Followers

28 February 2010

Mudahnya berfikiran positif!!

Posted by SnoW cRysTaL at Sunday, February 28, 2010
Petang ni mcm biasa, x buat apa2 in term of kerja berfaedah. Yg x berfaedah tu bnyak jer, merayau2 kat alam maya,bermukabuku..rutin yg hari2 aku lakukan..isy,x de keje lain..Ini pun esok ada test,mujur sangat test tu ditunda ke esok.Sepatutnya malam ni.Kalau test malam ni,tak adenye aku nak berblogging ptg2 cenggini sambil hirup oligococo yang lazatt..=)

Banyak perkara yang berlaku disekitar aku kebelakangan ini. Kebanyakannya berpunca dari salah faham. Iye la,fikiran manusia ni tak sama kan..Aku tak ada la nak kupas isu2 tu disini, tapi cuma mahu berkongsi pendapat tentang apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku.Opps,jangan salah faham.Disini, ketegangan aku kira general la ye...dalam hidup sesiapa pun di luar sana..

Aku sendiri sebenarnya terasa susah untuk berfikiran positif dan tidak berprasangka buruk terhadap orang lain.Korang sendiri pun,kalau terbaca status2 di facebook yang agak mencurigakan,serta merta idea negatif ter 'pop up' dalam minda.Contohnya,

XXX is Aku rasa macam nak bakar jer rumah orang tu.


First skali,korang mesti...
                    eh,pehal dia ni?ade la tu ngamuk kat sape2.. ---> contoh fikiran negatif
                    
Mesti la ade yang tak ambik port, macam aku..Tapi sket2 pun mesti terdetik jugak sumthing dalam hati kan..

Ataupun dalam situasi macam ni,
 
Si A hari ni diam jer tak nak bercakap.First skali,mesti si A ni disalah tafsir badmood, walaupun kadangkala memang betul pun.Tak kisah la yang tu,aku cuma tekankan pemikiran disini.

Tak nak hurai panjang2 since aku pun tau tajuk ni boring, tp just aku rasa mnde ni berguna utk apply dalam kehidupan seharian.

Ok.Aku terbaca satu rencana yang ditulis oleh saudara Irfan Khairi (kalau korang tak tau dia ni sape,dia adalah salah sorang jutawan siber).Hari2 kita banyak dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif,sebab tu berfikir negatif adalah mudah,sedangkan berfikiran positif perlukan sedikit usaha.Oleh kerana kenyataan ini, beliau tak baca akhbar. Hmm,aku kurang setuju yang ni. Bagi aku ,kita perlu juga tahu isu2 semasa,tapi tapis la apa yang korang baca tu. Kurangkan baca bahan2 yang boleh mempengaruhi minda anda. Contonhya,pergaduhan dalam politik.Si *** tak lagi berada di landasan yang betul dan banyak la kontroversi2 lain. Automatiknya korang fikir,"dia ni memang tak layak jadi pemimpin rakyat" dan korang pun mula pandang serong.Bukankah kenegatifan itu sudah meresap ke dalam minda anda??Itu pendapat aku..orang lain tak tahu la macam mana.

Dan aku rasa kita kurangkan mendengar perkara2 negatif jugak, especially yang tak berkaitan dengan kita. Kalau tak dengar semua kang, nanti kita tak tahu ape yang berlaku disekeliling pulak.Hmm,yang ini aku pun rasa susah nak buat..hoho XD. Tapi,cuba aje la selagi upaya..cewahh..

Apa yang penting,tanamkan minda positif bahawa berfikiran positif itu adalah mudah!!!

0 comments:



 

-SnoW CrystaL WorLd- Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei