pulak bawak balik cerita baru.Masa ayah aku ke surau untuk berjemaah solat subuh, rakan ayah aku yang paling awal sampai ke surau ternampak ada seorang pak cik(pak cik ke?ntah,tak sure..) berkopiah, berbaju melayu coklat turut berjalan ke surau awal pagi itu.Tapi,bila hampir ke kawasan surau, pak cik tu belok ke arah lain dan terus lesap. Ayah aku cakap dia memang tak nampak sesiapa pun yang berbaju coklat dalam saf pagi tu.Jadi,siapakah gerangan berbaju coklat berkopiah putih itu??(Eh, apasal aku terasa macam cerita seram mastika jer)

Seorang jiran merangkap kawan mak aku ada cakap dia ternampak ada 'lembaga putih tanpa kepala' jatuh dari tingkat atas.Hmm..korang percaya ke semua cerita-cerita ni?? At first aku dengar, berdekah aku gelak.Haisy, nampaknya penduduk berek ni dah disogokkan dengan bermacam-macam cerita momok. Aku rasa la,bila mind dah set tempat tu berhantu, baju jatuh dari atas pun dkatakan lembaga,haha...di balai pun penuh ayat2 nak elak gangguan.Semua orang takut..Jiran aku (yang bukan 1 blok) cakap dia tak pernah bukak pintu dapur sejak2 berpindah ke sini. Malah, dia doakan anak dia agar terserempak dengan hantu, sebab anak dia tu suka bercakap besar + suka keluar malam.Masa turun ambil purse aku yang tertinggal dalam kereta kat bawah pukul 12 mlm, adik aku pun macam takut2..haha..Saja nak bagi aku feeling takut sekali..haha..Tapi memang aku tak berani naik lif malam, turun tangga je la. 

Aku percaya kewujudan makhluk2 ni, tapi boleh jadi faktor psychology yang 'mewujudkan' versi-versi cerita seram ni. Mungkin lah yang jumpa tu sekali. Tapi, satu perkara yang aku perasan..semua cerita dari mulut ke mulut.Jadi, aku tak tahu sama ada aku perlu percaya atau tidak. Normal la kalau takut pada waktu tengah malam, tapi jangan keterlaluan..Nanti kaki terpijak chewing gum pun,cakap hantu tarik kaki pulak..

Aku : hantu zaman sekarang cantik2,kalau terserempak boleh tanya dia buat rebonding kat mana kan??haha

0 comments:

 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei